Saturday, July 04, 2020

Rohingya: Ingatan 'agar pemimpin negara ‘tidak bermain wayang’ ...


Malaysia digesa serius tangani isu Rohingya
  
COX’S BAZARBangladesh: Kerajaan Malaysia digesa lebih serius menangani isu Rohingya dan memberi tekanan kepada pemerintah Myanmar bagi menghentikan pembunuhan beramai-ramai serta pembersihan etnik umat Islam itu.
Pengarah Pusat Bantuan dan Kemanusiaan PAS (PASRelief), Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kerja-kerja kemanusiaan seperti melawat dan menyampaikan sumbangan, serta janji mahu membina hospital boleh dilaksanakan oleh Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO).
“Kerajaan sepatutnya boleh berperanan dan bertindak lebih daripada apa yang telah dibuat. Kalau nak buat hospital sahaja, pihak NGO pun boleh buat.
“Tidak ada tindakan diplomatik atau langkah-langkah menghentikan pengambilan tenaga kerja dari Myanmar serta memutuskan hubungan dagang dengan Myanmar bagi meningkat tekanan kepada pemerintah Naypiydaw,” utaranya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pengagihan 50 tan makanan kepada pelarian Rohingya di Kem Pelarian Balukhali, di sini semalam.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat itu yang kini berada bersama delegasi Misi Kemanusiaan Kelapan PASRelief, memberi ingatan agar pemimpin negara ‘tidak bermain wayang’ dalam isu Rohingya.
“Mereka menzahirkan simpati kepada Rohingya, tetapi pada masa yang lain mereka ‘berjabat tangan’ dengan pemimpin Myanmar.
“Sebagai salah sebuah negara yang aktif dalam Asean, khususnya dalam soal hak asasi manusia, tidak ada gesaan supaya Myanmar bertanggungjawab dan mengembalikan hak warganegara kepada Rohingya,” luahnya kesal.
Turut sama pada misi itu ialah kepimpinan  PASRelief Terengganu diketuai Pengerusinya, Yahaya Ali; Adun Alor Limbat, Ariffin Deraman dan Setiausaha PASRelief Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah.
Ariffin dalam ulasannya berkata, belum nampak usaha secara serius diambil oleh Kerajaan Malaysia bagi menyelesaikan isu tersebut walaupun ada menghantar misi bantuan.
“Tetapi bagi sebuah kerajaan yang besar, sepatutnnya mereka lebih ‘sentimental’ lagi dengan isu ini.
“Sepatutnya Kerajaan Malaysia tegas berbincang dengan Aung San Su Kyi kerana Myanmar sebahagian daripada Asean. (Kerajaan) boleh memberi tekanan ekonomi dan lain-lain yang munasabah,” katanya.
Sementara itu, Ustaz Wan Sukairi dalam nada sama berkata, rakyat tidak nampak apa-apa kesan daripada tindakan Kerajaan Malaysia masa kini yang sepatutnya memberi tekanan kuat kepada Myanmar. 
Sehingga ujarnya, Myanmar akur dan mematuhi kehendak masyarakat antarabangsa dan untuk memastikan perkara yang sedang berlaku itu tidak berulang lagi. – HARAKAHDAILY 15/11/2017

Lihat sebelum ini..

13 comments:

Anonymous said...

Siasat juga dalang yg terima bayaran dr pelarian rohinya. Jika bangsa melayu sendiri pun tindakan tetap tegas.

Anonymous said...

Bermain wayang dah cara pemimpin apa mahu hairan orang beringat pun tak jalan mindset aku ada Lima tahun bila mahu buat untung

Anonymous said...

Sepatutnya kerajaan Msia menghalau semua pekerja asing dari Myanmar balik ke Myanmar kerana Myanmar tidak menghormati hak asasi umat Islam di Myanmar.

Bahkan rejim pengganas Myanmar telah menindas, merogol, menyiksa dan membunuh umat Islam dan membakar kampung umat Islam di Myanmar. Sebagai negara Islam, M'sia tidak wajar berkerjasama dengan rejim pengganas Myanmar yang sangat zalim dan kejam.

Maka saya sebagai penyokong MN dan PN mahu kerajaan memberi perhatian yang serius kepada isu ini.

Anonymous said...

Yg lebih bahaya dan terlibat dengan jenayah dan tiada dokumen pati, khusus dari cina. Ops besar besaran. Datang cara haram buat kerja jahat.

Anonymous said...

Yg pati cina, dalangnya parti yg sebangsa dengannya. Ini jauh lebih bahaya sebab babitkan kedaulatan malaysia.

Anonymous said...


Tapi yg kena tangkap pegawai kanan IMIGRESEN MELAYU, pegawai kanan POLIS MELAYU, pegawai kanan TENTERA MELAYU spt yg di Johor, P Pinang, wahai walaun unta 7:24pm . KERAjaan Melayu PM Melayu Ketua Jabatam Melayu.

MELAYU HAMPASSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS macam PAS

cina cina cina, tapi parti cina tuh tak diharamkan pon! Batalkan lah HARAMKAN LAH parti2 selain melayu tuh, kan MELAYU DAN BERKUASA SEKARANG!!!!!!!!!!!

KALDAI TETAP KALDAI........HAMpasssssssssssssssssssssss

Anonymous said...

Yg banyak operasi scam juta2 warga pati cina. Tiada warga rohinya. Sebilangan kecil imigresyen dsb jadi khianat. Warga scammer dan warga khianat memang jahat. Kena bersihkan. PAS tetap bersih dari dulu.

Anonymous said...

Eng Guang dulu baca kisah umar abd aziz. Rupa2nya nak menipu warga islam kononnya beliau menghormati islam. Sabu and the gang terpedaya. Sabu jadikan musuh utamanya ulamak dan pas. Sabu and the gang sekarang jadi hulubalang dap. Sentiasa berada di barisan depan membela dap. Bila dap pilih mahathir, sabu and the gang pun pilih mahathir.

Anonymous said...

Hai abang Moktar senak pe kabo............perut masih senak lagi yek

frust la Leena klu macam nih..........

Anonymous said...


INI CONTOH RAKYAT BERMARUAH

Tahniah KETUA POLIS JOHOR Datuk Ayob Khan individu yang bertanggungjawab menjejaki ramai penjenayah sehingga ke lubang cacing.

Sebelum ini beliau adalah individu yang bertanggungjawab mendedahkan hubungan dan kaitan beberapa ahli politik dengan kumpulan pengganas yang diharamkan di Malaysia iaitu LTTE.

Terbaru beliau dan pasukan telah menahan seorang pegawai tinggi Kerajaan kerana disyaki terlibat dan berkerjasama dengan sindiket penyeludupan PATI ke dalam negara.

Beliau juga memberitahu pernah diugut oleh sindiket kerana keberanian beliau menyiasat dan membongkar kegiatan sindiket terbabit.

Syabas dan tahniah kerana telah memberi sinar baru kepada masyarakat.

Semoga beliau tidak diganggu oleh mana-mana tangan ghaib (baca:ahli politik).

Berita penuh boleh dibaca disini:

https://www.hmetro.com.my/utama/2020/07/596123/sindiket-pati-pegawai-kanan-jabatan-imigresen-ditahan-metrotv

Kenali beliau:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/653278/ayob-khan-dilantik-ketua-polis-johor

Anonymous said...

Kalau pati rohinya sejahat pati cina, pasti rakyat malaysia benci pati rohinya. Tapi pati cina bukan tulin, datang sini untuk jadi scammer. Ini tentu berbeza dengan pati rohinya yg ditindas di tanah air sendiri. Kerana itu pati cina dianggap nanah yg merosakkan ketenteraman warga malaysia.

Anonymous said...

Hihihi fitnah murahan. Panggil kak leena.

Anonymous said...

Mesti ust mokhtar dah kenen ph kaw kaw. Akhirnya cuba tutup dengan fitnah kaw kaw. Kesiaaan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails