Tuesday, July 14, 2020

Lagi, pemimpin DAP Sarawak keluar parti.



KUCHING: Pemimpin DAP cawangan ke-2 mengumumkan meletak jawatan dan keluar parti itu berkuat kuasa serta merta.

Sanjan Daik, timbalan ketua DAP Bunuk berkata, beliau menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada sekretariat dan juga pengerusi DAP negeri Chong Chieng Jen.

Peletakan jawatan Sanjat berlaku susulan pengunduran ketua DAP cawangan Serian Edward Andrew Luwak yang dlaporkan baru-baru ini.

Daik memberitahu FMT bahawa beliau mungkin menimbangkan untuk menyertai parti politik lain sekiranya terdapat “tawaran yang baik”, tetapi tidak akan menyertai Gabungan Parti Sarawak yang memerintah.

Katanya, beliau dicadangkan untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mambong pada pilihan raya negeri akan datang, tetapi kebanyakan pengundi di situ sudah hilang kepercayaan terhadap parti tersebut.

“Kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan kemusnahan kendiri yang berlaku dalam PKR sedikit-sebanyak memberi kesan ke atas sokongan rakyat pada DAP,” katanya.

Daik berkata, beliau diberitahu oleh ahli parti yang lain bahawa orang ramai mengeluh pemimpin PH menghabiskan terlalu banyak masa berpolitik, bukannya melaksanakan pembangunan semasa mereka berkuasa.

Katanya, projek yang diminta untuk Mambong seperti jalan ladang tidak dibuat sama sekali.Katanya, beliau dicadangkan untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mambong pada pilihan raya negeri akan datang, tetapi kebanyakan pengundi di situ sudah hilang kepercayaan terhadap parti tersebut.

“Kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan kemusnahan kendiri yang berlaku dalam PKR sedikit-sebanyak memberi kesan ke atas sokongan rakyat pada DAP,” katanya.

Daik berkata, beliau diberitahu oleh ahli parti yang lain bahawa orang ramai mengeluh pemimpin PH menghabiskan terlalu banyak masa berpolitik, bukannya melaksanakan pembangunan semasa mereka berkuasa.

Katanya, projek yang diminta untuk Mambong seperti jalan ladang tidak dibuat sama sekali. – FMT

Hibur Hibur Sikit

1 comment:

Anonymous said...

Tabung Haji - Jawablah lebai2 weh bila mati sekso...

Jawablah kau di akhirat nanti dan di alam kubur yang selalu kau ceritakan itu.
Jangan di akhirat nanti tertunduk2 malu kau pada Dr Mujahid...

Image may contain: 3 people
Syukur PN yang perintah, dapat tahu sapa yg menipu sebenaqnya...

Image may contain: text
Hampir 2 Tahun , Para agamawan, Asatizah dok sebarkan fitnah kepada Dr Mujahid dalam group2 Whatsapp, termasuk Group Whatsapp taman hatta Group Masjid.. Jangan kata Group Whatsapp, hatta dalam Kuliah dan Khutbah Jumaat pun yang mana depa fitnah Dr Mujahid jual aset Tabung Haji..Jual Aset Ummat Islam, apalagi kata jual kat Cina..Tujuan mereka menyemai kebencian kepada Dr Mujahid dan Kerajaan PH..

Pengstrukturan Tabung Haji yang dilaksanakanoleh kerajaan PH tempoh hari bukan saja berjaya, tetapi menakjubkan.. Jual beli aset berupa saham, perladangan mahupun hartanah adalah perkara biasa bagi sebuah syarikat pelaburan seperti tabung Haji, begitu juga yang dilakukan KWSP dan Khazanah.. apa yang penting Aset dan keuntungannya bertambah..

Dengaq kata Ostad Dusuki syukur sebab dapat tahu TH untung.. Patutnya bukan kena syukur.. kena mohon maaf, bertaubat sebab mengfitnah Dr Mujahid tak henti2 dalam Kuliah2nya.Takda rasa bersalah langsung.Apa dia ingat dia pegang kunci Syurga dan Neraka sampai takdak Dosa langsung... - f/bk

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails