Saturday, January 23, 2021

Formula satukan parti poltik &RUU 355 ditangguhkan.

 


‘Nampak saya pemain utama, seorang tidak boleh’  -Pesiden PAS

KUALA LUMPUR: PAS memilih pendirian untuk memastikan kedua-dua gabungan, Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) bersatu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, menerusi kajian yang dilakukan, tiada parti yang boleh menang untuk membentuk kerajaan pada pilihan raya akan datang sekiranya bersendirian.

“Kita (PAS) mahu memastikan kedua-dua gabungan ini (MN dan PN) bersatu. Dalam kajian kita, tiada parti yang boleh menang untuk memerintah sendirian pada pilihan raya akan datang, mesti bergabung dengan parti lain.
“Dengan sebab itu, kita utamakan gabungan orang Melayu Islam dahulu supaya kepimpinan Islam dapat diwujudkan dengan kuat.
“Sebab itu kita, mendesak supaya MN dan PN sama-sama. Bagi kita, perlunya kuatkan MN, perkasakan PN supaya kepimpinan Melayu Islam dapat bersatu, dalam masa yang sama, melibatkan sekali masyarakat majmuk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pendekatan PAS menjelang PRU15 sama ada memilih MN atau PN dalam Bicara Negarawan bersama Presiden PAS bertajuk ‘Masa Depan Malaysia: Ke Mana Kita?’ yang disiarkan secara langsung di Facebook Majlis Profesor Negara, semalam.

Mengulas lanjut, katanya yang bimbang sekiranya orang Melayu Islam di negara ini berpecah kembali akan menyebabkan berlaku sekali lagi suasana orang bukan Islam yang mendominasi.
Menurutnya, yang demikian itu tidak selaras dengan penduduk Malaysia yang didominasi oleh orang Melayu Islam.

“Kalau orang Melayu berpecah akan menyebabkan berlaku sekali lagi suasana didominasi orang bukan Islam, yang tidak selaras dengan penduduk (Malaysia) yang didominasi orang Islam dan akan berlaku kecelaruan.
“Islam mensyaratkan kepimpinan Islam mesti daripada kaum yang mendominasi penduduk. Ini syarat dalam kita fiqh Islam,” jelasnya.

Formula menyatukan parti politik

Menurut Tuan Guru Abdul Hadi yang optimis pertembungan antara Umno dan BERSATU dapat diselesaikan menjelang PRU15.
Katanya, antara perkara yang dihadapi adalah sedia maklum Umno sebelum ini pernah memerintah, malahan perasaan untuk kembali memerintah masih ada.

“Kita telah berjaya mewujudkan piagam MN melibatkan parti PAS dan Umno dengan BERSETUJU untuk memperkasakan kepimpinan Melayu Islam termasuk mengajak parti-parti politik lain dan NGO untuk sertai MN. Ini yang kita bersetuju.
“Malangnya apabila kita nak ajak terdapat pertembungan politik antara Umno dan BERSATU. Walau bagaimanapun, majoriti kepimpinan Umno positif (terima), cuma bagaimana kita nak selesai yang negatif ini. Insya-Allah menjelang PRU15, akan diatasi masalah ini,” katanya.

Tuan Guru Abdul Hadi peneraju penyatuan

Ketika ditanya apabila ramai yang menyifatkan beliau sebagai peneraju kepada penyatuan Umno dan BERSATU, dengan rendah diri katanya beliau bukan bergerak berseorangan.

“Sebenarnya saya bukan pemain utama. Kita bermain berpasukan. Kalau saya seorang bawa bola letih tak sampai ke gol. Sebab itu mesti passing passing. Walaupun orang nampak saya pemain utama, seorang tidak boleh, mesti berpasukan.
“Dalam Umno ada pasukan kita, dalam BERSATU ada pasukan kita. Jadi kita manfaatkan pasukan ini, mungkin dalam masa terdekat kalau ada yang tidak boleh menjalankan tugas kita tukar pemain itu. Terpulang kepada parti masing-masing untuk tukar pemain mereka,” ujarnya tenang.

RUU 355 ditangguhkan

Menurut Tuan Guru Abdul Hadi, Rang Undang-Undang 355 (RUU355) terpaksa ditangguhkan dan akan fokus kepada menyelesaikan masalah darurat yang dilaksanakan susulan peningkatan kes jangkitan wabak pandemik Covid-19.
Jelasnya, RUU355 pada peringkat awal adalah kerjasama PAS dan Umno ketika Umno menjadi kerajaan, namun setelah dibincangkan supaya memperkenalkan undang-undang yang mendidik dalam masalah takzir sahaja.

“Di mana hukuman takzir ini adalah hukuman sebat mendidik bukan sebat mendera iaitu sebatan sebanyak 40, 80 kali. Sebat dalam Islam tidak boleh mengoyak dan mencacatkan sekadar mendidik dan memalukan bagi gantikan hukuman penjara,” katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Malangnya, dalam Umno tidak cukup sokongan kerana tidak semua yang menyokong, termasuk pihak Pakatan Harapan (PH) pada masa itu, menyebabkan usul RUU355 sekadar dapat dikemukakan untuk bacaan kali kedua sahaja di Dewan Rakyat, tidak diundi lagi.

“Namun, untuk undian terpaksa bawa usul sekali lagi dan perlu mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan kerana ia bukan usul kerajaan dan mesti memenuhi syarat yang terlalu banyak.
“Justeru, kita terpaksa tangguhkan dan selesaikan masalah darurat dahulu. Ini sangat penting bagi kita. Bahkan dalam sejarah Islam undang-undang yang keras pun ditangguhkan bila berlaku darurat,” jelasnya. – HARAKAHDAILY 20/1/2021

IHtv

14 comments:

Anonymous said...

Kah355x! Walaun pas mangkuk sekalian..sila hadamkan artikel diatas.

Lebai sendiri bentang, lebai sendiri mintak tangguh! Nak tau sapa bantah ruu355, tggu smpi peringkat pengundian la. Mcm belanjawan jgk. Tp lebai biol sendiri mintak tangguh, camne nk undi. Last skali salahkan Dap! Walaun bangang meratip siang malam ph pandap 10000000 kali..
Keh355x!

Anonymous said...

Kaki putar belit lebai jadian.

Anonymous said...

Ingatkan tghh kata dulu rukun sembahyang 13, sekarang dah jadi 12. Rupanya tidak. Yg berubah hanya siasah politik. Nampak sangat penyokong ph tinggal di hutan rimba tak tahu siasah politik. Ikut budaya mat terowong yg berpindah dari satu terowong ke terowong lain.

Anonymous said...

Siasah politik lebai jadian hanya untuk walaun pas terencat akal je..
Skrg nak citer terowong bini ko apehal?

Anonymous said...

kita putar lagiiiiiiii....dah jumpa dalil baru, kalau tak bole jawab nantim kita putarrrr lagi sampai jumpa dalil baruuuuuuuuuuuuu

Poor Indon said...

Wow seronok sungguh LGBT Melayu Sekular Liberal {Pakatan Hancing dengan penangguhan RUU355. Maklumlahhh dah kebal kat akhirat.. M

Unknown said...

Kalau kau baca kenyataan tu untuk prasangka buruk dan hati busuk tahap taik begitulah jadinya. Hari tu pun aku dah ada komen dlm PN(umno) sendiri pun ada yg tak setuju apalagi kumpulan atuk lim dan bang non yg kau puja tu... Keja bangang je kalau tghh nak bentang.

Tapi yalah mungkin kau lagi alim dan fakih dari hj hadi dan majlis syura ulamak, sebab tu kau dah tulis beratus kitab, baca fatehah tahap syeikh sudais.... He. He. Aku agak lembu pun tergelak kalau dengar kau baca fatehah... Piiirahhh mabuk barua atuk lim kit

Anonymous said...

Ko ketagih ganja budak Armada ke? Sapa pgg kuasa skrg?

Anonymous said...

Ooo..ni la dia walaun pas mangkuk yg dikatakan tu..
Unknown bingai: ko dah hadam ke artikel tu?

Kalo xleh hadam gak, ko gi terjun gaung. Ko idup pun xde faedah. Dah tua pun bodoh melampau2.

Pertahan Hak Orang Asal Islam/Melayu Malaysia (Defend Indigenous Malaysian Muslim/Malay Peoples' Rights) said...

PRESIDEN PAS ni nak suruh UMNO Parti PRIBUMI, UMNO bersatu dgn. Parti BUKAN lagi Pribumi, Bersatu DIKTATOR yg. PENIPU, TAMAK, BONGKAK, RAKUS, FASIS, RASIS - apahal?!!

Apakah YAB DS Tuan Hj. Hadi nak UMNO juga jadi KULI2 BUTA, BISU & PEKAK mcm. PAS - demi kuasa POLITIK PENIPU rejim PN yg. diKUASAI oleh DIKTATOR2 Muhyiddin/BERSATU liberal?!

Lihat bagaimana RAKYAT kita diLAYAN oleh rejim DIKTATOR Bersatu LIBERAL ni, di - https://suarakitahebat.wpcomstaging.com/2021/01/22/beberapa-orang-wanita-di-angkut-naik-lori-pdrm-kerana-memakai-mask-di-dagu/

Pertahan Hak Orang Asal Islam/Melayu Malaysia (Defend Indigenous Malaysian Muslim/Malay Peoples' Rights) said...

Dan tu dia, EJEN2 pro- BERSATU liberal PARASIT dlm. UMNO - sdg. MENYERANG YAB DS Zahid habis2an - utk. terus mengHANCURkan UMNO dr. dalam!!

Apa hak si PARASIT2 Melayu LIBERAL dr parti DIKTATOR Bukan lagi Pribumi, BERSATU - sewenang2nya nak HARAMkan UMNO pula?!

Makin GILA KUASA betul si PARASIT2 Melayu LIBERAL Bersatu ni!!

Disyaki, si PARASIT2 Bersatu ni juga akan menjadikan mantan PM AGUNG Orang Asal ISLAM/MELAYU kita, YAM DS Najib, keluarga beliau & Pemimpin2 UMNO lain - sbg. "KAMBING2 KORBAN" (SCAPEGOAT) - utk. memPERGUNAkan SISTEM PERUNDANGAN & KEHAKIMAN yg. telah diJAHANAMkan oleh rejim PH PARASIT & diSAMBUNG legasi amat JAHAT ni oleh Melayu2 LIBERAL Bersatu DIKTATOR ni - dlm. kes2 1MDB/SRC PENIPU!

Sbb. tu skrg. si PARIAH PENIPU gopal sri ram- geng tommy thomas PENIPU tu - bukan main lagi dah jadi PENYOKONG KUAT si rejim DIKTATOR Muhyiddin/BERSATU liberal ni, serta juga MAHKAMAH RAYUAN dah diKUASAI Hakim2 bangsa INDIA (di mana YAM DS Najib sdg. kemukakan rayuan atas hukuman penjara 12 thn. oleh HAKIM SIVIL Mahkamah TINGGI yg . TAK berintegriti & prejudis)!!

Di - http://theunspinners.blogspot.com/2021/01/pengharaman-umno-akan-lebih.html?m=1

Anonymous said...

Dulu fitnah tghh terima 90 juta. Sekarang fitnah lebai jadian dan pas terencat akal. Tapi bang non jumpa YDPA bawa nombor, yg ni bukan fitnah, semua rakyat tahu. Jadi kesimpulannya bang non yg terencat akal, pimpin parti liberal dan akar umbi yg berpotensi terencat akal jika kekal bersama presiden parti liberal.

Poor Indon said...

Wow... Ada orang terasa! Mabuk kubar bendera Pelangi kee?

Poor Indon said...

.... Terasa pulak Kaum Kluster Mahkamah nii.. Resign jer lar macam Najeeb,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails