Saturday, November 07, 2020

Petani lega nuu! Subsidi harga padi, baja, insentif tanaman...

 

Pemberian subsidi harga padi, baja mahupun insentif tanaman padi serta Insentif Pengeluaran Getah (IPG) seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 semalam memberi kelegaan kepada golongan petani. FOTO/ARKIB NSTP

Belanjawan 2021 beri kelegaan kepada petani

ALOR SETAR: Pemberian subsidi harga padi, baja mahupun insentif tanaman padi serta Insentif Pengeluaran Getah (IPG) seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 semalam memberi kelegaan kepada golongan petani.

Pesawah, Mohd Syahrul Nizam Mehad, 33, berkata ketidaktentuan pasaran, impak pandemik COVID-19 selain faktor serangan perosak dan bencana malam mendedahkan petani dengan pelbagai risiko.

"Walupun usahakan tiga hektar sawah, bukan setiap musim berhasil kerana modalnya tinggi merangkumi bayaran membajak, meracun, membaja dan menuai.

"Tanpa subsidi kerajaan, lagi tinggi modal yang kami terpaksa keluarkan apatah lagi jika tanaman tidak menjadi, modal akan hangus begitu saja dan kami terpaksa berhutang untuk memulakan musim seterusnya.

"Jadi saya sangat bersyukur dan berterima kasih dengan keprihatinan kerajaan kepada pesawah," katanya yang mengusahakan sawah di Yan sejak 10 tahun lalu.

Bagi penoreh getah pula, Zahir Aris, 41, berkata Insentif Pengeluaran Getah (IPG) yang ditambah sekali ganda akan membantu menambah pendapatan penoreh getah berikutan harga pasaran komoditi itu tidak stabil.

"Harga getah baru-baru ini naik kepada lebih RM3 tetapi sekarang musim hujan pula, menyebabkan kami tak dapat keluar menoreh, hidup sekadar kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

"Saya yakin insentif ini ditambah kerana keprihatinan kerajaan sekarang mendengar keluh kesah rakyat terutama ketika penularan COVID-19, terima kasih saya ucapkan kepada kerajaan," katanya.(BH)

Komen Weblog Ibnu HasyimBelanjawan2021, 3 Matlamat Utama. Bertujuan melindungi, memulih dan menjamin:
(i) Kesejahteraan Rakyat
(ii) Kelangsungan Perniagaan dan
(iii) Ketahanan Ekonomi.
Petani lega nuu..

Hibur Hibur Sikit:
Album 1

2 comments:

Anonymous said...

Apa reaksi kuda tua tunggangan DAP dan barua DAP mengenai belanjawan untuk sekolah vernakular.

Bajet 2021 sudah menyampaikan message yang tersurat dan tersirat

Pembangkang mempersoalkan Belanjawan 2021 yang menurut mereka meminggirkan sekolah vernakular.

Ahli parlimen DAP mengecam kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana tidak memperuntukkan dana untuk Sekolah Menengah Persendirian Cina dalam Belanjawan 2021, yang dibentangkan di Dewan Rakyat, petang tadi.

Dalam satu kenyataan, Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, semasa era Pakatan Harapan, Sekolah Menengah Persendirian Cina diperuntukkan RM12 juta pada tahun 2019 dan dana tersebut meningkat kepada RM15 juta di bawah Belanjawan 2020.

Namun, Khoo, yang menyentuh Belanjawan 2021 hari ini, berkata bahawa tidak satu sen pun akan masuk kepada 60 Sekolah Menengah Persendirian Cina di negara ini dan jelas bahawa PN tidak menghormati sekolah-sekolah vernakular.

Setiap kali pilihanraya umum, pilihanraya kecil Adun atau Parlimen melibatkan calon Cina kaum ini akan memberi kemenangan majority dan solid pada kaumnya. Untuk PRU akan datang calon MCA , MIC hendaklah bertanding dikawasan majority kaum masing masing. Bajet 2021 sudah menyampaikan messej yang tersurat tersirat dan terbirat.

Lu sindri fikir lu sendiri mau ingat.

Anonymous said...

Sekolah persendirian cina tak diperlukan lagi di malaysia. Mereka perlu ikut arus perdana. Bukan bergaul di kalangan orang cina sahaja. Bila bab duit, mereka cari market melayu. Umany adalah generasi yg tak faham wasiat raja melayu yg sudah bertapak berkurun di sini. Dan mereka anak didik dap yg telah korup minda diasuh cara dap tentang kebencian terhadap orang melayu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails