Thursday, July 16, 2020

K'tan sasar jadi pengeluar pokok Eucalyptus -Nik Amar


Sikit Tazkirah Ekonomi:

GUA MUSANG: Kelantan menyasarkan untuk menjadi antara pengeluar pokok Eucalyptus di dalam negara selepas ia mula ditanam secara komersial di kawasan hulu Kelantan bagi menggantikan pokok balak yang ditebang.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata kerajaan negeri mula mencuba menanam pokok berkenaan kira-kira dua tahun lepas di kawasan seluas 30 hektar di Hutan Simpan Sungai Betis di sini, sebelum memperoleh hasil pertama yang dijangka dikutip pada 2025.
“Pada projek perintis ini, kita telah menanam 21,000 anak pokok di kawasan berkenaan dengan setiap sehektar boleh memuatkan kira-kira 700 batang pokok.
“Pokok Eucalyptus mempunyai tempoh matang tujuh tahun sahaja berbanding pokok balak yang mengambil masa sehingga 25 tahun. Ia juga mudah ditanam dan proses penjagaannya tidak rumit,” katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas melawat petak kajian pokok Eucalyptus di Hutan Simpan Sungai Betis, Pos Brooke di sini, hari ini. 
Hadir sama ADUN Galas Mohd Syahbuddin Hashim dan ADUN Nenggiri Ab Aziz Yusof.
Mohd Amar berkata setiap sehektar tanaman itu mampu memberi keuntungan bersih sehingga RM40,000 dan ia selamat kepada alam semula jadi kerana tidak mengganggu ekosistem terutama aliran sungai.
“Penduduk di negeri ini yang mempunyai tanah kosong juga digalakkan untuk mengusahakan tanaman berkenaan kerana ia boleh memberi pulangan lumayan kepada mereka,” katanya. – BERNAMA
Hibur Hibur Sikit

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails