Thursday, November 26, 2020

Saari Sungib akan masuk PKR? -Ust Mokhtar Senik

 

Saya tak pelik Saari Sungib ‘melompat’ – UMS

KETIKA dalam tahanan ISA, Saari Sungib (Pak Abu) selalu berpasangan dengan Ustaz Badrul Amin. Manakala saya berpasangan dengan Dato’ Lokman Noor Adam. Permainan badminton adalah riadah utama kami setiap pagi. Kadang-kadang sampai 6 set kami berentap.

Bebas dari tahanan saya terkejut bila bertemu Pak Abu di Muktamar PAS di Kelantan. Beliau perwakilan Gombak waktu itu. Saya terperanjat kerana saya tidak sangka Pak Abu boleh menyertai PAS. Pertama kerana beliau orang penting dalam JIM dan kritikan-kritikan pedas JIM kepada PAS seperti memustahilkan kemasukan Pak Abu ke dalam PAS. 

Hati saya sedikit curiga dengan niat dan tujuan Pak Abu menyertai PAS. Namun sebagai ahli jamaah Islam saya cuba hapuskan keraguan itu. Lebih-lebih lagi beliau inmate saya dalam tahanan. Selang tidak berapa lama Pak Abu melompat keluar PAS ketika beliau masih ADUN Ulu Kelang atas tiket PAS. Singkat katanya Pak Abu khianati PAS. 

Ketika itu saya tidak terperanjat. Kerana sejak awal saya sudah jangka Pak Abu akan berbuat demikian. Lebih-lebih lagi bila menyemak balik kerja-kerja JIM di luar negara dan dalam negara sebelum itu. Kini ura-ura beliau akan masuk pula PKR lebih tidak memeranjatkan saya. Bahkan ‘kalau beliau tak melompat ke mana-mana’, itu yang memeranjatkan saya. 

Pak Abu seorang yang gagal beramal dengan buku tulisan beliau sendiri iaitu Risalah Usrah. Walau bagaimanapun selayaknyalah bagi orang-orang yang berkepentingan duniawi dalam kehidupan ini terus melompat selagi nyawa masih degil untuk meninggalkan jasad.

Tahniah Pak Abu dan terima kasih atas pertolonganmu terhadapku dan keluargaku. Moga Allah membalasimu dengan balasan yang sewajarnya.

USTAZ MOKHTAR SENIK (UMS)
Ahli Jawatankuasa Kerja 
PAS Pusat – HARAKAHDAILY 25/11/2020

Hibur Hibur Sikit: Album 2

5 comments:

Anonymous said...

MAHATHIR: SEPERTI SEJAK DARI AZALI UCAP LAIN DAN BUAT LAIN

Wawancara Tun dalam Astro malam tadi "Kalau Kena Caranya"..!!? tidak mengaku buat taik walaupun dah berak merata rata.

Saat saat terakhir usaha untuk membelit dengan prinsip lidah bercabang sambil mengacah acah dengan ayat powernya.

Petang smlm ke main lagi ayat power atok, "saya akan tolak bajet ini" pada sidang bajet 2021 itu nanti.

Bila tiba malam hari ayat acah acah power atok dah u-turn balikkk dengan ungkapan kalau 'kena caranya'. Kanina betul la atok ni..!!

Dr M sedia kerjasama semula dengan Muhyiddin jika ‘kena caranya’. Dr Mahathir Mohamad berkata beliau sedia bekerjasama semula dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin jika “kena caranya”.

“Itu kalau kena cara, ada cara, tapi tak payah saya cerita cara yang boleh saya kembali kerjasama (dengan Muhyiddin),” katanya ketika ditanya sama ada beliau sedia bekerjasama semual dengan Muhyiddin dalam 'program khas eksklusif' bersama Astro Awani malam ini.

Maklumlah Astro kroni atok punya sebab tu mudah sangat dapat Program Khas eksklusif bersama Astro Awani.

Atok macam dah gelabah tetek dlm wawan'canda' Astro mlm tadi. Atok macam dah tekan butang panik sekarang. Ni la yang dikatakan ayat acah acah power. Petang punya lah cakap bergegar heeng sana heeng sini heengg sanun bila malam bole u-turn cakapnya kalau 'kena caranya' pulakkk..!!

Dasar lidah bercabang maksud 'kena caranya' ialah lantik lah boboi jadi Timbalan PM. Suma settel..!! Itulah caranya atok kan.. kan kann..!!

Rakyat dah naik meluat dengan ragam orang politik macam ni. Rakyat dah muak jelek atok. Udah udah la tu naik menyampah meluat sungguh.! Saat tamat riwayat kerajaan PN Muhyiddin@ Atok sudah sampai. Enough is enough. Paatihahh..!!

Anonymous said...

Saari Sungip keluar pas masuk pan, ramai ahli jim yg jd ahli pas, lompat juga ikut boss saari.

Anonymous said...

Seronak tengok monyet2 Pakatan Hancing bersidang didalam parlimen tadi?

Anonymous said...

Siapa Shari Sugip ni, apa jasanya?

Anonymous said...

Puak Pakatan Hancing terutama PAN terpaksa nenjd Monyet2 kepanasan di Parlimen demi memastikan Abg Besar masih sanggup biayai parti

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails