Monday, November 02, 2020

Bincang Bajet: PM sekarang sombong?

 

Bajet: Era Dr Mahathir tidak bincang pembangkang -TMB K'tan

KOTA BHARU: Ruang pembangkang untuk memberi pandangan serta bersuara terhadap sesuatu isu berkaitan rakyat di Parlimen terbuka luas.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, malah ada ketikanya pandangan mereka turut diambil kira walaupun ia tidak disebut secara jelas.

“Pengalaman sewaktu saya di Parlimen selama dua penggal, kerajaan memang mengambil perhatian terhadap pandangan pihak pembangkang.

“Sebahagian daripada pandangan kita diterima pakai, cuma dia tak sebut sahaja, jadi maknanya ruang untuk pembangkang tetap ada,” ujarnya selepas merasmikan program Pentas Akhir Syarahan Perdana Anak Muda Piala Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Nik Abdul Aziz di Hotel H-Elite Tunjong dekat sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Tun Dr Mahathir Mohamad yang bersedia menyokong Belanjawan 2021 jika diberi peluang meneliti terlebih dahulu kandungan belanjawan yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat 6 November ini.

Menurut Mohd Amar kerajaan mempunyai objektif dan perancangan sendiri dalam menangani kebajikan rakyat menerusi belanjawan.

Katanya, semasa Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri tidak pernah berbincang dengan pembangkang ketika mahu membentang bajet tahunan.

“Untuk itu tidak perlu ada pelbagai alasan untuk menyokong perlu meneliti terlebih dahulu kandungan isi belanjawan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 1/11/2020

Komen Weblog Ibnu HasyimPengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Tun Dr.M bersedia menyokong Belanjawan 2021 jika diberi peluang meneliti terlebih dahulu.. Sedangkan semasa Dr M jadi PM dulu tidak pernah berbincang pun dengan pembangkang ketika mahu membentang bajet tahunan.

Apakah PM sekarang jauh lebih baik, tidak sombong seperti PM dulu? Atau pembangkang yang lebih sombong dari PMnya sendiri sekarang?

Hibur Hibur Sikit:

1 comment:

Anonymous said...

Mamposlah lidah DAPig..ha ha ha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails