Saturday, November 28, 2020

Private party' Ditemui dalam bilik rahsia di premis berkenaan..

 Ketua Polis Daerah Serdang ACP Razali Abu Samah (dua dari kiri) menunjukkan foto serbuan di sebuah premis spa di Taman Serdang Perdana, Serdang, awal pagi tadi. - Foto BERNAMA

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Razali Abu Samah (dua dari kiri) menunjukkan foto serbuan di sebuah premis spa di Taman Serdang Perdana, Serdang, awal pagi tadi. - Foto BERNAMA

Wanita warga asing, lelaki tempatan ditahan berparti

SERDANG: Seramai 11 wanita warga asing dan lapan lelaki tempatan ditahan disyaki terbabit dalam 'private party' di sebuah premis spa di Taman Serdang Perdana, di sini, awal pagi tadi.

Semua mereka yang ditahan dalam serbuan berakhir 2.30 pagi itu berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun dan ditemui bersembunyi di dalam sebuah bilik rahsia di dalam premis berkenaan, yang dipercayai tidak lagi beroperasi.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Razali Abu Samah, berkata premis berkenaan dalam keadaan gelap ketika pihaknya tiba, dipercayai disebabkan fius elektrik dicabut bagi memudahkan mereka melarikan diri melalui sebuah lubang di dinding yang menghala ke bilik rahsia itu.

"Pasukan yang membuat serbuan pada mulanya tidak menemui suspek, tetapi disebabkan bunyi percakapan mereka, polis menemui pintu rahsia yang membawa kepada mereka yang bersembunyi di bahagian bawah tangga," katanya kepada pemberita selepas serbuan itu di sini, pagi ini.

Beliau berkata polis turut menemui sejumlah kondom dan minuman keras yang masih sejuk.

Katanya, semua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 55B dan Seksyen 39(b)Akta Imigresen 1959/63.

"Mereka yang ditahan turut akan dikenakan kompaun kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)," katanya. – BERNAMA

Hibur Hibur Sikit: Album 2

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails