Wednesday, January 20, 2021

Tidak boleh cabar di mahkamah – Prof Dr Shamrahayu

 

KUALA LUMPUR: Proklamasi Darurat untuk membendung penularan wabak Covid-19 yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ria’yatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak boleh dicabar di mahkamah.

Menurut Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Shamrahayu Abd Aziz, pengisytiharan darurat yang dilaksanakan ketika ini dibuat atas kepuasan hati Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, dalam Perkara 150, Fasal 8, Perlembagaan Persekutuan, secara jelas menyatakan hal puas hati Yang di-Pertuan Agong tidak boleh dicabar di mahkamah.

“Dalam Perkara 150, Fasal 8, Perlembagaan Persekutuan, perenggan A mengatakan kepuasan hati Yang di-Pertuan Agong itu tidak boleh dicabar di mahkamah.

“Perenggan B pula, Perkara 150, Fasal 8, Perlembagaan Persekutuan, ia menyatakan bahawa mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar ataupun menerima, ataupun membuat keputusan dalam hal-hal berkaitan, keesahan ataupun ketidakesahan kepada Proklamasi Darurat yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Di sini menunjukkan bahawa, menurut Perkara 150 dalam Fasal 8, dibaca dengan Fasal 1, Perlembagaan Persekutuan, apa juga tindakan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk membuat Proklamasi Darurat ataupun membuat undang-undang yang kita namakan ordinan dalam keadaan darurat itu, (tidak boleh dicabar di mahkamah),” ujarnya dalam satu tembual bersama Radio Ikim, pada Selasa.

Jelasnya, kata Shamrahayu, ada dua perkara mengenai Proklamasi Darurat yang tidak boleh dicabar di mahkamah, iaitu pengisytiharan darurat itu sendiri dan juga undang-undang yang dibuat untuk menyekat penularan Covid-19 itu.

Kedua-dua perkara ini tidak boleh dipersoalkan di mahkamah mengikut peruntukan Perkara 150 dalam Fasal 8, ini adalah keputusan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Maka, tiada mahkamah boleh mendengar permohonan tersebut, iaitu permohonan untuk mencabar keputusan Yang di-Pertuan Agong, tegas beliau.

Beliau menjelaskan sedemikian ketika ditanya status berhubung tindakan segelintir pihak yang berhasrat untuk mencabar Proklamasi Darurat yang dilaksanakan kerajaan di mahkamah baru-baru ini. – HARAKAHDAILY 19/1/2021

IHtv

7 comments:

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

DYMM SPB YDPA - PERKENANkan DARURAT sbb. diTIPU & diPERANGKAP oleh NASIHAT si DIKTATOR Muhyiddin!!

Maka,kali ni SETUJU dgn. Khairuddin ni - sbb., adakah SAH utk. DIKTATOR Muhyiddin MENASIHATI DYMM SPB YDPA utk. perKENANkan DARURAT, apalagi DARURAT POLITIK muhyiddin/BERSATU liberal amat JIJIK - sdgkan muhyiddin dah HILANG Majoriti, di DEWAN RAKYAT, maka perlu meletakkan jawatan sbg. PM berdasarkan UNDG2 PERLEMBAGAAN?!

Lihat di - https://www.malaysia-today.net/2021/01/18/khairuddin-saman-muhyiddin-berhubung-pengisytiharan-darurat/

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

NOTA:

Malangnya, bah. UNDG2 PERLEMBAGAAN 150 (3) ini - lebih JELAS kandungannya, dlm. B. INGGERIS.

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Lihat MONOREL - SESAK tanpa perlaksanaan SOP PKP!!

Mmg. GILA betul rejim DIKTATOR PN ni - lepas tu nak buat DARURAT pula lagi!!

Lihat di -
https://www.mole.my/kl-under-mco-but-monorail-packed-to-the-brim-during-rush-hour/

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Lihat PENDERHAKA2 sebenarnya pd. KESULTANAN Islam/Melayu kita SEKARANG, iaitu si DIKTATOR muhyiddin & rejim BERSATU liberal-PN dia!!

Maka, DYMM SPB YDPA mesti MEMECAT si PENDERHAKA2 Muhyiddin sbg. PM yg. telah hilang MAJORITI sokongan di DEWAN RAKYAT, serta PEGUAM NEGARA paling TAK GUNA tu!!

Di -
http://theunspinners.blogspot.com/2021/01/kesilapan-institusi-raja-raja-melayu.html?m=1

Anonymous said...

Muhyiddin bukanlah seorng penderhaka. Sehingga kini ia seorg yg bersih, banding dgn wak jahid yg intim dgn mahkamah. Bila kepala taik pimpin masyarakat, masyarakat bukan bertukar jadi baik, jadi buruk sudahnya ikut kepala taik. Utk parti dan negara jadi bersih, pilih pemimpin yg bersih.

Anonymous said...

CELAH MANA WANG 1MDB HILANG DICURI

Pemulangan wang 1MDB bukti dakwaan Tun tidak benar, kata Najib

Perkembangan ini jelas menyangkalkan tuduhan Tun sebelum ini bahawa DoJ tidak akan teruskan kerjasaman dengan kerajaan PN ataupun kerajaan PN tidak akan teruskan usaha untuk mendapat semula semua dana yang dikatakan hilang,” kata Najib.

Najib mengulas laporan bahawa DoJ memulangan AS$300 juta yang didakwa diseleweng daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini.

Mei tahun lalu, AS mula memulangkan dana yang berjaya ditemui semula, membabitkan bayaran pertama hampir AS$200 juta (RM836 juta)

DoJ dalam kenyataannya, berkata, ia menjadikan jumlah keseluruhan wang 1MDB yang dipulangkan adalah sebanyak RM2.6 bilion (AS$600 juta).

“Namun US$620 juta hanya sebahagian kecil daripada US$4.5 bilion yang sepatutnya dikembalikan kepada 1MDB sebelum 30 Disember 2020 jika perjanjian penyelesaian dengan IPIC milik kerajaan Abu Dhabi diteruskan.

“Namun kerajaan Tun@PH dahulu telah membatalkan perjanjian penyelesaian asal yang ditandatangan pada masa BN. Kerajaan PH juga menolak tawaran IPIC yang disyorkan oleh DOJ sekali lagi pada tahun lepas seperti didedahkan minggu lepas,” kata Najib.

Najib berkata, kerajaan sepatututnya meneruskan perjanjian penyelesaian dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) jika mahu mengambil balik semua wang 1MDB yang didakwa hilang secara sekaligus.

Zeti lantikan Tun Mahathir. Najib Bebas tanpa lepas. Bank Negara tahu tapi buat senyap bodoh

Jika dibuktikan bahawa keluarga Tan Sri Zeti telah menerima dana melebihi RM100 juta dari Jho Low termasuk dana yang berasal 1MDB yang disimpan dalam bank di Singapura, terdapat ' conflict of interest' Zeti mempunyai impak kepada kes SRC bossku sebab Zeti yang cadang bossku gunakan akaun bank atas namanya (dan bukan atas nama parti) untuk menerima derma asing.

Dan asas bagi kes-kes mahkamah SRC dan 1MDB bossku ialah dana asing yang dikatakan berasal dari SRC dan 1MDB pernah masuk ke dalam akaun bank atas namanya.

Link 'conflict of interest' Zeti kes 1MDB.. koh koh koh

https://ttkm.com.my/2020/12/31/anwar-minta-zeti-jelaskan-dakwaan-akaun-keluarganya-kait-kes-1mdb/amp/

“Niat kerajaan PH berlainan. Jika semua wang 1MDB yang didakwa hilang dikembalikan oleh IPIC sebelum akhir tahun 2020 ini, maka Najib tak rompak apa-apa. Itu bercanggah dengan propaganda Tun. Pulis lantikan Tun Anak Si Bedul kata Jho Lo dah bertukar jadi beruang tapi Aljezera cari Jho Lo sambil gentel telo buat temuramah Jho Lo.

Dah curi duit boleh pulak dipulangkan duit yang dicuri. Tak cukup dengan pulangkan duit curi (fitnah curi) si pencuri boleh buat sumpah laknat lagi....

Baik sungguh pencuri itu kann..!!

Anonymous said...

Personaliti politik seperti atok, ajib, wak, abg juburi, mat bangla, mat selan dan yg lain2 yg sewaktu dgnnya kira2nya dah bolih bersara dari politik. Yg bermasalah ini boleh mesra mahkamah dan pimpin mahkamah jika terus dipilih. Akar umbi bolih buat perubahan sikap, tolak ambil sampul. Orng melayu kembali ke jati diri melayu yg sopan santun tapi tegas. Anjakan baru seperti zaman sebelum penjajahan, org melayu bijak berniaga spt tercatat zaman gemilang melaka. Pelabuhan melaka jadi persinggahan dunia dagangan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails