Wednesday, January 20, 2021

Mengapa DAP gelabah?

 

DAP ekstrem, campuri urusan orang Islam

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan, parti itu tetap berpendirian teguh untuk terus menolak dan menentang kerjasama dengan DAP.

Ini, jelasnya disebabkan sikap DAP yang ekstrem serta suka mencampuri urusan orang Islam.

Beliau berkata, sikap itu sebenarnya sudah ditunjukkan parti berkenaan ketika bersama dalam Pakatan Rakyat sebelum ini.

“Pengalaman kita dengan DAP, dia sering kali campur tangan dalam urusan untuk pelaksanaan (hukum Islam), padahal ia hanya melibatkan orang Islam.

“Bila kita hendak laksanakan hukum Islam mereka gelabah. Mereka tidak setuju padahal kita tidak ganggu hidup mereka tetapi mereka ganggu hal kita.

“Jadi sebab itu kita tolak kerjasama dengan DAP dan menolak kawan-kawan yang kita rasa yang mesra dengan DAP,” ujarnya pada program Bual Bicara Minda Profesor Negara ‘Bicara Negarawan’ Masa Depan Malaysia: Ke Mana Kita? yang disiar secara langsung di Facebook Majlis Profesor Negara (MPN) pada Selasa.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, kerjasama antara PAS dan DAP ketika dalam Pakatan Rakyat yang turut disertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini hanya bersifat untuk mendapat kemenangan Pilihan Raya Umum (PRU) semata-mata.

“Bila sampai hendak realisasikan perlembagaan terdapat percanggahan oleh DAP, contohnya kita hendak tegakkan Islam dalam perlembagaan, mereka gelabah,” katanya. – HARAKAHDAILY 20/1/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bila sampai hendak realisasikan perlembagaan terdapat percanggahan oleh DAP, contohnya kita hendak tegakkan Islam dalam perlembagaan, mereka gelabah... Mengapa DAP gelabah?

Kerana, itulah titik perpisahan dan pertentangan antara DAP dengan PAS. Antara parti sekular dan parti Islam. Jauh bagaikan bumi dengan langit. Bagaikan neraka dengan syurga. Hizbullah membawa rakyat ke syurga, insya Allah!

IHtv

9 comments:

Sani said...

Semoga Allah tunjuk wajah sebenar penunggang agama Di Malaysia.amin

Anonymous said...

Penunggang agama ialah kumpulan liberal. Para ustaz wajar guna agama utk tambah baik iman dan taqwa. Harapkan bang non asyik nak guna terowong belakang, kemudian ngajar tafsir hadis. Inilah penunggang agama. Zero knowledge hal agama, kemudian nak ngajar tafsir.

Anonymous said...

Ketika zaman Nik Aziz takde pun isu ni....
Oh ya PAS dulu tak sama dengan PAS sekarang.

Unknown said...

Dari dulu puak puak barua atuk lim tuduh pas penunggang agama... Tidak kah kau melihat dengan iman dan awal, berapa ramai pemimpin pas yang kamu tuduh dengan pelbagai tuduhan tu, bila saat kematiannya terbukti dalam husnus khotimah, mati hari Jumaat, puluh ribu solat kan, hampir semua rangkai jemaah islam sedunia berdukacita... Arwahyarham Nik aziz, ishak baharom, harun din, harun taib, fadil noor, ismail kamus, tn hj saleh, ustad abu bakar chik dan beberapa tokoh lagi... Bila aku cakap mcm ni, nnt hang fitnah pulak aku kata pas parti ahli syurga... Aii entahlah...

Manat said...

Sekarang PAS sudah memerintah dan DAP tiada dalam kerajaan. Buatlaa apa yg PAS nak dulu. Mana RUU355? Tak ada modal lain ker? Nak kelentong siapa lagi? Ingat org lain tak ada otak untuk berfikir ker?

Anonymous said...

ulama' difinah atau ulama' menghadapi fitnah Dua Hal yang berbeza. Yang pertama ulama' dituduh macam2.. yang kedua ulama' mungkin berjaya atau mungkin Juga gagal menghadapinya antara fitnah yang mungkin dihadapi ulama ialah fitnah pangkat, gelaran, harta, wanita, kemewahan, kemahsyuran.. sebagaimana Kita semua, Ada yang berjaya, ramai Juga yang gagal .. Semoga dilindungi Allah dari fitnah2 tersebut.

Unknown said...

Kalau nak komen pun guno lah akal sikit, janganlah tunjuk bongok tahap lembu Tamil nadu

Anonymous said...

Rasanya sekarang PAS bukan difitnah, tapi PAS Dan ulama'nya sedang menghadapi fitnah2 tersebut

Anonymous said...

ALHAMDULILLAH, Malaysia sekarang dah:
1-Ada HUDUD
2-Ada Kanun RUU355
3-Kedai JUDI dah ditutp
4- Arak tidak lagi dijual di Malaysia
5- Geng LGBT dah terhapus.
6- Dan 1001 lagi

DAN EXTRA
7- Sembahyang Fardu di Masjid atau Surau dihadkan jemaah dan pernah "ditiadakan" jemaah.
8- Pemimpin boleh berbual LUCAH dengan bini orang...

Ops maaf, ini semua ANGKARA DAP.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails