Saturday, November 28, 2020

Terbukti PAS Terap K'tan tanpa rasuah selama lebih 30 tahun.

 

Belanjawan diharap terhindar rasuah dengan adanya PAS

KUALA LUMPUR: Keberadaan PAS dalam Kerajaan Perikatan Nasional (PN) diharap dapat menghindarkan pemerintahan ini daripada rasuah dan segala elemennya, demikian kata Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan, Badzli Bakar.

Sekali gus juga katanya, memberi jaminan kepada perbelanjaan negara dari sebarang ketirisan dan pembaziran di mana ia diyakini dapat dijayakan sebagaimana kemampuan PAS menerapkan kerajaan tanpa rasuah di Kelantan selama lebih 30 tahun.

“(Selama tempoh itu) tidak seorang pun pemimpin PAS terpalit dengan rasuah. Dengan rating dari Jabatan Audit Negara pada taraf 5 bintang,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada HarakahDaily, hari ini.

Beliau juga menyifatkan kementerian di bawah Ahli Parlimen PAS adalah antara paling mendapat pencapaian ketika ini di mana seharusnya mengekalkan momentum untuk menjadi lebih baik lagi ke hadapan.

Kerana menurutnya, segala kesungguhan yang diserlahkan tersebut adalah semata-mata kerana PAS mencari keberkatan dan keredhaan Allah menerusi pemerintahan ini sebagai matlamat di mana juga mendatangkan manfaat untuk semua.

Beliau mewakili PAS Negeri Sembilan turut merakamkan tahniah kepada Menteri Kewangan, Tengku Dato’ Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas kelulusan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, semalam.

“Sekarang tiba masanya Kerajaan Perikatan Nasional berkhidmat sebaik mungkin dan berbelanja sehemah mungkin dalam menghadapi ekonomi yang tidak menentu dengan situasi pandemik COVID-19 kini.

“Cabaran ekonomi mendatang dilihat lebih sulit dengan pasaran tempatan dan dunia tidak menentu serta kadar pertumbuhan ekonomi juga sangat perlahan. Bagaimana untuk menarik pelabur luar juga harus menjadi agenda dalam setiap kementerian.

“Fokus juga harus diberikan kepada segmen pembuatan untuk menjadikan Malaysia negara pengeluar, bukan hanya pengguna. Penerokaan segmen kesihatan harus kita pelopori bersama negara kuasa kesihatan baharu,” ujarnya.

Beliau merujuk pencapaian Turki dan Rusia serta China dan Taiwan yang berjaya muncul serta berada sebagai kuasa kesihatan baharu dunia pada masa kini dan menjadi pelopor penerokaan segmen bidang penting tersebut.

Menyentuh tindakan 13 Ahli Parlimen Pembangkang menolak Belanjawan itu, Badzli berkata bahawa rakyat boleh menilai mereka dan agenda dibawa iaitu sebenarnya mengkhianati amanah rakyat dan derhaka kepada Yang di-Pertuan Agong. – HARAKAHDAILY 27/11/2020

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kami bersetuju dengan kenyataan tegas Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan, Badzli Bakar, yang menyentuh tindakan 13 Ahli Parlimen Pembangkang menolak Belanjawan 2021 itu. 

Kami bersetuju dengan Badzli, bahawa rakyat boleh menilai mereka dan agenda yang dibawa, iaitu sebenarnya mengkhianati amanah rakyat dan derhaka kepada Yang di-Pertuan Agong. Rakyat akan menolak mereka dalam PRU 15 yang akan datang inya Allah! 

SUMBERIZWAN ABDUL HALIM

Hibur Hibur Sikit: Album 2

6 comments:

Anonymous said...

Negeri mundur takda rasuah

Anonymous said...

SETAN GONDOL yg tengah Bengang bika Pakatan Haramjadah dah muka pevoh ,set demo mari pecoh

Anonymous said...

Pakatan Haramjadah sudah blh Solerah

Anonymous said...

Pakatan Haramjadah mulut mcm babi geprek

Hakikat Syariat said...

Keberadaan pas dlm kerajaan pusat membolehkan rakyat yg inginkan pentadbiran secara islamik mendambakan sesuatu dari pemimpin pas yg menganggotai kabinet ketika ini.

Penguasaan pemimpin pas yg agak kecil dlm kabinet kerajaan PN adalah satu tanda aras bagi menunjukkan corak Dan gaya kepimpinan bertunjangkan kepercayaan beragama adalah asas dlm mentadbir segala persoalan yg timbol dalam aspek pentadbiran yg melibatkan kemasyarakatan.

Parti pas telah cukup bersedia utk membekalkan para pemimpin yg berwibawa utk mengetuai sesebuah kementrian atau jabatan kerajaan berasaskan corak yg mengutamakan kemanusiaan berlandaskan moral Dan etika.

Selagi islam sebagai objektif perjuangan pas berasaskan quran Dan sunnah selagi itu segala bentuk persoalan yg timbol dikalangan masyarakat mampo diatasi.

Anonymous said...

Nk rasuah camne. Duit pun pokai. Tadbir negeri harap bantuan pusat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails