Thursday, June 17, 2021

Agong zahir pandangan sidang Parlimen secepat mungkin

 

Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan supaya persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.

“Setelah memperhalusi semua pandangan para pemimpin parti politik, Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 dan sembah taklimat para pakar dari agensi-agensi Kerajaan maka Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.

“Ini untuk membolehkan Ordinan-ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan oleh Ahli-ahli Dewan Rakyat,” kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan harapan agar angka jangkitan wabak Covid-19 dapat dilandaikan dengan segera dan berpandangan vaksinasi merupakan satu-satunya exit strategy bagi mengawal penularan wabak Covid-19 di negara ini.

Sehubungan dengan itu, ujar beliau Seri Paduka Baginda turut menzahirkan pandangan bahawa kerajaan perlu bertindak tegas memudahkan birokrasi dan mempercepatkan proses vaksinasi kepada rakyat agar matlamat imuniti kelompok 80 peratus (herd immunity) dapat dicapai seawal mungkin

“Seri Paduka Baginda turut menzahirkan pandangan bahawa perlu adanya pentadbiran kerajaan yang stabil dan kukuh serta berupaya berfungsi dengan efektif dalam menangani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara,” katanya.

Tambahnya, Seri Paduka Baginda amat menyedari tentang peranan Parlimen sebagai satu platform penting untuk wakil-wakil rakyat bersidang bagi membincangkan pelbagai isu khususnya berkaitan penularan wabak Covid-19.

“Ahli-ahli Dewan Rakyat boleh berbincang berkenaan peruntukan perbelanjaan Kerajaan bagi membantu rakyat yang di dalam kesempitan dan bagi memulihkan semula ekonomi negara.

“Seri Paduka Baginda mengambil kesempatan ini menzahirkan setinggi penghargaan atas sokongan berterusan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu yang juga mencerminkan keprihatinan tinggi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu terhadap kemaslahatan negara dan kelangsungan hidup rakyat,” ujarnya lagi.

Beliau berkata, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan setinggi penghargaan kepada para petugas barisan hadapan dan seluruh rakyat yang bertungkus lumus mengorbankan masa serta penat lelah dalam usaha-usaha memerangi penularan wabak Covid-19 di negara ini.

“Seri Paduka Baginda turut mengambil kesempatan ini mengajak rakyat untuk bersama mendoakan agar rakyat Malaysia dan negara sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT, dijauhi dari sebarang musibah dan wabak Covid-19 dapat dibendung serta diakhiri dengan segera,” katanya. – HARAKAHDAILY 16/6/2021

6 comments:

Anonymous said...

20 ribu peranti 'low quality' untuk pelajar dari Yayasan YTL. Pemimpin Melayu baru kena main dengan Jho Low, kali ini Yayasan YTL pulak kasi main.

Nampak nya pemimpin Melayu tak serik serik kena main dengan Bangsa Jho Low. Yayasan YTL Diberi kontrak billion ringgit pada bangsa Jho Low lagi kuat kena main.

Menteri Besar Perak Saarani Mohamad mempertahankan tindakan kerajaan negeri mengedarkan 20,000 telefon pintar kepada pelajar, ekoran kritikan bahawa peranti yang diedarkan itu tidak sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Dalam satu sidang media dalam talian tengah hari ini, dia menjelaskan bahawa telefon itu bukanlah dibeli menggunakan dana awam, sebaliknya merupakan sumbangan daripada Yayasan YTL. Yayasan YTL tu bangsa Jho Low juga.

Nampak gayanya pemimpin Melayu tak serik serik kena main dengan bangsa Jho Low ini.

Hancur negara kalau perangai pemimpin Melayu tak berubah. Hidup tak lama mana pun jangan anak cucu kencing atas kubo kita nanti.

Jho Low baru bodo kan pemimpin Melayu , YTL pulak kasi main sama pemimpin Melayu. Nnpk gaya banyak lagi isu macam ni. Sah Melayu tak juga serik serik kena main Bangsa Jho Low

Anonymous said...


Yeo Teng Lay @ YTL, inilah antara TAIKUN DRAGON KRONI PN PM MUHYIDIN @ MUHIDIN @ MAHIADDIN -nama sendiri pon tak tau mana yang rasmi? atau mau MENIPU? atau MEMANG penipu yg juga KRONI Mahathir paria krala.

YTL ni la juga yg bekalkan laptop cikai ke sekolah2 masa PPSMI Mahathir Najib dan Mohidin anak asing, makmal komputer dan FROG VLE yg sekarang tebengkalai hanchor berkecai kerana Mahathir SIAL dan konco2 Melayu Islam UMNO yg kini tempat PAS bergantong hidup

HIDUP MELAYU KASTA

#bangausilabenamkepalamukelubangtahi

Anonymous said...

Anon 11.21

just to inform layan bideo link bawah..... terbaik video tu

kenapa Tun berjuang untuk kroni anak cucu ber mati matian menghalang musuh utama Tun berkuasa...

sedikit sebanyak jawapan ada di link ini.

Keluarga Cendana mirip keluarga Tun

Jokowi vs Cendana

https://youtu.be/Pit1gXZSy3E

layannnnn..

Anonymous said...

Dulu ytl simen adalah perak hanjoong. MB waktu tu jual kpd ytl dgn ehem ehem. Tak tahulah siapa yg khianat rakyat melayu perak waktu. Ini juga pengalaman sangat pahit buat rakyat perak.

Anonymous said...

Pemimpin Melayu jenis tak serik serik kena bodoh bangang dengan Bangsa Jho Low... Mme sial suma pemimpin krbanyakan usia dah lanjut otak bodoh bangang jangan di warisi oleh pemimpin muda..

Tak boleh terima akal pasal Jho Low masih bebas, kaya raya lesap terus tak dapat dikesan.

Pada hal Jho Low dan 1MDB yang dicanang puak bangau Tun Mahatihr(Cap Bunga) Mat Sabu (PAN) PKR hingga berguling guling atad jalan raya digula gulakan oleh Tony Pua, Marina Chin Lim Guan Eng dari DAP.

Dah berkuasa 22 bulan Tun Mahathir buat bodoh bangang macam sial. Jho Low lesap pemimpin Melayu dan orang Melayu kena bodoh skli dengan Jho Low..sial sungguh

Anonymous said...

Bukankah ytee-l yang mendapat kontrak berbillion ringgit di zaman Be End memerintah untuk memberikan perkhidmatan ict ke sekolah kerajaan tetapi perkhidmatan ict ytee-l sangat teruk merugikan guru dan murid???

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails