Thursday, July 16, 2020

Ini Warga Asing, Masuk Saja, Keluar Tiada. -Laporan LKAN.


Seramai 214,398 warga asing tiada rekod keluar


KUALA LUMPUR: Seramai 214,398 warga asing didapati tidak mempunyai rekod keluar dari Malaysia bagi tempoh 2016 hingga 2018, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2018 Siri 3 yang dibentangkan di Parlimen semalam.
Menurut laporan itu, ini berikutan, Sistem MyIMMs (Sistem Imigresen Malaysia) tidak dapat mengesahkan pergerakan mereka kerana berlaku masalah gangguan sistem sebanyak 4,489 kali bagi tempoh tiga tahun itu.
“Pada pendapat Audit, sistem MyIMMs yang kerap downtime (masa rosak) dan berlakunya isu teknikal pengoperasian sistem boleh menjejaskan integriti data bagi rekod pergerakan keluar atau masuk di pintu sempadan negara,” menurut laporan itu.
“Jabatan Imigresen menyatakan setakat 15 April 2020, daripada jumlah 214,398 warga asing berkenaan, seramai 5,750 orang telah disahkan keluar dan 8,404 orang memiliki pas jangka panjang seperti Pas Lawatan Ikhtisas, Pas Lawatan Kerja Sementara, Pas Pelajar dan Pas Residen.
“Selain itu, seramai 1,765 orang telah diambil tindakan oleh unit penguatkuasaan manakala bagi baki selebihnya seramai 198,479 warga asing tiada rekod keluar,” katanya.
 
Laporan itu berkata terdapat 29 patch on sistem lain yang berurusan dengan sistem MyIMMs menyebabkan sistem menjadi tidak stabil.
Berikutan ketidakstabilan itu, terdapat data yang telah dimasukkan oleh pegawai seperti pengesahan keluar atau masuk di pintu masuk tidak dapat direkodkan oleh sistem atau tidak dapat diintegrasikan dengan sistem MyIMMs.
“Selain itu, sistem berkenaan juga tidak dapat melaksanakan proses padanan data bagi setiap pelawat sekiranya pelawat tersebut tidak melakukan pergerakan keluar atau masuk berulang kali setiap hari (pelawat sempadan),” menurut laporan berkenaan.
Menurut laporan itu, Jabatan Imigresen telah melaksanakan langkah penambahbaikan bermula Mac tahun ini, membolehkan proses padanan data dilaksanakan pada bila-bila masa.
Daripada 214,398  warga asing berkenaan, pihak Audit telah memilih 300 warga asing sebagai sampel, katanya.
“Berdasarkan sampel itu, selain daripada tiada rekod keluar, pihak Audit turut mendapati warga asing berkenaan telah tinggal di Malaysia melebihi tempoh yang dibenarkan iaitu dari 121 hingga 1,087 hari”. – BERNAMA

3 comments:

Anonymous said...

Mamak kutty pun tukar nama jadi madey mamat.

Anonymous said...

Ketua PKR Jempol Karip Mohd Salleh antara 26 individu dari cabang itu yang mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta semalam atas alasan hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti peringkat pusat dan negeri.

Karip yang mengetuai kumpulan itu turut menyalahkan kegagalan pucuk pimpinan PKR menyelesaikan kemelut dalaman sehingga menyebabkan kerajaan persekutuan Pakatan Harapan tumbang.

Anonymous said...

Sama nama atok ngan cucu. Kuat warisnya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails