Monday, November 02, 2020

Polis India tembak pemimpin pemberontak Kashmir

 

Anggota tentera India berkawal di Srinagar, Kashmir. - Foto AFP

SRINAGAR: Pasukan keselamatan India menembak mati pemimpin kumpulan militan terbesar di Kashmir hari ini, menurut pihak berkuasa.

Pemimpin Hizbul Mujahidin, Saifullah Mir, juga dikenali sebagai Musaib atau Doktor Saif, terbunuh dalam pertempuran bersenjata di daerah Rangreth di Srinagar, berhampiran lapangan terbang utama

Menurut pihak polis, dia ditembak ketika merawat militan yang cedera dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan India manakala salah seorang rakannya berjaya ditahan.

Kumpulan pemberontak berjuang sejak berdekad lalu untuk menuntut kemerdekaan Kashmir atau penggabungannya dengan Pakistan dan mendapat sokongan meluas.

Pergolakan sejak 1989 itu menyebabkan puluhan ribu orang maut, kebanyakannya orang awam.

Ketua Polis Kashmir, Vijay Kumar, berkata militan yang terbunuh dalam serangan itu adalah ketua komandan operasi Hizbul Mujahidin.

"Saya dapat mengesahkan bahawa , Dr Saifullah Mir terbunuh dalam pertempuran, ini pencapaian yang sangat besar," katanya kepada wartawan di lokasi pertempuran itu.

Mir menggantikan bekas ketua Hizbul Mujahidin, Riyaz Naikoo, yang terbunuh dalam pertempuran bersenjata selama dua hari dengan pasukan keselamatan kerajaan di lembah Kashmir selatan pada Mei lalu.

Mir, 31, yang cergas bergerak di daerah selatan Pulwama, Kulgam dan Shopian adalah lepasan jurusan biologi dan bekerja sebagai juruteknik sebelum menyertai kumpulan pemberontak pada 2014, menurut maklumat rasmi.

Operasi anti-pemberontakan di Kashmir, di mana India menempatkan lebih 500,000 tentera, mula meningkat sejak India melaksana sekatan di seluruh negara ekoran COVID-19 pada akhir Mac, dengan lebih 100 militan terbunuh setakat ini. - AFP.

Hibur Hibur Sikit:

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails