Monday, September 06, 2021

Isu lawak jam ‘Rolex’: Siti Kasim nak buruk-burukkan tugas Menteri agama?

 

Isu jam ‘Rolex’: Idris Ahmad nafi dakwaan Siti Kasim

KUALA LUMPUR: Dakwaan peguam dan aktivis, Siti Kasim terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama ), Senator Idris Ahmad yang dikatakan memakai jam tangan Rolex ternyata tidak benar apabila Idris sebenarnya memakai jam jenama Buruj. 

Idris berkata, jam yang dipakai beliau itu sebenarnya adalah jenama Buruj yang telah lama dipakainya bagi memudahkan dirinya untuk mengetahui waktu solat dan arah kiblat. 

“Boleh solat kat mana-mana. Dalam pejabat yang baru masuk pun boleh solat sebab senang nak tentukan arah kiblat (dengan jam Buruj berkenaan),” ujar beliau menerusi hantaran di  Facebook, Twitter dan Instagram miliknya hari ini...

Siti Kasim dalam kenyataannya di Twitter sebelum ini meminta pengikut laman sosialnya itu  memeriksa jam tangan dipakai Idris dalam satu gambar yang memaparkan Naib Presiden PAS itu sedang menadah tangan untuk berdoa, yang didakwanya dari jenama Rolex. 

Tinjauan HarakahDaily di laman web Buruj.my mendapati harga seutas jam tangan jenama Buruj jenis Rose Gold hanya RM279 dan Silver (RM269), berbanding dengan jam tangan jenama mewah Rolex yang dianggarkan paling murah adalah jenis Oyster Perpetual berharga RM20,750 dan yang paling mahal pernah terjual ialah Paul Newman’s Rolex Daytona Ref 6239 berharga RM72.2 juta. –HARAKAHDAILY 5/9/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Isu ini isu lawak, dihadapkan kepada Menteri Agama JPM yang baru. Adakah hal ini  terkait dengan publisiti murah atau nak buruk-buruk tugas agama?

,

Tangkap layar Twitter Siti Kasim menunjukkan gambar Idris yang didakwa memakai jam tangan Rolex.

1 comment:

Anonymous said...

Siti ni belum bersuami, jadi tiada urusan rumah tangga nak dijaga. Jadi dia jaga tepi kain org.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails