Sunday, September 05, 2021

Serangan ke rumah ibadat Ahmadiyah Indonesia. M'sia bagaimana?

 

Menteri Keagamaan Indonesia, Yaqut Cholil Qoumas.

JAKARTA: Indonesia mengutuk serangan terhadap rumah ibadat milik Ahmadiyah, kepercayaan golongan minoriti Islam di kepulauan Borneo, dengan menyifatkannya sebagai 'tindakan haram'.

Menerusi video yang dimuat naik di media sosial, beberapa individu dilihat menyerang rumah ibadat terbabit di sebuah perkampungan di daerah Sintang, wilayah Kalimantan Barat, dengan menggunakan penukul dan kayu.

Polis lengkap berpakaian anti rusuhan yang dikerah bagi menyuraikan merungkai kemelut itu turut kelihatan tiba di lokasi untuk mengawal keadaan. Jurucakap polis Kalimantan Barat, Donny Charles Go, memaklumkan MetroTV bahawa serangan itu dilakukan selepas pihak berkuasa daerah pada bulan lalu menarik balik kebenaran beroperasi premis itu sebagai rumah ibadat.

Katanya, keadaan semasa di lokasi adalah terkawal, dengan penugasan kira-kira 300 pasukan keselamatan yang dikerah ke tempat kejadian. Menteri Keagamaan Indonesia, Yaqut Cholil Qoumas, berkata keputusan segelintir pihak yang bertindak di luar batas perundangan, memecahkan rumah ibadat dan merosakkan harta benda orang lain tidak wajar dibela.

"Malah, ia terang-terangan suatu tindakan haram," katanya dalam satu kenyataan.

Pengikut ajaran Ahmadiyah sudah sekian lama berdepan diskriminasi di sesetengah kawasan, termasuk Algeria dan Indonesia, iaitu republik yang mempunyai kelompok majoriti Islam terbesar.

Mereka menggelar diri sebagai Islam tetapi menaruh kepercayaan terhadap 'nabi kedua' selepas Nabi Muhammad, yang mengasaskan ajaran Islam.

Menerusi kaca mata pengikut lama Islam, kepercayaan sedemikian dilihat bercanggah dengan Islam kerana Nabi Muhammad ialah utusan Allah yang terakhir, malah segelintir menggelar pengikut ajaran itu sebagai bidaah.

Jemaah Ahmadiyah Indonesia (JAI) berkata kira-kira 500,000 pengikut ajaran itu berada di negara sekitar Asia Tenggara.

Polis berkata seramai 70 pengikut ajaran itu tinggal di perkampungan dekat Sintang, iaitu lokasi serangan terbabit tercetus.

Pada 2008, Indonesia memuktamadkan keputusan untuk melarang pengikut Ahmadiyah daripada menyebarkan tafsiran dan kegiatan yang bertentangan dengan prinsip Islam. - AGENSI


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Imbas kembali kisah disebalik kesesatan ajaran Qadiyaniah atau Ahmadiah di Malaysia. 


AJARAN Qadiani atau Ahmadiah berasal dari India. Ia diasaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad bin Ghulam Murtadha bin Atta Muhammad yang dilahirkan di Qadian, berhampiran kota Amritsar, Punjab. 

Ajaran ini diasaskan pada tahun 1889 di Malaysia dan dipercayai bertapak pada tahun 1930 di Batu 20, Jeram, Kuala Selangor, Selangor. Gerakan Qadiani turut dikenali sebagai Ahmadiyah, Ahmadi atau Ahmadiyyat yang pada asasnya berpegang kepada kepercayaan bahawa ajaran Mirza adalah ajaran yang sebenar.

Pada 15 Disember 1953, telah diadakan perbahasan antara kumpulan ini dengan para alim ulama di hadapan Sultan Selangor, Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah. Hasil perbincangan tersebut telah diputuskan bahawa ajaran Qadiani tidak diiktiraf sebagai ajaran Islam, malah terkeluar daripada Islam. Keputusan itu menyebabkan kumpulan tersebut semakin lumpuh.
Terdapat pelbagai penyelewengan yang dapat dikesan dalam ajaran Qadiani. Antaranya adalah dakwaan Mirza Ghulam Ahmad dirinya sebagai Nabi yang menerima wahyu.

Beliau berkata: "Demi ALLAH yang nyawa saya di tangan-NYA, DIALAH yang telah mengutus dan menamakan saya nabi dan menunjukkan bukti-bukti yang jelas tentang kebenaran dakwaan saya yang jumlahnya sampai tiga ratus ribu bukti."

Beliau juga turut mendakwa dirinya sebagai Isa al-Masih selepas didesak oleh orang kanannya dengan tujuan menguatkan ajaran dan keyakinan pengikutnya. Beliau mengatakan bahawa Nabi Isa benar-benar dibunuh dan bukannya diangkat ke langit oleh ALLAH dan orang yang mati tidak mungkin akan hidup ke dunia lagi.

Selain itu, beliau mendakwa dirinya mempunyai mukjizat. Katanya: “Nabi ALLAH itu telah mewujudkan tiga ribu mukjizat dan saya melebihi dari satu juta.”

Katanya lagi: “Bulan yang terang menjadi gerhana kerana saya, masakan dapat menafikan bulan dan matahari menjadi pucat kerana saya." 

Turut mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi selepas mengaku dirinya sebagai Mujaddid. Mirza Ghulam Ahmad turut menafikan konsep jihad. Beliau telah menyebutkan perihal jihad seperti berikut: 

"Jihad dengan pedang telah dilarang. Semua peperangan untuk agama sekarang ini telah ditegah. Sekarang jihad untuk tujuan agama telah diharamkan. Pada pendapat saya, tiada doktrin yang memburukkan nama Islam lebih daripada doktrin jihad. Saya menghabiskan sebahagian besar umur saya untuk mengiyakan kerajaan British dan menentang jihad."

Di samping itu, beliau turut melakukan tahrif al-Quran iaitu mengubah ayat-ayat suci al-Quran mengikut kehendaknya sendiri agar bertepatan dengan dakwaandakwaannya.

Keputusan Fatwa Selangor

1. Ajaran Qadiani adalah satu ajaran yang menyalahi ajaran Islam yang sebenarnya. Pengikut-pengikut ajaran Qadiani itu telah dihukumkan kafir oleh ulama Islam serata dunia.

2. Jabatan Agama Islam Selangor melalui Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak telah menghukumkan kafir kepada pengikut-pengikut Qadiani yang berpusat di Batu 20 Jeram, Kuala Selangor pada 15 Disember 1953 setelah mereka dibicarakan di Istana Kuala Lumpur di hadapan Sultan Selangor dan beberapa alim ulama di negeri Selangor. Setiap orang yang telah menjadi penganut ajaran Qadiani adalah telah murtad. Maka, wajiblah dituntut mereka bertaubat dan kembali kepada Islam dengan ikrar dua kalimah syahadah.

3. Antara ciri-ciri ajaran itu menurut Mirza Ghulam Ahmad:

Berdasarkan warta fatwa bertarikh 24 September 1998, Kerajaan Negeri Selangor telah memutuskan bahawa:
  1. Ajaran Qadiani adalah satu ajaran yang menyalahi ajaran Islam yang sebenarnya. Pengikut-pengikut ajaran Qadiani itu telah dihukumkan kafir oleh ulama Islam serata dunia.
  2. Jabatan Agama Islam Selangor melalui Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak telah menghukumkan kafir kepada pengikut-pengikut Qadiani yang berpusat di Batu 20 Jeram, Kuala Selangor pada 15 Disember 1953 setelah mereka dibicarakan di Istana Kuala Lumpur di hadapan Sultan Selangor dan beberapa alim ulama di negeri Selangor. Setiap orang yang telah menjadi penganut ajaran Qadiani adalah telah murtad. Maka, wajiblah dituntut mereka bertaubat dan kembali kepada Islam dengan ikrar dua kalimah syahadah.
  3. Antara ciri-ciri ajaran itu menurut Mirza Ghulam Ahmad:
  • Sebagai nabi yang menerima wahyu.
  • Imam Mahadi.
  • Isa al-Masih.
  • Mempunyai mukjizat.
  • Para nabi menyaksikan dirinya.
  • Malaikat sebagai pancaindera tuhan.
  • Nabi Isa AS telah mati dan kuburnya di Srinagar, India.
  1. Orang-orang Islam dilarang menjual, mengedar, membeli, memiliki atau memberi ceramah tentang isi kandungan buku- buku berikut:
  • Invitation To Ahmadiyah yang dikarang oleh Hazrat Hj Mirza Bashiruddin Ahmad (Khalifatul Masih II).
  • Penawar Racun Fitnah Terhadap Ahmadiyyah yang ditulis oleh Pengurus Besar Jema’at Ahmadiah.
  • Alam Sebagai Saksiyang dikarang oleh Mohamad Zain bin Hasan.
  • The Holy Quran With English Translation And Commentary (Vol II, Part I) yang dikarang oleh M Mas’ud Ahmad.

Fatwa tahun 1998 di atas telah diperincikan pada tahun 2000 iaitu:

Memandangkan mana-mana orang yang telah menganuti ajaran Qadiani telah menjadi murtad (keluar daripada agama Islam), akibatnya dari segi hukum syarak dan undangundang sivil adalah:

  1. Perkahwinan orang tersebut boleh dibubarkan dengan pengesahan Mahkamah Syariah mengikut seksyen 46 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 1984;
  2. Orang tersebut tidak boleh menjadi wali dalam akad nikah anak perempuannya;
  3. Orang tersebut tidak boleh mewarisi harta peninggalan kerabat-kerabat Muslimnya;
  4. Orang tersebut tidak berhak untuk mendapatkan apa-apa keistimewaan yang diperuntukkan kepada orang Melayu di bawah Perlembangaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan sekiranya hak-hak tersebut telah diberi, dinikmati atau diperoleh oleh orang tersebut, ia hendaklah terhenti dari berkuatkuasa dan bolehlah dilucut, ditarik balik dan dibatalkan mengikut mana berkenaan, oleh pihak berkuasa yang berkaitan

Kesimpulan

Akidah Islam berdasarkan pegangan Ahli Sunah Waljamaah yang menjadi pegangan di negara ini mestilah sentiasa dihayati agar sebarang anasir perosak akidah dapat dijauhi.

Oleh itu, umat Islam di Malaysia khususnya di negeri Selangor perlu menjauhkan diri daripada sebarang aktiviti yang mempunyai ciri-ciri yang telah disebutkan di atas dan menjauhkan diri daripada segala bentuk ajaran dan fahaman yang meragukan.

Segera laporkan segala aktiviti yang meragukan kepada pihak berkuasa agama bagi membendung penularan ajaran yang boleh merosakkan akidah, syariah dan akhlak umat Islam.

Sumber: Majlis Agama Islam Selangor

1 comment:

Anonymous said...

Flashback ini kenyataan mantan Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusuf menggesa orang ramai tidak salah faham keputusan mahkamah yang berpihak kepada pengikut ajaran Ahmadiyah.

Mantan menteri Mujahid, yang dipetik FMT, berkata demikian sebagai merujuk Keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memutuskan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tidak berhak menghalang dan mengambil tindakan ke atas pengikut Ahmadiyah.

https://www.mindarakyat.net/2018/07/mahkamah-arah-jabatan-agama-jangan.html?m=1 mana mujahit..!?

Mantan menteri agama Mujahid turut mengingatkan orang ramai agar tidak membandingkan ajaran Islam dengan ajaran Ahmadiyah yang sudah difatwakan sesat.

Sekumpulan pengikut jemaah Ahmadiyah menitiskan air mata kesyukuran di luar ruangan Mahkamah Tinggi Shah Alam hari tersebut.

Ia terjadi selepas Hakim Vazeer Alam Mydin membuat keputusan menyebelahi mereka dalam kes yang difailkan terhadap Jabatan Agama Islam Selangor.

"Kita dah boleh sembahyang Jumaat macam biasa sekarang," ujar salah seorang pengikut ajaran yang telah difatwakan sesat pada tahun 1998 oleh pihak berkuasa agama negeri Selangor.

Ajaran Ahmadiyah diasaskan Mirza Ghulam Ahmad pada 1889 di India dan telah difatwakan 'sesat' oleh pihak berkuasa agama negeri Selangor pada 1998.

Ini kah yang diharapkan bila PH memerintah sekali lagi. Apa kata bakal PM Malaysia Brother Anwar Bin Ibrahim semasa PH berkuasa dulu. Diam jadi setan bisu, hanya terpekik terlolong 'numbers' saja. Harap Tun pada masa itu jadi PM kali ke 2 acah acah power Melayu Islamij lansung tak berbunyi anak cucu pejuang Seksuality Merdeka dan COMANGO.

Jangan pisang berbuah dua kali di bumi ini.


#acahacahpowermelayutara

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails