Thursday, July 02, 2020

Terowong PP. Melayu Bumiputera Tumpang Sekaki? Tahniah Raja Petra


Gambar hiasan..
Skandal Terowong: Guan Eng, 4 Exco Antara Di Dakwa Terima Suapan RM800 Ribu
KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di dakwa menerima suapan berupa wang tunai berjumlah RM600 ribu serta seutas jam mewah jenama Maurice Locroix berharga RM40 ribu.
Turut di dakwa menerima suapan, empat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Pulau Pinang berjumlah RM50 ribu seorang bagi mamastikan cadangan membina projek terowong dasar laut di negeri itu berjalan lancar.
Mereka ialah Ketua Menteri, Chow Kon Yeow; Timbalan Ketua Menteri II, P. Ramasamy; bekas Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Lim Hock Seng; dan bekas Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Abdul Malek Kassim.
Perkara itu di dedahkan oleh blogger Raja Petra Kamaruddin melalui satu dokumen siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setebal 36 muka surat yang dimuatnaik di laman web beliau.
Melalui dokumen tersebut, Pengerusi Konsortium Zenith BUCG Sdn. Bhd, Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli mengaku telah menyerahkan sendiri wang tunai tersebut kepada semua penama sebagai sogokan.
“Itu adalah duit rasuah saya kepada YB Lim Guan Eng. Selaku Ketua Menteri tentunya beliau mempunyai kuasa dalam membuat keputusan atas apa-apa cadangan dalam mesyuarat berkaitan dengan projek ini, lebih lebih lagi dalam mesyuarat exco.
“Mereka mempunyai kuasa dalam menentukan projek ini. Banyak keputusan boleh tertangguh jika YB-YB Exco dan Ketua Menteri tidak masuk campur dan mengganggu projek ini. Saya diberikan projek yang memakan masa 10 tahun iaitu dari 2013 hingga 2023, tentunya sebarang keputusan boleh diubah oleh YB-YB diatas.
“Satu lagi ianya melibatkan pengambilan tanah, tentunya melibatkan keputusan dari YB YB diatas dan Ketua Menteri,” memetik kenyataan Zarul ketika menjawab soalan yang diajukan pegawai SPRM.
Ekoran pendedahan tersebut, DAP Pulau Pinang mendakwa dokumen tersebut adalah palsu kerana mengeluarkan dakwaan tidak berasas berkaitan projek terbabit.
Sumber SPRM bagaimanapun berkata pihaknya telah membuat satu laporan polis terhadap Raja Petra kerana ‘membocorkan bukti’ berkaitan skandal projek terowong dasar laut itu.
SPRM baru-baru ini telah menyambung semula siasatan ke atas projek terowong dasar laut itu dengan menyerbu 3 syarikat yang berkaitan, susulan penahanan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, Jeffry Chew.
Projek terowong dasar laut dan 3 lebuh raya utama bernilai RM6.3 bilion itu yang dicadangkan kerajaan Pulau Pinang bertujuan mengurangkan lalu lintas di jambatan pertama.
Pembinaan terowong dasar laut sepanjang 7.2km itu yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai, dijadualkan bermula 2023.
Tiga lebuh raya utama itu dari Air Itam ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu (5.7km), Tanjung Bungah ke Teluk Bahang (10.53km) dan Jalan Pangkor ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu (4.1km).
 Tahniah juga kepada blogger Raja Petra Kamaruddin yang membantu melalui satu dokumen siasatan SPRM setebal 36 muka surat dimuatnaik di laman web beliau.
Komen Weblog Ibnu Hasyim:Kalau betul dakwaan ini, nampak 'macam adil' kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam membantu bumiputera dan Islam. Bekas Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Abdul Malek Kassim pun dapat habuan.
Tahniah juga kepada blogger Raja Petra Kamaruddin yang membantu melalui satu dokumen siasatan SPRM setebal 36 muka surat dimuatnaik di laman web beliau. Bukan senang nak membela kebenaran, apa lagi di dalam pemerintahan yang zalim!
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-123: Bumiputera Melayu PP Selepas PM 8..
E-Buku IH-123: Bumiputera Melayu PP Selepas PM 8..

10 comments:

Anonymous said...

RPK tak berani balik malaysia.
Longkang macam gini pun ibnu kutip

Anonymous said...

Minta semua rakyat Malaysia, kakitangan2 kerajaan, kakitangan2 kerajaan Pulau Pinang, kakitangan2 swasta, kontraktor2, konsultant2 projek, puengurus2 projek, pegawai2 bank dan mereka2, peguam2 yang bekerja dipejabat peguam negara dizaman Pakatan Hancing khasnya agar dapat beri kerjasama sepenuhnya, kemukakan bukti2, dokumen atau apa2 maklumat kepada pihak polis dan pihak SPRM!

InsyaAllah masalah2 penyelewengan/rasuah di Pulau Pinang semasa era pentadbiran LGE akan dapat diselesaikan!

InsyaAllah hidup LGE akan berakhir dipenjara!

Kepada RPK TAHNIAH DIUCAPkan kerana telah beri maklumat berguna kepada pihak polis dan SPRM!

Anonymous said...

Kos FEASIBILITY study yang sangat tinggi dan luarbiasa sahaja sudah membuatkan ada sesuatu yang tak kena dengan projek ini!

Front end loading cost curve juga menjadikan ianya projek yang pelik, penuh dengan kepentingan2 peribadi!

Harap semua pihak bagi kerjasama penuh kepada pihak SPRM dan pihak polis!

Unknown said...

Yea..buat lah apa saja mandat dan demokerasi subur di mLaysia

Unknown said...

Kau pun serupa dengan penyokong PH iaitu bebal dan dungu.
Agaknya Parti2 Poltaik ini 90% kaki rasuah

Anonymous said...

Wah RBA ternakan parti kafir Harbi sedang meroyan histeria kerana RPK berani mendedahkan skandal puak kafir harbi. Maka RBA adalah setaraf dengan tangki najis kerana cuba menegakkan benang basah.

Anonymous said...

Atuk Kerala yang telah membebaskan gonna end yang sedang dibicarakan di mahkamah maka kita tahu siapa barua gonna end dan menghina undang-undang.

Anonymous said...

Anjing DAP dah menyalak adakah kes ini akan dibakul sampah kan oleh AG sama2 kita tunggu..

Unknown said...

Masa untuk bersihkan kehancingan...

Azzamys said...

pendedahan yg berani wlu sedikit sebanyak mengganggu siasatan sprm.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails