Tuesday, July 14, 2020

Rosmah minta 15 peratus daripada projek solar - Saksi

Datin Seri Rosmah Mansor hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur - NSTP/Asyraf Hamzah
Datin Seri Rosmah Mansor hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur - NSTP/Asyraf Hamzah


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, Datin Seri Rosmah Mansor meminta 15 peratus daripada nilai keseluruhan RM1.25 bilion bagi Projek Solar Hibrid untuk 369 sekolah luar bandar dan pedalaman di Sarawak yang dipohon syarikat Jepak Holdings Sdn Bhd.
Kadar itu dinaikkan Rosmah daripada tawaran 10 peratus yang ditawarkan Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin.

Rayyan Radzwill Abdullah, iaitu rakan perniagaan kepada Saidi , dalam keterangan beliau, berkata sumbangan 15 peratus bersamaan RM187.5 juta yang diminta Rosmah itu adalah muktamad.
Saksi pendakwaan ke-16 itu berkata, dalam pertemuan antara beliau dan Saidi serta Rosmah di rumah isteri bekas Perdana Menteri di Jalan Langgak Duta pada Januari atau Februari 2016, Rosmah berkata kepada mereka, "keadaan politik sekarang memang memerlukan banyak wang" dan "kita tengoklah nanti."
Rayyan berkata, pertemuan itu adalah bagi membincangkan sokongan Rosmah dalam projek solar hibrid dan sumbangan yang perlu diberikan Jepak kepadanya (Rosmah) atas bantuan yang diberikan.
Katanya dalam pertemuan yang berlangsung selama 10 minit, Saidi terlebih dahulu menawarkan sumbangan 10 peratus daripada nilai keseluruhan projek seperti diingatkan Pegawai Khas Rosmah, Datuk Rizal Mansor sebelum itu supaya membuat tawaran bermula daripada kadar 10 peratus.
"Sebelah petang pada hari sama, Rizal berjumpa saya dan Saidi di Lygon Bistro, Sunway Putra Mall, dalam pertemuan itu Rizal beritahu semuanya 'ok' cuma peratus sumbangan perlu dinaikkan kepada 15 peratus kerana Rosmah inginkan 15 peratus.
"Saidi berkata, jumlah itu tinggi dan ia perlu dikurangkan sedikit kerana beliau perlu jaga ramai orang lagi dan Rizal beritahu, beliau akan semak dan maklum kembali...Rizal juga minta bahagian dia sebanyak RM5 juta setahun selama lima tahun daripada Saidi. Saidi kata 'ok' tanda setuju.
"Keesokan hari, Rizal menghubungi saya melalui telefon dan menyatakan nilai 15 peratus iaitu RM187.5 juta itu adalah muktamad dan tidak boleh diubah... Rizal beritahu saya untuk maklumkan kepada Saidi," katanya.
Rayyan berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan kes rasuah dihadapi Rosmah berhubung projek tenaga solar di sekolah luar bandar Sarawak di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan.(BH)

Hibur Hibur Sikit
H2S Pilihan: 07 -To'ki Hadapi Dengan Senyuman.

4 comments:

Anonymous said...


Jangan fitnah Kak Ros yg baik lagi syumul dan selalu baca Quran di bulan Ramadhan..Tengok Tabung Haji dh kena jual ke DAP kapir Harbi. Berani kau Ibnu Hisyam siar cerita kas Ros Suami Najib ni

Anonymous said...

Ini, bukan blog kaki jilat juboq puak berak tak basuh, ini perjuangan Islam... Puak-puak tu dah mulai pupus hapus..
ha ha ha..

Anonymous said...

Yg salah tetap salah. Jika kak ros salah, wajar terima hukuman. Sama juga jika dap dengan bumi hangus tetap salah juga. Bang lid pun dah macam murai sejak keluar pas.

Anonymous said...

Bagus. Yang salah tetap salah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails