Tuesday, November 24, 2020

Turki, AS, Rusia. Protes Import Daging AS 'kecurigaan keselamatan'

 

1. Rakyat Taiwan Protes Import Daging AS 'kecurigaan keselamatan'

Ribuan orang berdemonstrasi di Taipei, ibu negara Taiwan, menuntut pembatalan keputusan yang membenarkan pengimportan daging babi dan daging lembu dari Amerika Syarikat (AS).

Ribuan penunjuk perasaan yang berduyun-duyun ke jalan-jalan di ibu kota memberi reaksi terhadap keputusan membenarkan daging diimport dari Amerika Syarikat.

Penunjuk perasaan melaungkan slogan untuk menentang import daging dari Amerika Syarikat dengan alasan kecurigaan "keselamatan makanan".

Keputusan pemimpin Taiwan Tsai Ing-wen mendapat reaksi dari pihak pembangkang Parti Kuomintang dan warga negara dengan alasan bahawa bahan tambahan yang disebut "ractopamin", yang menimbulkan keprihatinan besar tentang keselamatan makanan, digunakan dalam makanan binatang.

Tsai mencabut larangan import daging babi dan daging lembu dari AS pada bulan Ogos.

Ractopamine, yang merupakan antara bahan tambahan yang dilarang oleh Kesatuan Eropah (EU), digunakan secara sah di Amerika Syarikat.

2. 13,652,641 Pelawat Datang ke Turki dalam 10 Bulan.



Turki dikunjungi oleh 13 juta 652 ribu 641 orang sehingga November tahun ini.

Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Turki, membuat kenyataan bahawa pada tempoh Januari-Oktober tahun ini, 11 juta 200 ribu 892 pelawat asing datang ke Turki.

Jumlah pelawat dalam 10 bulan tahun ini mencecah 13 juta 652 ribu 641, termasuk 2 juta 451 ribu 749 daripadanya adalah warga yang tinggal di luar negara dan datang ke Turki dalam tempoh Januari-September.

Pada tempoh Januari-Oktober, diantara negara-negara yang paling banyak menghantar pelawat ke Turki adalah Persekutuan Rusia iaitu 1 juta 911 ribu 264 orang.

Dalam tempoh yang sama, 1 juta 37 ribu 293 pelawat datang dari Jerman dan 997 ribu 470 pelawat datang dari Bulgaria.

Ukraine dan England mengikuti Bulgaria dalam urutan negara yang menghantar pelawat paling banyak ke Turki.


3. Tuduh Rusia, tapi akhirnya AS tarik diri dari Perjanjian Langit Terbuka.

WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) secara rasmi menarik diri daripada Perjanjian Langit Terbuka, kata Jabatan Negara pada Ahad, enam bulan selepas pengumuman Presiden Donald Trump berhubung keputusan itu, lapor agensi Anadolu.

“Pada 22 Mei 2020, AS telah menggunakan haknya sesuai dengan perenggan 2 Artikel XV Perjanjian Langit Terbuka dengan mengemukakan notis kepada peserta dan negara anggota mengenai keputusannya untuk menarik diri daripada perjanjian itu, berkuat kuasa enam bulan dari tarikh pemberitahuan,” kata Timbalan Jurucakap Cale Brown dalam satu kenyataan.

4. Emine Erdoğan Sambut Baik Hari Kesenian Islam Antarabangsa UNESCO


Isteri Presiden Turki Recep Tayyip Erdoğan, Emine Erdoğan, menyambut baik pengisytiharan 18 November sebagai "Hari Kesenian Islam Antarabangsa" oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Emine Erdoğan membuat kenyataan mengenai isu berkenaan menerusi Twitter,

"Saya menyambut baik pengisytiharan UNESCO bahawa 18 November sebagai 'Hari Kesenian Islam Antarabangsa'. 

"Saya yakin bahawa keanggunan tamadun Islam dalam bidang seni akan menghidupkan semula penyempurnaan yang hilang di dunia tempat kita hidup. 

"Saya tahu bahawa negara kami mempunyai pengumpulan yang besar dalam bidang ini dan saya berpendapat bahawa 'Hari Kesenian Islam Antarabangsa' adalah peluang penting untuk memperkenalkan seni tinggi ini kepada dunia.'' Katanya.

(IH)

3 comments:

Anonymous said...


Lain pemimpin lain kepentingan politiknya. Maka timbul bermacam-macam pandangan, pendapat, dan kenyataan. Ada yang mahu sokong Muhyiddin ada yang tidak mahu. Jadi ini bukan percanggahan pendapat atau ideologi semata-mata. Sebaliknya ini mengenai cara terbaik mencapai hasrat meraih faedah politik dan matlamat masing masing

Anonymous said...


lebai takot dah nak bincang undi bajet Malaysia, main berita luar negara saja

Lebai2 takot mengadap realiti akan mbaham tanah menyukor tesungkor makan pasir bila bajet ditolak

cian nyerrrrrrrrrr

Anonymous said...

Lebai PAS ok , Lebai yg gi main buntut Amoi DAP paling cilaka

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails