Monday, November 23, 2020

Arak: "..negara kita agak terkebelakang.." -T/Menteri JPM (Agama)

 

Larangan jual arak akan diperluas ke negeri lain

KOTA BHARU: Kerajaan tidak menolak kemungkinan memperluaskan pengharaman jualan arak di kedai serbaneka dan kedai runcit di negeri selain Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary berkata kerajaan menerima komen positif daripada masyarakat merentasi kaum berhubung langkah itu yang dijangka dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bermula Oktober tahun depan.

“Hingga ke tarikh ini kita hanya mengehadkan pengharaman jualan arak ini di Wilayah Persekutuan, namun kita tidak menolak kemungkinan akan diperluaskan ke tempat-tempat lain,” katanya kepada pemberita pada  Majlis Penyerahan Kunci Rumah Program Inspirasiku MyHaus di bawah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia hari ini.

Pada majlis itu,  beliau menyerahkan kunci rumah kepada ibu tunggal Rashidah Semail, 48, dari Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa di sini.

Mengulas lanjut, Ahmad Marzuk berkata pihaknya juga menerima aduan daripada pekerja kedai serbaneka yang terpaksa menjual arak.

“Sebenarnya negara kita agak terkebelakang  dari sudut pengawalan penjualan minuman keras ini dan jika kita tengok negara jiran kita seperti Singapura, undang-undang mereka lebih ketat dan ada had-had dan masa-masa tertentu.

“Bagaimanapun, ini permulaan yang sangat baik walaupun hanya dilaksanakan di Wilayah Persekutuan dahulu,” katanya, menambah langkah itu juga bukan agenda politik. – BERNAMA


Lihat sebelum ini.. Arak: Tahniah Annuar Musa, &Sokong Saranan AP K/Kr...  -Ibnu Hassyim

Hibur Hibur Sikit: Album 1 

11 comments:

Anonymous said...

Minggu terakhir Pakatan Nasional. Countdown begin...!!

Just Kiss and Say Goodbye

Jemaah Penasihat Umno, Tengku Razaleigh Hamzah mengumumkan tidak akan mengambil bahagian dalam perbahasan di Dewan Rakyat pada 26 November ini.

Ahli Parlimen Gua Musang itu memaklumkan demikian dalam satu kenyataan berbahasa Inggeris:

“As the legitimacy of the government has not been decided yet am bound by my conscience on the oath I have taken and, therefore cannot participate in the debate on the budget.”

Keputusan Ahli Dewan Rakyat yang paling lama berkhidmat di Parlimen itu bermakna kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan hilang satu undi untuk meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021.

Belanjawan 2021 sebelum ini dikatakan akan ditolak selepas Barisan Nasional (BN) dan pembangkang mengemukakan beberapa tuntutan sebagai sokongan bersyarat kepada Belanjawan 2021.

Antara tuntutannya ialah membenarkan pengeluaran simpanan sehingga RM10,000 daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan pelanjutan moratorium pinjaman institusi kewangan, selain mempertikaikan cadangan mengembalikan semula Jabatan Hal Ehwal Khas Jasa (JASA) dengan peruntukan besar.

PAPAN KERANDA SUDAH DI TEMPAH
KAIN KAPAN SUDAH PUN DI BENTANG
HANYA MENUNGGU KETIBAAN JENAZAH
TALKIN DIBACA DI HARI BERSIDANG

Semoga almarhum aman disana di sana di sanaa..

Aminn.

Anonymous said...

Mendahului taqdir. Tidak perlu angkuh dan sombong.

Anonymous said...

Mimpi di siang hari. ha ha ha ..

Anonymous said...

Nampaknya Pemimpin Pakatan Haramberjadah mpunyai mimpi bangang yg sama dgn Penyokong tegarnya

Anonymous said...

Bila nak tutup kilang arak??

Anonymous said...

Anytine, jgn pulak Melayu Pakatan Haramnaknamposss jd HISTERIA bela hak saudara kandung

Anonymous said...

Anytime nak tutup kilang arak tu bila?

Anonymous said...

Kslo beritahu PigPH akan demo besar2an

Anonymous said...

Aku yakin kalo demo, yg kelua nanti adalah muka2 melayu islam, tak caye cer buat

Anonymous said...

Umat Islam khususnyanya ahli-ahli akar umbi Pas tertanya-tanya apakah Pas dibawah pimpinan Hadi sudah mempunyai fatwa baru, menghalalkan yang haram. Apa sudah jadi dengan RUU355, penutupan semua kedai dan pusat judi termasuk Kasino di Genting Highland dan pengharaman serta penutupan kedai-kedai arak dan kilang pengeluaran arak. Orang Islam juga menuntut Kerajaan yang mana Pas berada bersama membersihkan negara ini dari segala aktiviti maksiat seperti yang diperjuangkan.

Anonymous said...

Ahli2 PAS yg msk PAN tuuuuuu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails