Sunday, November 22, 2020

Anwar rayu batal saman sabitan kes liwat

 

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 5 Mac tahun depan untuk mendengar rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan saman pemula beliau berhubung sabitan dalam kes liwat membabitkan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Peguamnya J.Leela, ketika dihubungi berkata peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang dibenarkan mencelah dalam prosiding rayuan itu telah memohon penangguhan sementara menunggu keputusan isu berkaitan di Mahkamah Persekutuan.

Sebelum ini pendengaran rayuan itu ditetapkan pada 18 November lepas.

“Permohonan Muhammad Shafee untuk kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan mahkamah yang menolak permohonan beliau bagi memadam afidavit Siti Rahayu (Mohd Mumazani) atau menyoal balasnya telah ditetapkan untuk pendengaran pada 21 Januari tahun depan,” kata Leela.

Pada 29 November 2018, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Muhammad Shafee untuk memadam afidavit dan menyoal balas Siti Rahayu, yang juga pegawai khas bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.
 
Bagaimanapun, mahkamah itu membenarkan Muhammad Shafee mencelah dalam prosiding rayuan Anwar dalam tindakan sivil beliau berhubung sabitan kes liwat terhadapnya.

Siti Rahayu memfailkan afidavit menyatakan bahawa maklumat baharu yang diperoleh mendakwa sejumlah RM9.5 juta telah dibayar kepada Muhammad Shafee daripada akaun bank bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak antara 2013 dan 2014.

Anwar, dalam saman pemula yang difailkan pada 9 Jun 2017 terhadap kerajaan Malaysia, telah mendakwa bahawa beliau tidak dibicarakan dengan adil dalam rayuannya berhubung sabitan kes liwat terhadapnya.

Ahli Parlimen Port Dickson itu memohon satu deklarasi bahawa sabitan terhadapnya oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 ultra vires atau melangkaui kekuasaan Perlembagaan Persekutuan dan oleh yang demikian, adalah terbatal serta tidak sah. 

Beliau juga memohon perintah bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan itu ultra vires dan oleh yang demikian, adalah terbatal serta tidak sah.

Sabitan dan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar bagi kesalahan meliwat Mohd Saiful telah dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan.

Bagaimanapun, Anwar telah mendapat pengampunan penuh daripada Yang di-Pertuan Agong pada 16 Mei 2018.

Pada 8 November 2017, Mahkamah Tinggi telah membenarkan permohonan kerajaan untuk membatalkan saman pemula Anwar selepas memutuskan bahawa kesnya tidak mempunyai asas dan sebarang bukti sebagai sokongan. – BERNAMA

Hibur Hibur Sikit: Album 1 

18 comments:

Sani said...

Dah 20 tahun.asyik kes liwat..sudah2 lah bro..

Sani said...

Nama macam Islamik..tapi Malang Cara macam tak betul..jangan dok jaja buruk orang.t

Anonymous said...

Mintak Ampun dgn ALLAH

Pertahan Hak Orang Asal Islam/Melayu Malaysia (Defend Indigenous Malaysian Muslim/Malay Peoples' Rights) said...

Apa kaitan kes liwat anwar HOMO JIJIK ni dgn. kes YAM DS Najib terCINTA kita?! Gila betul! Si anwar PEROGOL HOMO bersiri ni asyik TERLEPAS - Sistem Perundangan & Kehakiman NEGARA ISLAM kita ni mmg. telah diJAHANAMkan oleh rejim PENJAJAH Zionis PH/DIKTATOR mahathir PARIAH kerala/PKR HOMO/DAP Parasit - terutamzLanya masa bwah si PENIPU2 tommy thomas & geng PARIAH dia yg. terus berKELIARAN BEBAS kat Pej. PEGUAM NEGARA baru yg. PELIK tu!!

Anonymous said...

Hanya ALLAH saja yg tahu Abam meluwat atau difitnah so Abam bawakkah kes ini ke PM kelak

Anonymous said...

Nak memimpin biarlah bersih. Jika tidak, sukar nak harmoni. Imej pemimpin di kaca mata luar negara, andai ingin menarik pelabur masuk. Asyik meliwat jer. Ibu kepada banyak kerosakkan lain. Iman pura2. Masakan boleh bersekongkol dengan dap dan tolak bersama dengan islam.

Anonymous said...

Kebspa PAN Rahmatan Alamin beria2 nak Abam jd Piem,dulu2 Abg Chef AMANAH hari2 kata Abam ligan belakang Munawar
n Azizan

Anonymous said...

Cer tanyer ngan kengkawan bang non masa sekolah asrama dulu. Apa hobinya waktu malam. Saja tanyer jer. Kot2 ada pesanan dari kengkawan bang non. Pada hujung usia, sidek paling berharga.

Anonymous said...

Jahanam la kamu wahai pemfitnah dan penyebar fitnah. Moga azab dunia dan akhirat selayaknya utk kamu.

Anonymous said...

Atok n Jibby yg lempar Abam ke Sg B

Anonymous said...

Pemfitnah dan penyebat fitnah secara umum. Blh jadi mna2 parti atau individu. Sapa2 x terbabit, toksah meroyan.

Anonymous said...

Anwar Ibrahim jadi mangsa pemain politik melayu Islam pengikut iluminati dajjal laknatullah.

Pertahan Hak Orang Asal Islam/Melayu Malaysia (Defend Indigenous Malaysian Muslim/Malay Peoples' Rights) said...

Pi BERAMBOSlah lu HOMO si PENYAMAQ DAP Parasit Zionis!

Anonymous said...

Abam salah seorg Ahlinya

Anonymous said...

Kami ahli pas menolak pemimpin yang ada kesalahan meliwat dan perasuah. Hanya pimpinan pas sahaja tak de kes meliwat dan rasuah. Takbir

Anonymous said...

Jangan pilih pemimpin yang ada harapan main juboq. Sengkek sangt ke Malaysia ni..

Anonymous said...

Harap ko ada bukti la. Kalo fitnah, mkn x abis ko dlm kubur esok.

Anonymous said...

Bukti dicatitan Malaikat n bersangka baik ajee tp aku rela menjd makmun kpd Pengayuh beca yg bacaan Alfatihah nya Betul drp Abam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails