Saturday, November 07, 2020

Tahniah Dari K'tan. ‘Teguh Kita, Menang Bersama’.

 

Belanjawan peruntuk agenda pembangunan Islam

KERAJAAN Negeri Kelantan mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Persekutuan di atas pembentangan Belanjawan 2021 yang bertemakan ‘Teguh Kita, Menang Bersama’.

Belanjawan yang bersifat inklusif atau menyeluruh tersebut akan menyalurkan pelbagai bantuan dan insentif kepada rakyat termasuk Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dalam menghadapi situasi ekonomi yang mencabar akibat kesan pandemik COVID-19.

Turut diberi perhatian adalah agenda pembangunan Islam yang menerima peruntukan sebanyak RM1.4 bilion bagi memartabatkan syiar Islam. Selain itu, Peningkatan RM3.1 bilion kepada RM11.1 bilion dalam agenda pemerkasaan Bumiputera menunjukkan usaha kerajaan untuk menyokong pembangunan Bumiputera.

Bagi Negeri Kelantan, fokus Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan Pembangunan infrastruktur pengangkutan khususnya melibatkan penerusan pembinaan lebuh raya Central Spine Road (CSR) dan pembinaan Jambatan Palekbang ke Kota Bharu di bawah ECER bakal memberi impak sosio ekonomi kepada rakyat Negeri Kelantan. Saya yakin kerjasama dan hubungan baik di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan akan memastikan semua projek yang diperuntukkan bagi Negeri Kelantan dapat direalisasikan.

Oleh itu, secara keseluruhan Belanjawan 2021 telah menunjukkan keprihatinan Kerajaan Perikatan Nasional dalam menjaga kesejahteraan rakyat Malaysia.

“Berkat Perpaduan, Kelantan Sejahtera”
“Merakyat Membangun Bersama Islam”

DATO’ BENTARA KANAN
USTAZ DATO’ HJ AHMAD YAKOB
Menteri Besar Kelantan
20 Rabiul Awwal 1442/ 06 November 2020 – HARAKAHDAILY 6/11/2020

Hibur Hibur Sikit:

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails