Monday, July 13, 2020

Al-hamdulillah, KPN Kita Yang Prihatin Kepada Anggotanya, Tahniah!


KPN haramkan majlis berfoya-foya, aktiviti mewah pegawai polis
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, menegaskan tiada lagi aktiviti 'mewah' dalam kalangan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibenarkan.
Katanya, ia termasuk mengadakan majlis keramaian bagi hari lahir pegawai tinggi di pejabat mahupun mengadakan lawatan ke mana-mana tempat.
Abdul Hamid berkata, selain itu, beliau akan cuba memperbetulkan minda warga polis dengan mengelakkan rasuah dan gaya hidup bermewah-mewah serta gemar berfoya-foya.
"Tiada lagi aktiviti 'mewah' yang mendapat restu daripada pucuk pimpinan tertinggi (PDRM). Saya haramkan semua.
"Ada yang buat sambutan hari lahir di pejabat, ada yang nak makan ketam, udang bil sampai RM1,000, RM2,000, peruntukan tiada, siapa yang nak bayar semua itu?" katanya.
Katanya, beliau akan membuang budaya sedemikian, termasuk merayakan hari lahir pegawai tinggi di pejabat.
Beliau juga berkata siasatan ke atas semua kes 'sejuk' Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman yang tidak diselesaikan sejak beberapa tahun lalu, akan dibuka dan diteruskan semula dengan pegawai bertanggungjawab diberi tempoh sebulan untuk menyelesaikannya.
Beliau berkata banyak proses siasatan tertangguh sejak bertahun-tahun lalu, terutamanya membabitkan penipuan dalam talian.
"Perkara ini berlaku kerana ada pegawai penyiasat tidak melaksanakan tugas dengan baik, ada juga siasatan tidak dijalankan, perap sahaja dalam fail siasatan. Mungkin ada yang mengambil rasuah daripada suspek.
"Ada juga kes mempunyai waran tangkap dikeluarkan oleh majistret dan ada laporan polis dibuat pada 2013 tetapi siasatan tidak berjalan," katanya ketika ditemui BH.
Beliau berkata kes sejuk itu perlu dibuka semula untuk memberi keadilan kepada mangsa.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa Erti berfoya-foya dan aktiviti mewah?

Allah SWT memang membolehkan seseorang menjadi kaya dan menikmati kekayaannya. Dan suka pada sesuatu yang mahal dan bagus, pada hakikatnya merupakan fitrah yang Allah ciptakan buat manusia juga.


زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاء وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللّهُ عِندَهُ حُسْنُ الْمَآبِ

Dijadikan indah pada manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini. Iaitu, wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan (yakni kenderaan), binatang-binatang ternak  dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik
 . (QS. Ali Imrah : 14)

Kalau kemewahan itu boleh, apa sebenarnya yang dilarang?


Kisah teladan dimana para salafunasshalih masa lalu cenderung meninggalkan kemewahan, dan hidup dengan bersahaja. Bahkan termasuk Nabi SAW sendiri pun hidupnya amat bersahaja. Hidup mewah itu akan menjadi haram, manakala dijalani dengan salah satu dari cara-cara di bawah ini..

1. Didapat dengan cara haram.
Wang dan kekayaan yang didapat dari cara yang haram, tentu haram pula untuk dipakai dan dinikmati. Bagaimana dengan pejabat dan wakil rakyat? Apakah harta mereka itu halal?

Pejabat dan wakil rakyat memang punya gaji yang rasmi dikeluarkan oleh negara. Cuma yang jadi masalah, di luar gaji resmi itu, ada begitu banyak 'duit kopi' atau 'hadiah', bahkan ditetapkan % nya secara tidak rasmi pula. Bahkan ada yang melebihi ribuan atau jutaan kali ganda dari gaji dan elaun sebenarnya. Rasuah itu tetap haram!


2. Takabbur dan sombong diri
Hidup mewah itu haram apabila niatnya semata-mata hanya ingin takabbur dan menyombongkan diri. Sifat takabbur dan sombong itu bukan sifat hamba yang beriman. Sifat takabbur dan sombong hanya hak Allah SWT semata.

Maka Nabi Sulaiman AS yang kaya raya itu pun sangat tawadhdhu'. Beliau mengatakan bahawa semua yang dimilikinya itu tidak lain hanya datang dari Allah SWT, sebagai ujian apakah dirinya bersyukur atau kufur.


هَذَا مِن فَضْلِ رَبِّي لِيَبْلُوَنِي أَأَشْكُرُ أَمْ أَكْفُرُ
Maka tatkala Sulaiman melihat singgasana itu terletak di hadapannya, iapun berkata: "Ini termasuk kurnia Tuhanku untuk mencoba aku apakah aku bersyukur atau mengingkari. (QS. An-Naml : 40)

Lebih haram lagi apabila pada dasarnya seseorang tidak mampu, tetapi tetapi 'biar papa asal bergaya'.

Ingin bergaya dan berpenampilan seolah-olah dirinya dari kelas atas. Maka dia memaksakan diri dengan melakukan segalanya, tanpa memperhatikan lagi halal atau haram.

3. Tidak dibagi-bagi.
Hidup mewah itu haram, apabila seseorang tidak mengeluarkan dari sebagian hartanya buat orang-orang fakir dan miskin. Dalam harta orang kaya ada hak orang miskin.

Orang yang menimbun emas tetapi tidak mengeluarkan zakatnya di jalan Allah, maka akan disiksa nanti di hari akhir dengan jalan emas-emasnya itu akan dipanaskan, lalu ditempelkan pada dahi, punggung dan perut mereka.



وَالَّذِينَ يَكْنِزُونَ الذَّهَبَ وَالْفِضَّةَ وَلاَ يُنفِقُونَهَا فِي سَبِيلِ اللّهِ فَبَشِّرْهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ

Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka, (bahwa mereka akan mendapat) siksa yang pedih (QS. At-Taubah : 34)

Yang dimaksud dengan emas dan perak adalah lambang dari kekayaan.



 يَوْمَ يُحْمَى عَلَيْهَا فِي نَارِ جَهَنَّمَ فَتُكْوَى بِهَا جِبَاهُهُمْ وَجُنوبُهُمْ وَظُهُورُهُمْ هَـذَا مَا كَنَزْتُمْ لأَنفُسِكُمْ فَذُوقُواْ مَا كُنتُمْ تَكْنِزُونَ

Pada hari dipanaskan emas perak itu dalam neraka Jahanam, lalu dibakar dengannya dahi mereka, lambung dan punggung mereka (lalu dikatakan) kepada mereka: "Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, maka rasakanlah sekarang (akibat dari) apa yang kamu simpan itu".(QS. At-Taubah : 35)

Di dalam hadts yang terkenal, kita ditegur oleh Rasulullah SAW:

لَيْسَ الْمُؤْمِنُ الَّذِيْ يَشْبَعُ وَجَارُهُ جَائْعٌ إِلٰى جَنْبِهِ
Tidaklah mukmin orang yang kenyang sementara tetangganya lapar sampai ke lambungnya. (HR. Hakim)

4. Hidup semata hanya berlumba mengejar kemewahan.
Hidup mewah tetapi bersyukur, tidak pamer, tidak sombong, dan peduli dengan fakir miskin dibolehkan. Hal itu amat jauh berbeda dengan hidup mengejar-ngejar kemewahan.

Apalagi sampai saling berlomba untuk mengejar kekayaan, pamer kemewahan, dan tanpa henti terus menumpuk dan mengejar kekayaan. Semua itu tentu terlarang dan sudah diingatkan Allah SWT sejak awal.

أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ
Bermegah-megahan telah melalaikan kamu (QS. At-Takatsur : 1)

Begitulah kira-kira erti berfoya-foya dan aktiviti mewah secara ringkas. Allahu 'aklam.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails