Saturday, July 18, 2020

'Panggung wayang pandu masuk'. Projek Untuk Rakyat Miskin?

Pengunjung menonton panggung wayang di dalam kereta secara pandu masuk pertama di negara ini yang dikenali sebagai Casuarina Sini-Drive di Bandar Meru Raya Ipoh malam tadi. - Foto BERNAMA
Pengunjung menonton panggung wayang di dalam kereta secara pandu masuk pertama di negara ini yang dikenali sebagai Casuarina Sini-Drive di Bandar Meru Raya Ipoh malam tadi. - Foto BERNAMA
HALAMAN HIBURAN
Perak lancar panggung wayang pandu masuk pertama di Malaysia


IPOH: Perak menjadi negeri pertama di negara ini melancarkan panggung wayang pandu masuk dikenali sebagai Casuarina Sini-Drive, di sini bermula hari ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berkata ia terletak di Downtown Meru mempunyai kapasiti boleh memuatkan sebanyak 70 kenderaan pada satu-satu masa itu adalah inisiatif Perak Corporation Berhad (PCB).

"Saya memperoleh ilham untuk mewujudkan panggung wayang pandu masuk ini daripada pengalaman sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila kita diarahkan mematuhi penjarakan sosial.
"Pengenalan pawagam ini dijangka memberi impak positif kepada sektor pelancongan di Perak yang terkesan teruk ekoran pandemik COVID-19 dan diharapkan dapat menghidupkan lagi aktiviti pelancong yang datang ke Ipoh," katanya pada sidang media sempena majlis pelancaran Casuarina Sini-Drive, malam ini.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (dua, kanan) melancarkan panggung wayang pandu masuk pertama di negara ini dikenali sebagai Casuarina Sini-Drive di Bandar Meru Raya Ipoh malam tadi. Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi (kiri). - Foto BERNAMA Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (dua, kanan) melancarkan panggung wayang pandu masuk pertama di negara ini dikenali sebagai Casuarina Sini-Drive di Bandar Meru Raya Ipoh malam tadi. Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi (kiri). - Foto BERNAMA
Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi dan Ketua Pegawai Eksekutif PCB Zainal Iskandar Ismail.
Sementara itu, Zainal Iskandar berkata, orang ramai boleh membuat tempahan tiket tayangan filem yang dikenakan bayaran antara RM36 hingga RM42 bagi setiap kenderaan dengan set snek serta minuman secara dalam talian di laman web www.sini-drive.com.my.
Beliau berkata, orang ramai boleh menikmati tayangan filem pelbagai genre termasuk filem aksi dan Bollywood bermula jam 8 malam hingga 11 malam pada skrin berkeluasan 6x18 meter itu setiap hari kecuali Isnin bermula esok (18 Julai).
"Satu frekuensi khas akan diberi kepada penonton yang audio tayangan filem berkenaan dapat didengar terus dari radio kenderaan masing-masing.
"Kami bercadang untuk membuka panggung wayang pandu masuk ini di tempat lain seperti Kuala Kangsar dan Kampar sekiranya ia mendapat sambutan," katanya. – BERNAMA
Perak lancar panggung wayang pandu masuk pertama di Malaysia (Video)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Adakah projek ini untuk rakyat miskin?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails