Saturday, August 28, 2021

K'tan sumbang RM100,000, P/Pinang negeri kaya sumbang berapa?

 

Kelantan sumbang RM100,000 mangsa tragedi Gunung Jerai

YAN: Kerajaan Kelantan menyumbang wang tunai sebanyak RM100,000 dan barangan keperluan harian kepada mangsa tragedi kepala air Gunung Jerai di Yan dan Merbok.

Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, Dato’ Mumtaz Md Nawi berkata, pihaknya bersimpati terhadap kejadian yang menimpa penduduk di Yan dan Tupah akibat tragedi tersebut.

“Takziah kepada semua yang terlibat, banyak bersabar dan InsyaAllah kita selesaikannya bersama-sama,” kata beliau kepada Harakahdaily ketika kunjungan ke Bilik Gerakan Operasi Banjir Masjid Wusto, semalam.

Hadir sama Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Ustaz Mohd Asri Mat Daud.

Kerajaan Kelantan turut menyumbang 300 unit periuk nasi elektrik, 300 pasang telekung dan 1,200 botol pencuci tangan (hand sanitizer).

Pada sebelah pagi rombongan dari Kelantan itu mengadakan kunjung hormat ke Kediaman Rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon.


Mumtaz juga berkata, penderitaan yang ditanggung mangsa tragedi tersebut turut dirasai rakyat Kelantan.

Justeru itu kata beliau mereka bersama kerajaan Kelantan menghulurkan sumbangan bagi membantu penduduk yang terbabit dengan bencana terbabit.

Beliau juga berharap musibah yang diturunkan Allah SWT itu akan menjadi titian merapatkan hubungan siratulrahim dengan semua pihak. – HARAKAHDAILY 27/8/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kelantan sumbang RM100,000 kepada mangsa tragedi Gunung Jerai. Al-hamdulillah, mungkin atas dasar Islam kerajaan Kelantan dan prihatin rakyat. 

Pulau Pinang jiran Kedah yang kononnya negeri kaya, banyak dibantu Kedah, contohnya 'sedekah air bersih', berapa beri sumbangan kepada Kedah? Rakyat juga ingin tahu..

4 comments:

Anonymous said...

INI KABINET PILIHANRAYA PRU 15 JUGAK NIH
MAT HASSAN TAK DI PERTIMBANG JADI MENTORI KAN
UMNO SUSAH HATI HARDCORE TAK JADI MENTERI
BIASO LAH NAIB PRESIDEN TAK BAGI MUDAH PADO TIMBALAN


INI SEJARAH NAIB PRESIDEN JADI PEDANO MONTIRI
SELALU PRESIDEN JADI PERDANO MENTORI KAN
MAKNO KATO BAGI LALUAN MASO PEMILIHAN PARTI
BARU NNPK CANTIK PRESIDEN PARTI JADI PM KE SEMBILAN


#MELOPEHMATASAN

Anonymous said...

Siasat Mantan Gabenor Bank Negara segera.

Kepimpinan Datuk Ismail Sabri segerakan membuka kes-kes berprofil tinggi seperti Kes bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti dan juga skandal penjualan tanah dan aset Tabung Haji.

Pembukaan kes ini boleh perbaiki imej PM ke 9 sambil memberitahu rakyat ada nya “penyamun” sebenar yang selama ini dilindungi.

Kerajaan PM 8 dilihat seolah-olah berat untuk membuka kes-kes ini berkemungkinan mereka ada terbabit sama.

Apatah lagi kerajaan fitnah jijik PH di dalangi Tun Mahathir kes 1 MDB sudah jadi bola tanggung melampiaskan amarah pada Bossku.

Terlalu jelas fakta dan pembuktian pihak pembela bahawa berlaku transaksi tanpa pengetahuan Datuk Seri Najib, malah pihak Lembaga Pengarah pun tidak dimaklumkan mengenainya.

Jika diikuti perbicaraan kes dan melihat cara Hazem menjawab, terlalu banyak kali jawapan diberikannya ‘tidak tahu’ dan ‘tidak pasti’.

Jika beginilah jawapan diberikan ketika disoal, kemungkinan wujud pakatan cuba mengenakan Datuk Seri Najib semakin terserlah.

CEO 1MDB Mohd Hazem, yang mengaku dirinya mengalihkan wang bernilai USD127 juta tanpa kelulusan Lembaga Pengarah 1MDB.

Jika BOD 1MDB tidak dimaklum atau dimohon kelulusannya dan mereka juga tiada pengetahuan awal tentang transaksi yang berlaku, bagaimana pula Datuk Seri Najib.

Walaun Tun meratib kononnya bossku ‘mesti tahu’ sedangkan beliau ketika itu sibuk mengurus tadbir negara dan hanya mengetahuinya selepas transaksi dilakukan.

Seperti kes Zeti Aziz , umum sedia maklum siapa “kleptokrat” dibelakang nya. Siapa Jho Low sebenarnya. Kenapa Jho Low Nik Faisal dilesapkan oleh kerajaan PH dikuasai oleh Tun dan DAP. Kenapa Justo pun lesap betul betul depan hidung Tun Mahathir.

Kes-kes berprofil tinggi ini adalah demi kepentingan negara untuk membuktikan negara tidak mengamalkan selektif “presecution” atau “Political persecution” oleh musuh politik.

Kepada yang suka berzikir kleptokrat, amat sesuai untuk mereka mengikuti rapat perbicaraan kes dan kandungan hujah-hujah demi memahami apa sebenarnya terjadi dan kenapa ramai mendakwa ia hanya kes rekaan kesempatan mengenakan Najib.

Demi kepentingan politik pihak tertentu, atas niat asalkan ada kes untuk buatkan Najib digelar penyamun dan kleptokrat, waima pendakwaan kesnya masih tunggang -langgang tanpa saksi utama dan bukti kukuh.

Soal jawab peguam rakyat lebih memahami dan menyedari kes sebenarnya berlaku tidak sama dengan apa yang difitnah dan dipersepsikan oleh pihak Pakatan Harapan dan Tun Mahathir..!!

#sumpahlaknatmakinnyata

Unknown said...

Takut penang bg senyap2. Tak nak riak..

Unknown said...

Perlu ke bergambar tunjuk bg duit

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails