Tuesday, November 24, 2020

14,000 pengusaha bas sekolah kini menerima kesan teruk.

 

Jual bas sekolah elak tindakan undang-undang

SEREMBAN: Gabungan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (GPBSM) mendakwa ramai pengusaha bas sekolah terpaksa menjual bas milik mereka selepas syarikat penyedia pinjaman bertindak untuk menarik kenderaan berkenaan selepas gagal melunaskan bayaran pinjaman.

Presiden GPBSM, Mohd Rofik Mohd Yusof, berkata walaupun mengalami kerugian besar, ia terpaksa dilakukan bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang termasuk diisytiharkan muflis.

Katanya, sekitar 14,000 pengusaha bas sekolah di seluruh negara kini menerima kesan teruk akibat penularan pandemik COVID-19 lebih-lebih lagi apabila sekolah ditutup.

"Sebahagian besar daripada pengusaha bas sekolah terpaksa menjual bas mereka bagi mengelak dikenakan tindakan dan sebagai jalan penyelesaian atau mengelak daripada diisytiharkan muflis.

"Syarikat penyedia pinjaman menuntut pengusaha menjelaskan bayaran pinjaman namun mereka tidak mampu kerana aktiviti harian tidak berjalan selepas sekolah ditutup sejak Mac lalu akibat pandemik COVID-19.

"Malah, setakat ini sekitar 100 pengusaha bas sekolah dikesan sudah menerima notis mahkamah kerana kegagalan membayar pinjaman kenderaan seperti yang ditetapkan," katanya kepada BH di sini, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini belum ada dalam kalangan pengusaha bas sekolah yang diisytiharkan muflis, namun jika keadaan yang teruk ini berlarutan, mungkin kesannya lebih buruk kepada mereka.

Beliau berkata, ada kalangan syarikat pembiayaan pinjaman turut menawarkan beberapa alternatif termasuk mencagar harta sebagai langkah penyelesaian jangka pendek terhadap pinjaman berkenaan.

Bagaimanapun tidak semua pengusaha bas sekolah mampu menyediakan kemudahan itu, katanya.

"Ada juga sebilangan kecil pengusaha terpaksa mengambil risiko dengan meminjam daripada ceti haram (along) untuk melunaskan bayaran pinjaman.

"Persatuan hanya boleh menasihati mereka supaya mengelak daripada meminjam daripada along, bagaimanapun itu keputusan mereka sendiri," katanya.

Mohd Rofik yang juga Pengerusi Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Negeri Sembilan (PPBSNS) berharap kerajaan dapat membantu pengusaha bas sekolah.

"Kami berharap agar ada pendekatan terbaik untuk meringankan beban pengusaha bas sekolah," katanya.


Hibur Hibur Sikit: Album 1 

15 comments:

Anonymous said...

CELAKA PUNYA DAP SEBAB DAP LAH EKONOMI MALAYSIA JATUH DAN COVID MAKIN TINGGI....

Anonymous said...

Semua ini UJIAN ALLAH utk menguki ketakwaan n Kesabaran Hamba2nya

Anonymous said...

22 bulan yang menjahanamkan ekonomi!

Anonymous said...

Semua ini bala dari Allah SWT sebab ramai yang buang anak lepas berzina!

Anonymous said...


Juga kerana tok tok lebai yg MENJUAL UGAMA utk dpt kereta mercedes dan naik kan gaji diri sendiri sedang rakyat dalam kemiskinan

Anonymous said...


mari2 kita ciduk teh susu percuma dari sungai sumbangan negeri Kelantan

Anonymous said...


Mung tunggu, pAS jadi kerojaan majoriti, kito isytihar KERAJAAN ISLAM PAS MALAYSIA

Anonymous said...

PH hancur sebab si sial mamak krala mahathir si puaka muyidin si jembalang jemin n the gang

Anonymous said...

Aku knl dah puak penunggang2 agama ni. Kalo PH perintah dikatanya balasan Allah. Kalo puak lebai perintah dikata ujian Allah. Jahanam la kamu wahai si penunggang2 agama moga laknat Allah bagi kamu dunia dan akhirat.

Anonymous said...

Mmg ALLAH skan menjahanaIslam Liberal,Penunggang Agama dlm PAN
n Kafir

Anonymous said...


Sesungguhnya pengikut DAJJAL lah yg memecah belah Islam menjadi Islam Liberal, Islam Moderat, Islam Prograsif, Islam PAS, Islam PAN, Islam Terroris, Islam UMNO dll.

ISLAM HANYA SATU!

Laskar DAJJAL 7:34 PM ada faham?

Anonymous said...

Akhir zaman ada 72

Anonymous said...

Bila bak gi

Anonymous said...

Kau spy Dajal sebanar

Anonymous said...

PAN adalah lebai2 yg telah ditunggang kafir harbi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails