Thursday, July 16, 2020

Ketua PKR Jempol antara 26 keluar parti

Ketua PKR Jempol antara 26 keluar parti
Kumpulan itu menyalahkan kegagalan pucuk pimpinan PKR menyelesaikan kemelut dalaman sehingga menyebabkan kerajaan persekutuan Pakatan Harapan tumbang.

JEMPOL: Ketua PKR Jempol Karip Mohd Salleh antara 26 individu dari cabang itu yang mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta semalam atas alasan hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti peringkat pusat dan negeri.

Karip yang mengetuai kumpulan itu turut menyalahkan kegagalan pucuk pimpinan PKR menyelesaikan kemelut dalaman sehingga menyebabkan kerajaan persekutuan Pakatan Harapan tumbang.

"Pemecatan dan penggantungan ahli yang berterusan juga adalah langkah sumbang.

"Kebanyakan yang keluar hari ini adalah ahli jawatankuasa Cabang Jempol termasuk lantikan dan sebahagiannya yang digantung keahliannya oleh parti. Saya juga telah digantung pada April lepas dan kami tidak akan merayu," katanya pada sidang media mengenai perkara itu, di sini pada Rabu.Karip berkata Timbalannya Halim A. Aziz; Naib Ketua 1 T. Murly; Timbalan Ketua Wanita Norizan Musa; Ketua Srikandi yang juga Setiausaha Srikandi Negeri Sembilan Shahira A Rahman dan Pemangku Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nur Akmal Idzwan Wahid adalah antara yang keluar parti semalam.

Karip berkata kumpulan itu turut menyokong penuh kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpin Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
-- BERNAMA

3 comments:

Coway said...

tq for the info

Bin shaffie said...

Ameen pkr sediakan karpet merah buat kamu!

Anonymous said...

Eloklah kembali bersama. Daripada terus bersama dap.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails