Thursday, April 15, 2021

ICERD: Dr Kamarul Zaman Bongkar Lagi Temberang DAP..

 

ICERD bukan agenda DAP: Siapa DAP mahu temberang?

AGAK melucukan melihat Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke, dalam usaha beliau untuk menjauhkan DAP dari agenda untuk meratifikasi ICERD, akhir-akhir ini bersungguh-sungguh benar menyalahkan Datuk Seri Saifuddin Abdullah sebagai pihak yang memperjuangkannya.

Mungkin beliau tidak sedar bahawa sebelum ini Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, sendiri tidak pun menyalahkan Datuk Seri Saifuddin Abdullah sebagai pihak yang memperjuangkan agenda untuk meratifikasi ICERD, tetapi menyalahkan seorang Menteri PH lain, iaitu Waytha Moorthy.

Dan jika kita rajin menyemak berita-berita lepas akan kita jumpa banyak laporan pihak-pihak yang membedal Waytha Moorthy kerananya, antaranya ialah tindakan lebih 100 Wanita Umno Terengganu membuat laporan polis bagi mendesak Waytha Moorthy dipecat kerananya.

Akan kita jumpa juga banyak laporan pemimpin DAP yang memperjuangkan agenda untuk meratifikasi ICERD, termasuklah antaranya:

(1) Kenyataan Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto, yang memperjuangkan agenda untuk meratifikasi ICERD (rujuk di sini: https://dapmalaysia.org/en/statements/2017/12/11/26260/ )

(2) Kenyataan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, yang memperjuangkan agenda untuk meratifikasi ICERD (rujuk di sini: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/11/08/jangan-takut-ratifikasi-icerd-dap-beritahu-ppbm-umno/ )

(3) Kenyataan ADUN Tras, Chow Yu Hui, dan ADUN Tanah Rata, Chiong Yoke Kong, yang memperjuangkan agenda untuk meratifikasi ICERD (rujuk di sini: https://dapmalaysia.org/statements/2018/11/09/27844/ )

Lebih menarik lagi ialah, tatkala isu ICERD ini sedang panas, pemimpin agung DAP, Lim Kit Siang sendiri telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan yang memperjuangkan agenda untuk meratifikasi ICERD, termasuklah antaranya:

(1) Kenyataan beliau yang membedal Presiden PAS kerana menentang ICERD berbunyi: “Adakah Datuk Seri Hadi Awang mengatakan bahawa hanya satu peratus daripada 1.9 bilion Muslim di dunia layak untuk digelar sebagai Muslim sejati kerana semua negara Muslim termasuk semua negara Muslim di Timur Tengah kecuali Malaysia dan Brunei telah meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD)?” (rujuk di sini: https://dapmalaysia.org/Kenyataan-Akhbar/2018/11/21/27899/ ).

(2) Kenyataan beliau yang membedal Presiden PAS kerana menentang ICERD berbunyi: “Bolehkah kiranya Datuk Seri Hadi Awang turut menjelaskan persoalan mengapa 55 daripada 57 negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) sudah meratifikasi ICERD, kecuali Malaysia dan Brunei? Adakah terdapat anggapan bahawa 99 peratus daripada 1.9 bilion umat Islam, yang menetap di 55 daripada 57 negara OIC, telah terpesong dan bukan orang Islam sepertimana yang dimahukan Hadi?” (rujuk di sini: https://dapmalaysia.org/Kenyataan-Akhbar/2018/11/22/27903/ )

Lalu bagaimanakah sekarang ini DAP mahu mendakwa mereka tiada kaitan dengan ICERD?

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 15/4/2021

4 comments:

Anonymous said...

Parti chauvanis umpama charles manson, sembunyi pisau kat belakang. Tunggu masa sesuai utk sembelih.

Anonymous said...

Datuk Seri Saifuddin Abdullah, DAP dan sekutunya telah bersama2 untuk meretifikasikan ICERD! Ianya sangat jelas.

Tak usahlah nak berdolak dalih lagi. Jom semua TOLAK mereka2 ini didalam PRU15 nanti!

Anonymous said...

Dr Zul tidak bersama tukang sembelih. Tp Dr mujthid jadi khadam penyembelih. Dua doktor tapi dua personliti yg jarak bezanya.

Anonymous said...

Hari ni dikejutkan org islam dipukul oleh seorg cina kerana berpuasa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails