Do Thi Ha melakukan pelbagai pekerjaan secara separuh masa, antaranya sebagai pelayan restoran, selain membantu orang tuanya di kandang lembu. - Foto/Instagram/@doha_20.07
Dari seorang buruh ladang, gadis ini kini ditabalkan Miss World Vietnam
JIKA sebelum ini dia banyak menghabiskan masa membantu kedua orang tuanya di kandang lembu, seorang gadis kini perlu meninggalkan seketika kerja itu kerana dia bakal mewakili negaranya dalam pertandingan Miss World tidak lama lagi.
Do Thi Ha, 20 tahun, dimahkotakan sebagai Miss Vietnam hujung minggu lalu, namun latar belakangnya yang penuh kesederhanaan membuatkan namanya disebut-sebut di media sosial.
Media Vietnam melaporkan Ha, yang berasal dari wilayah Thanh Hoa, menewaskan 34 peserta lain untuk pemahkotaan itu.
Dia yang merupakan pelajar tahun kedua di National Economics University, Hanoi, melakukan pelbagai pekerjaan secara separuh masa, antaranya sebagai pelayan restoran, selain membantu orang tuanya di ladang ternakan lembu.
Kedua-dua ibu bapanya merupakan buruh ladang, dan mereka menyokong Ha dalam misinya di pertandingan ratu cantik..
Dalam jawapan kepada soalan yang membawa kepada kemenangannya, Ha menegaskan dia bukan mahu menjadi role model, sebaliknya hanya mahu memberi inspirasi.
"Saya mewakili gadis-gadis biasa di Vietnam. Saya tidak berharap untuk menjadi role model, tetapi lebih penting, saya mahu menjadi orang yang memberi inspirasi kepada orang lain," katanya.
Selain mahkota, Ha turut membawa pulang wang tunai VND350 juta (kira-kira RM61,000) sebagai hadiah kemenangan. (AA)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tidak mutahil kalau gadis Do Thi Ha ini boleh menjadi seorang Muslimah. Kuasa Allah, tiada siapa boleh menghalang.. Sila lihat kisah-kisah dalam E-buku di bawah ini..
5 comments:
Pak hashim, apa kaitan nye gadis ini dengan jadi muslimah. Tak faham dengan bahasa tersurat pak hashim.
Bawak banana seikat
IH pun ada nafsu lebai..
Lepas nafsu secara halal dituntut agama. Dengan Isteri pung dilsrang main belakang
Menarik komen tuan-tuan di atas..
Post a Comment