Wednesday, July 15, 2020

43 AP belum isytihar harta setakat 6 Julai lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan. - NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan. - NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
Kaedah papar aset Jemaah Menteri akan ditetapkan.

KUALA LUMPUR: Paparan jumlah aset dan pendapatan Jemaah Menteri yang sudah diisytihar di portal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hanya akan dibuat selepas Kabinet memutuskan kaedah baharu berhubung perkara itu.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan, berkata paparan itu boleh diakses sesiapa sahaja termasuk orang awam.





"Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 11 Mac lalu mengumumkan semua Jemaah Menteri perlu mengisytiharkan harta dan seterusnya akan dipaparkan di portal SPRM yang boleh diakses oleh semua orang.
"Paparan hanya akan dibuat selepas Kabinet memutuskan satu kaedah baharu dalam paparan mengenai jumlah harta dan pendapatan yang sudah diisytiharkan," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur) di Dewan Rakyat, hari ini.
Kah Woh meminta kerajaan menyatakan sama ada anggota Kabinet ketika ini dikehendaki mengisytihar harta secara terbuka dan dipaparkan di laman sesawang SPRM.
Takiyuddin berkata, SPRM adalah platform paparan harta melalui laman sesawang dan bukan menjadi tanggungjawab suruhanjaya itu untuk memaksa mana-mana pihak mengisytiharkan harta mereka.
"Pengisytiharan harta mula diperkenalkan kerajaan melalui Kod Etika Anggota Pentadbiran dan Ahli Parlimen pada Disember 2018.
"Ia diikuti usul pengisytiharan harta yang dipersetujui di Dewan Rakyat pada 1 Julai 2019 dan di Dewan Negara pada 22 Julai 2019 dengan objektif mewujudkan negara bebas rasuah," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata 43 Ahli Parlimen belum mengisytiharkan harta setakat 6 Julai lalu. (BH)
Hibur Hibur Sikit
H2S Pilihan: 01 -Dikir Barat PAS

5 comments:

Anonymous said...

Atok juga berhutang maklumat dengan rakyat. Sejak jadi pm 22 tahun, macam mana atok boleh kaya sampai jadi biliun. Kalau atok mati, maklumat pun mati tapi harta biliun tak boleh bawa ke alam akhirat.

Anonymous said...

Lantak pi ngan atok.mana dia dapat dia sndri jawap. Kurang2 dia berani isytihar.
Ni AP pasumno suma ada berani isytihar ke???

Anonymous said...

Mana boleh lantak pi. Biliun bukannya seposen atau dua posen.

Anonymous said...

Okay. So bila nak dakwa atok tu?
Dari zaman najib dok sembang psl harta atok. Smpi la ni, xde pulak atok kena dakwa

Anonymous said...

So AP PAS suma dah isytihar ke? Xkan dah melawan muhyidin kot??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails