Tuesday, November 24, 2020

Pesawah, diminta buat laporan segera. Bakan macam PH perintah...

 

Abdul Yunus (tiga, kanan) meminta pesawah membuat laporan segera kepada Jabatan Pertanian serta agensi yang berkaitan sekiranya terdapat kawasan tanaman padi yang lain terjejas akibat banjir. - Foto Jabatan Pertanian

Ditenggelami air 4 hari, 125 hektar sawah terjejas banjir di Bagan Serai
BAGAN SERAI: Seluas 125 hektar sawah padi milik 75 petani di sini terjejas akibat ditenggelami air sehingga empat hari, ekoran banjir yang berlaku.
Antara kawasan yang terlibat ialah di Parit Air Hitam 3, Parit Mat Keling, Parit 1 & 2 Padang Lalang, Parit 3 & 4 Alor Setanggok dan Sungai Kepar.
Menurut Exco Pertanian, Perikanan, Perladangan dan Sekuriti Makanan Perak, Datuk Abdul Yunus Jamhari, berdasarkan tinjauannya sejak beberapa hari lalu, umur padi yang terlibat adalah antara 15 dan 40 hari.
“Punca banjir adalah disebabkan hujan lebat yang berterusan sejak 15 November, pelepasan air lebihan kolam Bukit Merah dan paras air sungai yang tinggi menyebabkan aliran air keluar menjadi perlahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Abdul Yunus berkata, Jabatan Pertanian sedang menjalankan bancian awal pada setiap lot yang terlibat bagi penyediaan permohonan bantuan Tabung Bencana Tanaman Padi.
Di samping itu, katanya, pihak Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah menyediakan pam-pam bergerak untuk mengurangkan kesan banjir.
Sekiranya berlaku kemusnahan tanaman, laporan dan permohonan Bantuan Tabung Bencana Tanaman Padi akan dibuat kepada pihak Kementerian. Foto Jabatan Pertanian

“Jabatan Pertanian serta agensi yang lain akan terus memantau keadaan semasa di kawasan penanaman padi kerana ramalan hujan dijangka akan berterusan pada minggu ini,” ujarnya.
Beliau meminta pesawah membuat laporan segera kepada Jabatan Pertanian serta agensi yang berkaitan sekiranya terdapat kawasan tanaman padi yang lain terjejas akibat banjir.
Jelasnya, bancian awalan serta terperinci telah dibuat dan sekiranya berlaku kemusnahan tanaman, laporan dan permohonan Bantuan Tabung Bencana Tanaman Padi akan dibuat kepada pihak kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).
Umur padi yang terlibat adalah antara 15 dan 40 hari. Foto Jabatan Pertanian
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pesawah dimnta membuat laporan segera kepada Jabatan Pertanian serta agensi berkaitan, sekiranya terdapat kawasan tanaman padi  lain terjejas akibat banjir. Kini kerajaan PN prihatin, bukan  macam zaman PH perintah yang hanya mampu bertahan 22 bulan.....

Hibur Hibur Sikit: Album 1 

5 comments:

Anonymous said...

BAJET 2021-NASIB 32 JUTA RAKYAT DITENTUKAN PADA KHAMIS

ADA dua kemungkinan berlaku, BAJET 2021 dilulus atau ditolak.

DILULUS, jika syarat yang diutarakan Pengerusi Penyokong BN – Datuk Seri Najib Razak dipenuhi, iaitu pengeluaran maksimum RM10 ribu akaun 1 KWSP, tanpa syarat, dan pelanjutan moratorium bank secara automatik sehingga Mac,2021.

Selain itu, permintaan MP Gua Musang-Tengku Razalegh Hamzah, sebelum undi belah bahagi terhadap Bajet tersebut, didahulukan dengan UNDI PERCAYA terhadap kerajaan.

Mengapa dua syarat tersebut timbul? Sebabnya, mereka tahu bahawa KERAJAAN tidak mempunyai kerusi yang mencukupi untuk menyokong. Dua atau tiga MP UMNO menolak atau berkecuali, maka kerajaan akan gagal mendapat undi majoriti.

Kedudukan atas kertas jumlah MP yang menyokong Kerajaan PN adalah 112, daripada 220. Jangan lupa, para MP yang mempunyai hasrat menggagalkan Bajet tersebut adalah daripada MP UMNO yang tidak berjawatan dalam kerajaan.

Anonymous said...

PRU15 rakyat akan pilih yg x temberang n memperbodohkan rakyat

Anonymous said...

Ya ya....lepas PRU15....PRU16....PRU17.
....tak ke mana selagi Ahli Parlimen yg ada sekarang masih hidup.

Anonymous said...

YA LEBIH BAIK PN YG BAKAL JADI SEJARAH KERAJAAN PALING PENDEK HAYAT HIDUP
MACAM PH KERAJAAN HARAMJADAH 22 BULAN
PN LAGI PENDEK KOT

Anonymous said...

Babi jer ekor pendek

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails