Kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) lengkap memakai sut peralatan perlindungan diri (PPE) tiba dengan ambulans untuk membawa warga asing dipercayai positif COVID-19 di Jalan Kolam Ikan, Bayan Lepas di sini, semalam. - Foto NSTP/Danial Saad
KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dikuatkuasakan di Mukim 12 Daerah Barat Daya Pulau Pinang, mulai Jumaat ini hingga 19 November depan.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia berikutan sebanyak 35 kes positif COVID-19, termasuk 11 kes baharu direkodkan di mukim berkenaan, sehingga semalam.
"Pelaksanaan PKPB ini bagi membolehkan Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan saringan secara bersasar di kawasan ini.
"SOP PKPB ini sama seperti yang diumumkan sebelum ini dan untuk maklumat lanjut rujuk laman sesawang Majlis Keselamatan Negara (MKN)," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Mukim 12 Barat Daya Pulau Pinang dikenakan PKPB (video)
No comments:
Post a Comment