Wednesday, July 15, 2020

PM sebelum Ini Islam, Tapi didominasi bukan-Islam. -K/Muslimat PAS.


PN wajib pertahan kedaulatan negara, kesucian Islam

KUALA LUMPUR: Para pendukung Perikatan Nasional yang kini menjadi parti gabungan memerintah kerajaan mempunyai tanggungjawab besar mempertahan kedaulatan negara dan kesucian Islam.

Ketua Muslimat PAS Malaysia, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh berkata, mandat tersebut menuntut dan hanya dapat dilaksanakan dengan setiap umat Islam bersatu padu dan menjauhi perpecahan sesama sendiri.
Beliau mengajak menjadikan pemerintahan Pakatan Harapan sepanjang 22 bulan sebelum ini walaupun diketuai Perdana Menteri beragama Islam, namun didominasi oleh bukan-Islam hingga agama turut diperkotak-katikkan.
Beliau membangkitkan motivasi itu dalam ucapannya pada pertemuan bersama Srikandi BERSATU Wilayah Persekutuan yang berlangsung di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini semalam.
Sehubungan itu peringatnya, antara persediaan terhampir perlu dilakukan adalah bersiapsiaga dengan sebarang kemungkinan menghadapi PRU15 dalam masa terdekat ini.
Beliau yang juga Ketua Muslimat PAS Wilayah Persekutuan turut mengemukakan salah satu daripada tujuan penubuhan PAS sebagaimana tercatat dalam Perlembagaan PAS.
Iaitulah terangnya, untuk mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara di mana usaha itu termasuk dalam peranan PAS melepaskan negara dari cengkaman penjajah dan pemerintahan bukan-Islam.
Sebaliknya kata beliau, usaha PAS membawa pemerintahan Islam bukan sahaja untuk mencapaikan kesejahteraan buat umat, tetapi juga untuk seluruh rakyat termasuk kalangan bukan-Islam.
Kunjungan dan pertemuan Srikandi BERSATU bersama Muslimat PAS itu bertujuan mengukuhkan lagi muafakat dan kerjasama kedua pihak khususnya di Wilayah Persekutuan. – HARAKAHDAILY 14/7/2020


8 comments:

Anonymous said...

Okay la skrg ni pm islam dan dikuasai org islam. So bila hudud sm ru355 nak dilaksanakan? Undi tolak speaker dpt majoriti, xkan undi laksanakan hudud x dpt majoriti??

Anonymous said...

Tabung Haji - Jawablah lebai2 weh bila mati sekso...

Jawablah kau di akhirat nanti dan di alam kubur yang selalu kau ceritakan itu.
Jangan di akhirat nanti tertunduk2 malu kau pada Dr Mujahid...

Image may contain: 3 people
Syukur PN yang perintah, dapat tahu sapa yg menipu sebenaqnya...

Image may contain: text
Hampir 2 Tahun , Para agamawan, Asatizah dok sebarkan fitnah kepada Dr Mujahid dalam group2 Whatsapp, termasuk Group Whatsapp taman hatta Group Masjid.. Jangan kata Group Whatsapp, hatta dalam Kuliah dan Khutbah Jumaat pun yang mana depa fitnah Dr Mujahid jual aset Tabung Haji..Jual Aset Ummat Islam, apalagi kata jual kat Cina..Tujuan mereka menyemai kebencian kepada Dr Mujahid dan Kerajaan PH..

Pengstrukturan Tabung Haji yang dilaksanakanoleh kerajaan PH tempoh hari bukan saja berjaya, tetapi menakjubkan.. Jual beli aset berupa saham, perladangan mahupun hartanah adalah perkara biasa bagi sebuah syarikat pelaburan seperti tabung Haji, begitu juga yang dilakukan KWSP dan Khazanah.. apa yang penting Aset dan keuntungannya bertambah..

Dengaq kata Ostad Dusuki syukur sebab dapat tahu TH untung.. Patutnya bukan kena syukur.. kena mohon maaf, bertaubat sebab mengfitnah Dr Mujahid tak henti2 dalam Kuliah2nya.Takda rasa bersalah langsung.Apa dia ingat dia pegang kunci Syurga dan Neraka sampai takdak Dosa langsung... - f/bk

Anonymous said...

Parti yg suka tabur fitnah sana sini tanpa tunjuk bukti Allah swt tak akan izinkan utk tegakkan Islam..aku pasti mereka sendiri berdolak dalih..

Anonymous said...

Hampir hancur TH dikerjakan oleh KHADAM2 DAP, khadam tersebut adalah parti PAN!

Buktinya dividen terendah dalam sejarah!

Anonymous said...

Masih nak tabur fitnah tanpa bukti..kalau dh khadam mca, tetap khadam juga

Anonymous said...

Hampir hancur tapi untung? Hemmmm...pening nak fikir ni..pening nk faham cara pemikiran khadam mca

Anonymous said...

Drp memikirkan hancur TH, baik lah di adakan Suruhanjaya diraja utk menyiasat TH masa zaman kejatuhan dan kerugian..aku rasa PAS tak sokong cadangan aku

Anonymous said...

Ko ukur kejayaan tabung haji ikut dividen? Sapa la bapak ko ni? Bodoh gila. Patut la ko mcm lembu..kah3

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails