Thursday, January 21, 2021

Mak Nyah: 2 Perkara Perlu Dipinda. -T/Menteri JPM (Agama)

 

Ratu Cantik dalam Dunia Mak Nyah

‘Mak Nyah’ akan digaris dalam kesalahan jenayah Syariah

SAYA ambil perhatian mengenai maklum balas sahabat-sahabat berkenaan isu Undang-undang Syariah yang melibatkan golongan yang berpakaian bertentangan dengan jantina. Sejak pagi semalam, saya mendengar dengan tekun pendapat-pendapat yang diutarakan, baik daripada pihak yang menyokong, menyelar mahupun yang mempertikaikan aspek hukuman kepada golongan ini. Kesemuanya ada dalam catatan saya.

Pertamanya, saya nak bagi satu contoh situasi mengikut undang-undang di Wilayah Persekutuan. Katalah kita tahu ada seorang ‘Mak Nyah’ di sana. Di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah, penguatkuasa agama tidak boleh mengambil tindakan semata-mata kerana dia seorang ‘Mak Nyah’. Pihak pendakwa perlu membuktikan bahawa dia menjadi ‘Mak Nyah’ di tempat awam dan dengan tujuan tidak bermoral. 

Aspek Undang-undang Syariah kita agak ketinggalan dalam hal ini kerana jika perlakuan itu dimuat naik ke media sosial, ia tidak dikira sebagai tempat awam. Inilah sebab kita mahu pinda semua Undang-undang Syariah yang ada kaitan dan kita akan usahakan secara berperingkat. Kita mahu Undang-undang Syariah juga selari dengan perkembangan arus teknologi dan keadaan semasa.

Ada dua perkara yang saya akan pastikan ia dimasukkan dalam pertimbangan untuk pindaan. Pertama, tukar jantina perlu dijadikan kesalahan khusus dalam Undang-undang Jenayah Syariah.

Kedua, kandungan media sosial yang berkaitan dengan semua perlakuan bertentangan dengan jantina iaitu yang tidak senonoh, lucah dan jelik juga perlu dijadikan salah satu jenis kesalahan Syariah yang dilakukan secara dalam talian.

Untuk pengetahuan semua juga, kita telah pun menubuhkan satu Jawatankuasa Bertindak (Task Force) bagi menangani isu LGBT yang beragama Islam. Jawatankuasa ini dianggotai oleh lebih 20 organisasi yang berkepentingan dan sudah memulakan mesyuarat pertamanya pada Disember lepas.

Doa dan sokongan kalian semua amatlah kami harapkan dalam usaha mengekang individu dan organisasi yang cuba mempromosi gaya hidup songsang kepada anak-anak kita.

YB AHMAD MARZUK SHAARY
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 21/1/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kita bersetuju sangat cadangan pindaan Timbalan Menteri JPM ini. 

(i). tukar jantina perlu dijadikan kesalahan khusus dalam Undang-undang Jenayah Syariah. (ii). kandungan media sosial yang berkaitan dengan semua perlakuan bertentangan dengan jantina iaitu yang tidak senonoh, lucah dan jelik juga perlu dijadikan salah satu jenis kesalahan Syariah yang dilakukan secara dalam talian.

Al-hamdulillah! Kita sokong untuk terus maju!

IHtv

9 comments:

Anonymous said...

Siri fitnah jijik Tun : Jho Low, Nik Faisal sah si Samdol tak boleh jumpa Justo pulak lari keluar negara.

Justo selesai bertemu Petugas Khas 1MDB
Mei 24, 2018 @ 1:50pm cnews@nstp.com.my

Bekas pegawai PetroSaudi International Ltd, Xavier Andre Justo meninggalkan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas selesai bertemu Pasukan Petugas Khas 1MDB konon nak membantu sesangat siasatan berkaitan kes 1MDB. Ini masa Tun jadi PM

Tun sebagai Perdana Menteri PH telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas 1MDB disertai bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed; bekas Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail; Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, lantikan Tun "IGP Datuk Abdul Hamid Bador."

Bila PH tertebuk muka atok sendiri Justo lari ke luar negara. Ini soalan klise si Amit Samdol tu buat apa..!?

Zeti lantikan Tun Mahathir. Najib Bebas tanpa lepas. Bank Negara tahu tapi buat bodoh

Jika dibuktikan bahawa keluarga Tan Sri Zeti telah menerima dana melebihi RM100 juta dari Jho Low termasuk dana yang berasal 1MDB yang disimpan dalam bank di Singapura, terdapat ' conflict of interest' Zeti mempunyai impak kepada kes SRC bossku sebab Zeti yang cadang bossku gunakan akaun bank atas namanya (dan bukan atas nama parti) untuk menerima derma asing.

Dan asas bagi kes-kes mahkamah SRC dan 1MDB bossku ialah dana asing yang dikatakan berasal dari SRC dan 1MDB pernah masuk ke dalam akaun bank atas namanya.

Link 'conflict of interest' Zeti kes 1MDB..

https://ttkm.com.my/2020/12/31/anwar-minta-zeti-jelaskan-dakwaan-akaun-keluarganya-kait-kes-1mdb/amp/

PH menang PRU14 pada 9 Mei 2018. Pada 20 Mei 2018 Justo pergi rumah PM ketika itu, Mahathir. Power tak power Justo dijemput boleh mai rumah PM kunun nak bantu kes 1MDB. (link kat bawah ni siap gambar Justo kat umah atok lagi bak hang..!!)

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/05/428083/justo-jumpa-tun-m

Bila PH melingkup saja tiba tiba media melaporkan Justo telah pun melarikan diri keluar dari negara Malaysia.

https://www.malaysiakini.com/news/513440

Pelik, kenapa Justo gelabah tetek semacam?
Justo dipenjara di Thailand pada 2015 kerana memeras ugut bekas majikannya, Petrosaudi bagi mendedahkan data sensitif. Justo membocorkan data itu kepada Sarawak Report dan Edge Media Group, mendorong siasatan oleh pelbagai negara berhubung berbilion dana kekayaan berdaulat, 1MDB.

https://m.facebook.com/258225534929961/posts/1mdb-ph-tumbang-justo-larijusto-melarikan-diri-dari-malaysiasebaik-saja-ph-tumba/709859709766539

“Ada rakyat yang buat perkiraan. Dia kata, selepas saya melafazkan sumpah laknat itu, PH jatuh. (Tetapi) saya tidak boleh buat kesimpulan itu. “Cumanya ayat terakhir dalam sumpah laknat itu memang berat dan memang saya fikir banyak kali hendak sebutkan,” kata Bossku (link kat bawah ni haah)

https://m.malaysiakini.com/news/525381

Lagi link sumpah laknat bossku PH melingkup masuk longkang

https://m.facebook.com/jinggo.fotopage/photos/a.1760013514225579/2976861539207431/?type=3

Aljezeera cari Jho Lo sambil gentel gentel telor saja dan mampu buat sidang media bersama Jho Lo.. bagaimana Amit Samdol lantikan Tun dan pasukan nya tak boleh jumpa Jho Lo..!?

Semua harga sudah naik cuma harga 'maruah' diri rakyat Malaysia makin turun sudah hampir 22 tahun 22 bulan lama nya..!!!

Rakyat tak lagi mudah diperdaya seperti sblom PRU 14. Kisah Jho Lo dah jadi bahan lawak rakyat. Lebih parah lagi kes ini memalu dan merendahkan 'maruah' dan harga diri PDRM.

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

ALHAMDULILLAH! Dah tiba masanya TANGKAP & PENJARAkan puak HOMO termsk. EJEN2 ZIONIS, yg. makin MENGGANAS kat NEGARA ISLAM kita ni dgn. MEMIJAK2 Undg2 Perlembagaan 3, ISLAM adalah AGAMA NEGARA!!

Tgk. 'Selebriti' PONDAN HOMO paling BUAS & JIJIK ni - yg. terus mengHINA/mengGERTAK akan ISLAM/UMATnya!!

Lepas ni mungkin PERKAHWINAN HOMO - juga akan diBIAQkan, kononnya demi membela hak asasi ZIONIS Penipu 'KESAMAAN', termsk. hak asasi 'Kesamaan JANTINA' - kat TANAH MELAYU, negara ISLAM, pusaka NENEK MOYANG Bumiputera berzaman kita!!

Di - https://malaysiagazette.com/2021/01/12/sajat-mengaku-bedah-tukar-jantina/

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Tgk. juga Artis wanita ORANG ASAL Islam/Melayu kita yg. diDIKRIMINASI oleh Pengarah2/Produser2 BUKAN ISLAM DAPpengganas sewenang2nya!!

Maka, mana MENTERI2 LIBERAL Agama/Kem. Multi Media dr. parti BUKAN lagi Pribumi, BERSATU liberal paling TAK GUNA?!

Di - https://mykmu.net/2021/01/10/disuruh-buka-tudung-kalau-nak-berlakon-mia-sara/

NOTA: BOIKOT Industri Perfileman/Drama/Hiburan dan program2 yg. MENDISKRIMINASI Artis2 Wanita ISLAM/MELAYU berTUDUNG kita sbg. HEROIN2 @ HOS2 program, serta yg. memPROMOSI budaya2 Barat/Zionis LUCAH/HOMO/PENGAMBILAN DADAH/MEMUJA IBLIS dgn. lambang tangan Zionis TANDUK KEPALA KAMBING (bahkan Pengasas lambang ini utk. OKU bisu & pekak juga, Helen Keller, sebenarnya adalah pengikut fahaman IBLIS)!

Anonymous said...

Presiden parti liberal pun termasuk dalam group ini. Bang jemin pun sama.

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Lagi ARTIS wanita Orang Asal ISLAM/MELAYU SOPAN & berHIJAB - diDISKRIMINASI di NEGARA ISLAM kita ni!! Mana JAKIM, FINAS & Kem. Multimedia?

Lihat di - http://www.myartis.com/2020/10/tawaran-berlakon-cik-manggis-reda.html?m=1

Anonymous said...

Sapa pgg kuasa skrg?

Anonymous said...

Jangan beri kuasa pada mat terowong dan dap. Lagi besor malapetaka.

Anonymous said...

Ahli politik yg kotor seperti wak jahit, mat terowong, ajib, atok karala, mat bangla, mat selan, eng guang dan siang kit boleh lah berundur sekarang. Bina era baru tanpa pemimpin perosak negara.

Anonymous said...

So hudud sm ruu355 apa citer?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails