Wednesday, November 25, 2020

Nak buat macam mana, kalau kepala otak sudah dijajah...

 

Adun terkejut NGO pertikai cadangan kawal arak

PASIR MAS: Banyak pihak terkejut kenyataan Presiden Patriot, Mohamed Arshad Raji tidak senang cadangan kerajaan memperluas larangan penjualan minuman keras di kedai runcit dan serbaneka di seluruh negara tahun hadapan.

Adun Tendong, Rozi Muhamad berkata tidak sepatutnya seorang beragama Islam mempertikaikan cadangan kerajaan tersebut.

“Kenapa presiden NGO terbabit begitu tidak senang hati terhadap ura-ura kerajaan mengawal jualan arak yang berleluasa sekarang.

“Sebagai Muslim sepatutnya pemimpin NGO itu tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian. Sedangkan arak jelas diharamkan agama Islam,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Semalam, Presiden NGO Patriot dilapor membidas kenyataan Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama, Ahmad Marzuk Shaary mengenai kemungkinan kerajaan memperluaskan larangan jualan di kedai runcit di seluruh negara.

Rozi berkata, cadangan kerajaan melarang penjualan arak di kedai runcit bukan bermakna kerajaan mengabaikan rasuah, perbuatan rasuah juga dilarang keras agama.

Menurut Adun Semerak, Wan Hassan Ibrahim, sepatutnya semua orang Islam menyokong usaha kerajaan menangani penjualan arak secara berleluasa seperti yang berlaku sekarang.

“Di Kelantan, penjualan arak dikawal dan diberi lesen premis di lokasi yang ramai masyarakat bukan Islam sahaja,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 23/11/2020

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Nak buat macam mana, masih ada lagi sisa-sisa cara fikir otak penjajah setelah Islam datang membebaskan dari karat-karat jahiliah, dulu dan sekarang. Kesian!

Hibur Hibur Sikit: Album 2

5 comments:

Anonymous said...

Isu arak ini adalah sangat sensitif kepada org islam. Arak termasuk dlm 7 dosa besar. Tapi ramai yg islam tak tahu hal ini. Jadi mereka bidas guna logik aqal. Tak da nas tak da dalil. Hentam keromo jer, ikut jer faham liberal.

Anonymous said...

Anak sedara penaung COMANGO gereja seksuality merdeka apak sedara sokong jual arak kat mana mana...

Ni ke yg kelian harapkan jaga isle dan melayu..!?

Anonymous said...

Keturunan Melayu bangsawan zaman dahulukala yg berkiblatkan barat yg lebih kurang Kamal Attsrtuk

Anonymous said...

Seronok tengok MONYET2 Pakatan Hancing berbahas didalam parlimen tadi?

Anonymous said...

Statement dua orang besar angkatan tentera PENCEN telah menjatuhkan imej anggota2 tentera yang lain!

Kalau macam ni lah sikap mereka, nak derma kat tabung angkatan tentera pun tak jadi?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails