Tuesday, January 19, 2021

Dr Zulkifli, menteri yang menjiwai rakyat.. Al-hamdulillah, bertuahnya rakyat miskin?

 

VIDEO perbualan Dr Zulkifli bersama Mohamad Nor Atho’ullah melalui Twitter. FOTO twitter Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Zulkifli kagum budak 11 tahun tenang terima kehilangan bapa

PUTRAJAYA: Kesedihan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun di Bentong, Pahang, yang kehilangan bapanya akibat COVID-19 pada 15 Januari lalu, turut dirasai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Zulkifli yang memuat naik video perbualannya dengan Mohamad Nor Atho'ullah Mohd Kamil melalui akaun Twitter, turut menyatakan perasaan kagum dengan ketenangan dipamerkan kanak-kanak itu.

"Saya kagum dengan reaksi tenang ditunjukkan Mohamad Nor Atho'ullah, menerima pemergian ayahnya, Mohamad Kamil Ghazali, 51, mangsa COVID-19 yang meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh (HSB) pada 15 Januari lalu," katanya dalam perkongsian itu, hari ini.

Melalui ciapan dan video dikongsi itu, Zulkifli dilihat berbual sambil bertanya khabar Mohamad Nor Atho'ullah, manakala perkongsian itu turut ditonton ramai warganet.

Beliau turut menyatakan permohonan maafnya kerana tidak dapat hadir menziarahi Mohamad Nor Atho'ullah disebabkan kekangan masa.

Katanya, banyak mesyuarat perlu dihadirinya ketika ini dan berjanji akan datang pada waktu lain untuk makan bersama kanak-kanak itu.

"Apa juga ujian Allah kita perlu sabar dan tabah. Pakcik dan menteri lain akan berikan sokongan serta bantuan.

"Sekiranya ada masalah boleh telefon pakcik, nanti kita tengok apa yang boleh kita bantu," katanya.

Melalui klip dikongsikan, Mohamad Nor Atho'ullah kelihatan ditemani kakaknya, Nur Kamilatul Alifah, 26, yang mengusahakan perniagaan membuat roti secara perusahaan kecil sederhana (PKS) di rumah.

Allahyarham Mohamad Kamil selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ketari, Bentong, Pahang pada 15 Januari lalu dengan bantuan hospital dan Jabatan Kesihatan Pahang.

Beliau yang menghidap kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang tahap empat pada mulanya dimasukkan ke Hospital Serdang pada 31 Disember sebelum disahkan positif COVID-19.

Sementara itu, Mohamad Nor Atho'ullah bersama ibunya, Norazah Aziz, 50, bersama lima adik-beradiknya dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, dan kini sudah sembuh serta dibenarkan keluar.

Dalam perbualan itu, Zulkifli turut berpesan kepada Mohamad Nor Atho'ullah untuk mentaati ibunya, tidak meninggalkan solat dan belajar bersungguh-sungguh serta rajin.

"Pakcik mahu semua ahli keluarga Mohamad Nor Atho'ullah berjaya 100 peratus dan menjadi orang yang berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

"Walau apapun terjadi dalam kehidupan, kita masih beruntung kerana ada ibu, maka sayangilah dan taatlah kepadanya, Insya-Allah hidup kita diberkati Allah," katanya.

Zulkifli turut mengakhiri perbualan itu dengan membaca doa dan menyatakan pihaknya menyediakan sedikit bantuan kepada keluarga terbabit. (BH)

Komen Weblog Ibnu HasyimDr Zulkifli, adalah menteri yang menjiwai rakyat..  Al-hamdulillah. bertuahnya rakyat miskin di negara ini dapat menteri seperti beliau...

 

Hibur Hibur Sikit. Pilihan..
Album 4

  • H2S Pilihan: 31 -Lagu P Ramlee Menusuk Kalbu
  • H2S Pilihan: 32 -Nasheed Mesir..
  • H2S Pilihan: 33 -Lagu Patriotik Malaysia.
  • H2S Pilihan: 34 -Libya Nasheed
  • H2S Pilihan: 35 -Pungguk, Bulan Dalam Lagu Melayu.
  • H2S Pilihan: 36 -Sudanese Nasheed
  • H2S Pilihan: 37 -Nasyid Singapore &Ikan Todak
  • H2S Pilihan: 38 -Lagu/Nasyid Kinabalu, Sabah
  • H2S Pilihan: 39 -Nyanyian Alam.. India, Switzerlan...
  • H2S Pilihan: 40 -Nyanyian Alam, Kashmir &Nasheed.
  • 6 comments:

    Anonymous said...

    elok usia wajib pencen di kaji balik. PKP ramai yang menganggur, hilang kerja dan pendapatan. Bila usia wajib pencen di kaji balik pada 55 tahun seperti dulu. Dengan itu ramai yg menganggur dan lepasan universiti kolej di bawa masuk ke sektor awam.

    Suka atau tidak kena kaji balik usia persaraan.

    Sani said...

    Itupun nak diwar warkan.alahai..masih ramai lagi yg berkorban utk Bantu orang susah.sikitpun tak heboh.

    Anonymous said...

    Ph suka cerita keji jer.

    Unknown said...

    Ya, ni aku setuju sangat

    Unknown said...

    He. He tulah bila depa war warkan barua atuk lim akan umpat, kalau tak war warkan pun dia akan umpat jugak kata rakyat susah pemimpin@lebai tak bantu

    Sebijik macam perumpamaan... Kamu bawa makanan anjing jelir lidah kamu tak bawa makanan anjing jelir lidah jugak

    Anonymous said...

    Rakyat miskin apa bertuah nya
    Bengong

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails