Friday, November 06, 2020

Siapa Sebenarnya Pengganas, Presiden Perancis?

 

Orang ramai berkumpul di Place du Capitole di Toulouse, Perancis bagi memberi penghormatan kepada guru sejarah, Samuel Paty, yang menjadi mangsa pengganas. - Foto AFP

Remaja sokong kepala guru dipenggal didakwa

MARSEILLE: Seorang remaja di bandar Marseille, selatan Perancis didakwa di mahkamah kerana menyokong keganasan dalam kenyataan memberi penghormatan kepada Samuel Paty, guru yang mati dipenggal kepalanya oleh pengganas.

Pihak pendakwa raya berkata, remaja lelaki berusia 14 tahun warga Afghanistan itu secara terbuka berkata akan melakukan pembunuhan sama di dalam kelasnya, lapor akhbar La Provence.

Dia dibebaskan selepas diambil keterangan, namun tetap di bawah pengawasan, kata pendakwa raya, Dominique Laurens, kepada AFP.

Pihak berkuasa pendidikan wilayah, Bernard Beignier, memberitahu La Provence bahawa pihak berkuasa Marseille setakat ini sudah menahan tujuh murid ekoran kejadian terbabit minggu lalu.

Tiga daripada mereka dipercayai akan disabitkan dengan 'cubaan menghalalkan perbuatan pengganas'.

Paty dipenggal kepalanya berdekatan sekolahnya di luar Paris oleh remaja berusia 18 yang berasal dari Chechnya selepas kempen dalam talian menegur guru itu kerana menunjukkan kartun menghina Nabi Muhammad SAW dalam kelasnya.

Bagaimanapun, sebahagian pihak termasuk Presiden Perancis, Emmanuel Macron, mempertahankan perbuatan Paty sebagai sebagai kebebasan bersuara.

Selasa lalu, pendakwa raya di kota timur Strasbourg membuka siasatan ke atas dua remaja berusia 12 tahun mengenai komen yang dibuat ketika memberi penghormatan kepada Paty, mendakwa guru itu layak menerima 'hukuman' terhadapnya.

Tambah mereka, dua kejadian sama turut dilaporkan membabitkan kanak-kanak berusia lapan dan sembilan tahun, yang mendorong siasatan berhubung kesejahteraan sosial.

Menteri Dalam Negeri, Gerald Darmanin, memberitahu Parlimen minggu ini bahawa 66 penyelidikan mengenai dakwaan menyokong pengganas sudah dibuka sejak kematian Paty, yang membabitkan remaja berusia antara 12 hingga 16 tahun. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Siapa yang memulakan siri-siri penghinaan kepada agama lain dari agama mereka? Yakni menghina agama Islam melalui menghina Nabi Muhammad SAW? 

Merekalah sebenarnya yang memulakan keganasan! Memulakan dengan membenarkan dan menyokong penghinaan melalui percetakan kartun kepada Nabi orang Islam. Bahkan memaksakan fahaman ganasnya kepada kanak-kanak sekolah? Presiden Perancis sebenarnya yang patut dihukum...

3 comments:

Unknown said...

Kafir Harbi ttp musuh Islam

Anonymous said...

Apa kata kalau rakyat asing menghina presiden perancis atau menghina budaya perancis? Adakah ini juga kebebasan bersuara? Silap haribulan, penghina itu juga akan dibelasah oleh rakyat perancis. Tapi orang waras tak buat kerja jahil.

Anonymous said...

Kat sini, dap hina tulisan jawi. Dap cabar agong. Dap bakar jiwa orang melayu, buat produk guna logo halal, tapi ada minyak babi. Dap bantah pakaian baju melayu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails