Wednesday, January 20, 2021

China lakukan 'pembunuhan beramai-ramai' ke atas rakyatnya. Apa kata Cina Di M'sia?

 

AS akan terus menekan China dalam isu genosid etnik Uighur. FOTO FAIL AFP

AS isytihar China lakukan 'pembunuhan beramai-ramai' terhadap etnik Uighur

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengisytiharkan China melakukan genosid (pembunuhan beramai-ramai) terhadap etnik Uighur yang majoritinya beragama Islam dan berikrar tidak akan berdiam diri terhadap isu berkenaan.

Pengisytiharan terbaru yang mengkritik China itu dikeluarkan Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo menjelang 'hari terakhir' beliau menyandang jawatan itu.

"Saya percaya pembunuhan beramai-ramai ini sedang berlangsung dan kita menyaksikan percubaan sistematik menghancurkan etnik Uighur. Kami tidak akan berdiam diri.

"Jika Parti Komunis China dibenarkan melakukan pembunuhan beramai-ramai dan kejahatan terhadap manusia dan rakyatnya sendiri, bayangkan apa yang akan dilakukannya kepada dunia pada masa depan," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Pompeo sebelum ini turut mengulangi dakwaannya itu sambil mengaitkan tindakan terhadap etnik Uighur itu mengingatkan kepada tindakan Nazi di Jerman ketika Perang Dunia Kedua.

Beliau turut mendesak semua badan antarabangsa termasuk mahkamah untuk mengambil tindakan undang-undang berhubung tindakan China terhadap etnik Uighur dan menegaskan AS akan terus membangkitkan isu berkenaan.

Kumpulan membela hak asasi manusia sebelum ini percaya sekurang-kurangnya satu juta etnik Uighur dan Muslim berbahasa Turki dipenjara di sebuah kem di wilayah barat Xinjiang.

Saksi dan aktivis turut mendakwa China memaksa penyerapan budaya Han dalam budaya etnik Uighur dengan menghapuskan adat istiadat Islam, termasuk memaksa umat Islam memakan daging babi dan minum arak, yang keduanya dilarang agama Islam.

Bagaimanapun, China menafikan dakwaan itu dan menyatakan kem yang diwujudkan adalah pusat latihan vokasional bertujuan mengurangkan pengaruh ekstremisme Islam.

Berbeza dengan banyak keputusan Pompeo, Presiden yang bakal dilantik, Joe Biden, mendesak lebih banyak tekanan terhadap China dalam isu hak asasi manusia menerusi kempennya tahun lalu yang menggunakan istilah 'pembunuhan beramai-ramai'.

Antony Blinken, yang menjadi pilihan Biden untuk menggantikan Pompeo, bersetuju dengan istilah 'pembunuhan beramai-ramai' dan menegaskan ia menjadi 'pertimbangannya' jika menduduki jawatan disandang Pompeo selepas ini.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Projek Hak Asasi Manusia Uyghur, Omer Kanat berharap istilah pembunuhan beramai-ramai itu akan membawa kepada langkah selanjutnya seperti memboikot Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing tahun depan.

"Implikasinya sangat besar. Tidak mungkin untuk meneruskan urusan seperti biasa dengan sebuah negara yang melakukan pembunuhan beramai-ramai dan menindas manusia," katanya dalam satu kenyataan.

Pentadbiran Presiden Donald Trump sebelum ini mengambil beberapa langkah menekan China atas tindakannya terhadap etnik Uighur, termasuk menyekat import kapas dari Xinjiang, antara pengeluar benang global utama dalam industri pembuatan tekstil. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Jelas, Parti Komunis China sanggup melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyatnya sendiri, hanya kerana perbedaan agama. 

(i) Bagaimana boleh ada pemimpin-pemimpin Cina di Malaysia yang mengidolakan idealogi komunis tersebut?

(ii) Bayangkan apa akan jadi kepada Parti Komunis China, kalau negaranya memiliki rakyat yang asalnya 'pendatang' diberi kerakyatan, yang akhirnya ingin merampas kekuasaan dari negara tersebut? Bayangkan kalau hal itu berlaku kepada kerajaan komunis China?

(iii) Apa komen Cina di Malaysia?

IHtv

3 comments:

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

PALA HOTAK betul si rejim PENGGANAS2 Zionis US/BARAT ni - yg. lu asyik BUNUH berJUTA bangsa2 BUMIPUTERA Islam di IRAQ, SYRIA, AFGHANISTAN, MALI dll, serta MENYOKONG rejim PENGGANAS Zionis ISrael utk. asyik MEMBUNUH bangsa BUMIPUTERA Islam/Katholik PALESTIN, serta menubuhkan IS/DAESH KANIBAL - tapi boleh pula si ANJING2 PENGGANAS Zionis ni nak TERLALAK kat CHINA!! Maka DUNIA ISLAM - JANGAN TERPERANGKAP dgn. PENIPUAN2 kejo rejim2 PENGGANAS US/BARAT-ISrael ni!!

Puak PEMISAH UIGHUR ni yg berPUSAT di US - adalah EJEN2 si PENGGANAS Zionis US/BARAT-ISrael - kerana depa ingin MENAKLUK BANJARAN Gunung Berapi Purba HIMALAYA di TIBET & XINJIANG yg. amat KAYA dgn. bahan2 NADIR BUMI (RARE EARTH Elements/Minerals) z yg. amat KAYA dgn. bahan2 NUKLEAR spt. THORIUM, URANIUM & ZIRCON!!

Anonymous said...

Kat malaysia ada khadam dap. Tu yg cina dap naik tocang. Pan dan pkr dah jadi jin perosak bumiputera dan islam.

Anonymous said...

yang khadam MCA apsal tak sebut plak....SAMA JE KHADAM DAP DAN MCA 2-2 PH DAN PN tak bleh pakai
semua sujud kat kapir cina LAHABAU

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails