Friday, November 27, 2020

Saya haramkan semua majlis berfoya-foya di pejabat -KPN

 

Buka semula kes ‘sejuk beku’ JSJK – Ketua Polis Negara. 
 
Kesemua kes-kes ‘sejuk beku’ Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman yang tidak diselesaikan sejak beberapa tahun lepas akan diteruskan semula siasatan dengan pegawai bertanggungjawab diberi tempoh sebulan untuk menyelesaikannya, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata antara kes berkenaan ialah penipuan dalam talian dengan banyak kes tertangguh disebabkan pegawai penyiasat tidak melaksanakan tugas dengan baik, termasuk ada yang tidak menjalankan siasatan.

“Selain itu, ada juga kes JSJK yang mempunyai waran tangkap yang dikeluarkan mahkamah dan ada laporan polis yang dibuat pada 2013 (tapi siasatan) tidak berjalan,” katanya kepada Bernama di Bukit Aman di sini.

Menurut Abdul Hamid, pihaknya akan mengenal pasti pegawai penyiasat yang bertanggungjawab untuk diarah menyelesaikan kes masing-masing.

“Kes-kes sejuk beku ini perlu dibuka semula untuk memberi keadilan kepada mangsa yang teraniaya dan kami cari siapa pegawai penyiasat berkenaan, beri dia amaran satu bulan untuk siapkan siasatan kes,” katanya.

“Judi dalam talian memang saya lawan habis-habisan, saya tidak bagi peluang dan saya haramkan mana-mana tauke judi datang untuk berjumpa dan berbaik dengan saya,” katanya.

Beliau turut menegaskan tiada lagi aktiviti ‘mewah’ dalam kalangan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibenarkan, termasuk mengadakan majlis keramaian bagi merayakan hari lahir pegawai tinggi di pejabat mahupun mengadakan lawatan ke mana-mana tempat.

“Saya haramkan semua majlis berfoya-foya di pejabat.

“Ada pegawai-pegawai tinggi polis dibelanja makanan laut sehingga bil mencecah ribuan ringgit, siapa hendak bayar semua itu?  Budaya sedemikian saya hendak buang dan tidak mahu ada dalam PDRM." katanya. -BERNAMA

Hibur Hibur Sikit: Album 2


5 comments:

Anonymous said...

Jasi resah itu sama Tauke Lendir,Judi haram,Along n Tauke Jubo

Anonymous said...

Sama mcm hamPAS , ruu355 hudud bertempik je kat Padang Merbok tesembok ayaq lioq, baca di Parlimen tehanggok hanggok, las2 sendiri jilat pungkoq kafir

Unknown said...

Mu pulak buat apa? Jadi Tukang komplen, tukang hina, tukang fitnah, tukang perlekeh, tukang cerca... Kat masyar nnt cari kami orang PAS

Unknown said...

Aku rasa kalau PAS bentang semula ruu355 engkau dan puak puak engkaulah yang menyalak macam anjing menuduh PAS bodoh sebab tak tahu mana keutamaan dalam negara dilanda covid lebai Pas sibuk nak hudud, dlm keadaan negara ok hari tu pun puak kau kata suasana tak sesuai lagi, tak kondusif lah, rakyat tak fahamlah... Cuba kau renung sifat kau tu, ada ciri ciri munafik tak dengan perangai kau tu

Anonymous said...

Aku biasalah dah kerja aku menyalak Abg Besar suruh x nyalak x dpt soruuu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails