Tuesday, January 19, 2021

UMNO pecah 3... Dr Puad Zarkashi, Ahli MT UMNO

 

Umno pecah tiga, Annuar Musa antara puncanya kata Fuad Zarkashi. 

Balik dari Langkawi, Annuar tweet minta “ceasefire”. Rupanya, dia terus membuat tuduhan liar menyerang Presiden dan UMNO.  

Annuar macam Muhyiddin yang terus menyerang UMNO bila hilang jawatan parti.  Skrip dia sama. Presiden pecat dia; UMNO mahu Anwar jadi PM; UMNO bergabung dengan DAP; dan UMNO berpecah.  Sebenarnya, tindakan berterusan Annuar menghentam Presiden dan UMNO secara terbuka adalah supaya UMNO dilihat berpecah. Dia pelaksana game plan musuh.  

Dia kata UMNO pecah tiga. Dia lupa pecah tiga itu kerana adanya power broker sejak UMNO kalah. Ada yang mahu menjual UMNO kepada Mahathir. Mereka jadi katak macam Hamzah and the gang.  Ada yang tidak jadi melompat. Sekarang mahu jual UMNO kepada Muhyiddin pula. 

Muhyiddin dalam video yang sudah lama viral dedahkan akan beli pemimpin UMNO dengan jawatan Menteri dan GLC.  Justeru, apa yang Annuar Musa mahu hairankan pasal pecah tiga. Dia adalah sebahagian daripadanya.  Dalam temu bual beliau di Mingguan Malaysia semalam, Annuar mendakwa UMNO akan luput jika tersalah pilih pakatan di PRU 15 nanti.  

Tidak semudah itu. UMNO pernah diharam. UMNO pernah ada team A dan team B. UMNO melahirkan beberapa parti serpihan. Bahkan UMNO juga sudah ada pengalaman hilang kuasa. Apakah UMNO luput?  Itu sebab UMNO tidak mahu bekerjasama dengan PPBM. PPBM jelas menikam UMNO dari belakang. Selepas 11 bulan bersama PN, PPBM adalah kawan yang tidak jujur.  

Mendendangkan naratif “No Anwar No DAP” adalah game plan Hamzah Zainuddin, Azmin dan Muhyiddin. Ia mahu mengelirukan ahli UMNO. Matlamatnya supaya UMNO berpecah dan UMNO tidak tinggalkan PN.  Dalam pertemuan Ketua Bahagian pada 5.1.2021 dan Mesyuarat MKT pada 6.1.2021 tidak berbangkit pun isu Anwar dan DAP. 

Jelas Annuar Musa mahu UMNO bermain dalam galeri dia.  Sebab itu Keputusan menggugurkan Annuar Musa sebagai Setiausaha Agung BN amat tepat. PPBM kehilangan senjata yang boleh pecahkan UMNO dari dalam.  Jangan hairan satu hari nanti Annuar Musa akan naik pentas PPBM seperti mana Muhyiddin naik pentas DAP untuk menyerang UMNO.

Sebab itu apabila Muhyiddin mendapat perkenan YDP Agung untuk istihar darurat, Annuar mungkin bertepuk puas kononnya UMNO kena checkmate”.  Annuar akan terus menghentam UMNO. Dia tidak Akan berhenti. Dia mencari kepuasan diri. Alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke lengan tangan  

Tetapi Annuar juga tahu UMNO akan terus kekal wujud. UMNO adalah parti akar umbi. UMNO tidak akan mereput.  UMNO hanya boleh dihapuskan melalui undang undang. Pada 25 Januari ini Mahkamah Persekutuan akan memutuskan permohonan 16 orang bekas ahli UMNO supaya UMNO dibubarkan.  Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan sudah menolak permohonan mereka. UMNO sudah pernah diharamkan. 

Insyaallah UMNO tidak akan luput atau reput.  

DR. PUAD ZARKASHI, AHLI MT UMNO  
18 Januari 2021. (diangkat dari KERENGGA)

IHtv



4 comments:

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

PECAT Annuar KULI HINA si Melayu2 LIBERAL Bersatu ni - dr. UMNO segera!!

Itulah yg. nak GANTUNG Undg2 Perlembagaan, Sistem Demokrasi Berparlimen sbg. Semak & Imbang, dan Parlimen apahal, melalui ORDINAN DARURAT HARAM, yg. mana ORDINAN2 DARURAT kena BENTANG dulu di PARLIMEN sblm. dpt. diLULUSkan berdasrkan UBDG2 PERLEMBAGAAN 150 (3)- sdgkan KEDAI BAJU DALAM Barat amat LUCAH spt. VICTORIA's SECRET pun diBENAQkan berOPERASI waktu PKP!! Mmg. GILA betul rejim DIKTATOR Muhyiddin/BERSATU liberal/PN FASIS, RASIS, TAMAK, BUAS, ANGKUH, PENIPU & RAKUS ni!!

Maka, DYMM SPB YDPA - mesti kembalikan Sistem DEMOKRASI BERPARLIMEN ni berdasarkan KEBENARAN & KEADILAN tulen yg. diTUNTUT oleh ISLAM sbg. AGAMA NEGARA & SUMPAH JAWATAN DYMM SPB YDPA utk. memPERTAHANkan ISLAM setiap masa, berdasarkan UNDG2 PERLEMBAGAAN keramat kita, dan PECAT segera Muhyiddin sbg. PM, yg. MENIPU DYMM SPB YDPA & MAJLIS RAJA2, utk. memerintah sbg. DIKTATOR KUKU BESI kerana telah hilang MAJORITI di DEWAN RAKYAT!!

Lihat di -
https://ismaweb.net/2021/01/17/gantung-perlembagaan-tak-bantu-pulihkan-pandemik-covid-19-tok-mat/

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Dan kali ni SETUJU dgn. Khairuddin ni - sbb., adakah SAH utk. DIKTATOR Muhyiddin MENASIHATI DYMM SPB YDPA utk. perKENANkan DARURAT, apalagi DARURAT POLITIK muhyiddin/BERSATU liberal amat JIJIK - sdgkan muhyiddin dah HILANG Majoriti, di DEWAN RAKYAT, maka perlu meletakkan jawatan sbg. PM berdasarkan UNDG2 PERLEMBAGAAN ?!

Lihat di - https://www.malaysia-today.net/2021/01/18/khairuddin-saman-muhyiddin-berhubung-pengisytiharan-darurat/

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Bahkan disyaki, ada MO amat JAHAT oleh rejim DIKTATOR Muhyiddin/BERSATU liberal-PN PARASIT ni - utk. sengaja biaqkan INDUSTRI2 yg. MENYEBARkan & MENINGKATkan WABAK Covid-19 ni secara amat DRASTIK, melalui PEKERJA2 ASING @ PATI2 depa, utk. terus berOPERASI, walau semasa PKP - utk. mengHALALkan PKP yg. berlansungan, utk. MENYALAHkan majoriti RAKYAT yg. PATUH akan SOP, dan juga mengHALALkan DARURAT POLITIK jijik rejim DIKTATOR Muhyiddin/BERSATU liberal-PN amat ZALIM, TAMAK, BUAS, RAKUS, FASIS, RASIS & PENIPU ni!!

Di - https://suarakitahebat.wpcomstaging.com/2021/01/18/kerajaan-pnipu-menipu-rakyatkerajaan-pnipu-mengkhianati-rakyat-kerajaan-pnipu-sengaja-biarkan-kes-covid-merebak-untuk-justifikasi-darurat/

Anonymous said...

Pemimpin yg jadi parasit dalam parti keris patut dikumbas keluar. Suara hati mereka tidak sama dengan suara hati akar umnbi. Dalam keadaan akar umbi mahu perpaduan dlm mf dan pn, mereka sibuk menikam belakang. Bergelut utk dapat kuasa supaya mudah dapat laba duit. Banyak parasit yg berdepan kes mahkamah. Ini bukan petanda baik buat parti. Yg lama dan pernah bersama atok punya sikap dan pikiran mirip atok, tamak dan haloba dengan kaya, orang melayu marhain terbiar. Saat bergelut covid, masih bicara kuasa dan pertikai YDPA. Mana kesetiaan dan kebersamaan mengukuh perpaduan melayu dan Islam. Ganti dengan pimpinan baru yg lebih berjiwa melayu dan islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails