Wednesday, July 01, 2020

DAP Cipta Ayam Sabung Melayu Lawan Melayu/Islam Sendiri...


Fadzlan Yahya: Sang Pemidato DAP

MAKA berkatalah Roketkini.Com. 'Fadzlan Yahya: Sang Pemidato DAP' pada 

Antara tokoh DAP yang dikenali sebagai seorang pemidato yang hebat pada zamannya ialah Allahyarham Fadzlan Yahya (1950-2016). Beliau merupakan Adun Pasir Berdamar untuk dua penggal berturut-turut setelah memenangi kerusi tersebut dalam pilihan raya umum ke-6 pada tahun 1982.

Kerusi tersebut dimenangi sekali lagi dengan 10,845 undi pada tahun 1986. Fadzlan kemudiannya memenangi kerusi DUN Lahat, juga di Perak pada tahun 1990.Beliau turut memegang jawatan Naib Pengerusi DAP dan Ketua DAPSY.


Sebagai wakil rakyat, Fadzlan dikenali dengan kemahiran berpidato yang mana baginya banyak dipengaruhi oleh gaya ucapan Sukarno.
Dalam satu pertemuan Roketkini bersama beliau pada 2016, Fadzlan telah ditanya jika beliau menyesal dengan keputusan menyertai DAP.
Jawapan beliau: “Saya tak menyesal. Itu pilihan saya yang saya fikir habis-habis. Kebetulan pada masa itu mak mertua saya sokong.
“Dia kata buatlah apa yang nak buat, jangan dengar orang lain. Isteri saya turut beri kepercayaan dan banyak menyokong.
“Saya bersyukur dapat isteri yang dapat faham saya dan sentiasa menyokong tindak tanduk saya walaupun dicemuh orang. Apa lagi bila kita bertanding kalah, jadi bahan ‘depalah’.”
Dalam pertemuan sama, beliau diminta berkongsi pandangan tentang DAP kini (2016). Jelasnya, DAP telah banyak berubah.
Jika dahulu tambahnya, ia banyak bercakap isu kaum Cina sehingga terbina satu tembok dan tidak dapat keluar daripadanya.
“Sekarang sudah berlainan. DAP lebih banyak berpaut kepada isu-isu nasional yang semua kaum boleh terima,” ujarnya.
Walau bagaimanapun Fadzlan menambah, DAP telah menjadi mangsa momokan. Dari dahulu tajuk utama berita memburukkan DAP dengan mengaitkannya sebagai komunis.
Kebanyakan kaum Melayu percaya kepada momokan itu tambahnya, dan dalam diri mereka sudah ditanam tanggapan yang begitu kental sekali.
Namun begitu beliau memberitahu, apa yang boleh dilakukan adalah untuk mendamping mereka secara ‘personal touch’ dan daripada situ tanggapan negatif itu dapat dikendurkan.
“Sudah banyak tokoh Melayu diketengahkan. Ini perkembangan yang sihat dan dapat menzahirkan cita-cita Malaysian Malaysia. Ini penting untuk menghapuskan imej DAP yang digambarkan lawan sebagai cauvinis Cina.
“Kini sudah ada penerimaan terbuka dari kalangan masyarakat Melayu. Usaha ini hendaklah dilanjutkan agar jumlah ahli DAP lebih seimbang. Barulah kita dapat menampilkan satu konsep berasaskan Malaysian Malaysia,” katanya.
Allahyarham Fadzlan menghembuskan nafas terakhir di Ipoh, Perak pada 12 September 2016. Beliau meninggalkan seorang balu dan dua orang anak. — Roketkini.com.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Artikel Roketkini.com kali ini adalah sambungan dari tulisan sebelumnya mengenai Melayu DAP. DAP, hanya mampu membariskan orang Melayu/Islam dalam DAP, tetapi tidak menyebutkan apa agenda dan kegiatan mereka, dalam DAP. Apa yang DAP bantu kegiatan orang Islam dalam DAP?

Lihat..

Apakah mereka masuk DAP hanya sebagai kaldai tunggangan pembawa kitab ajaran komunis dan anti Islam DAP? DAP cipta 'ayam sabung Melayu' untuk lawan bangsa Melayu dan Islam sendiri...

Ini mesej mereka yang ayam-ayam sabung itu perlu panjangkan ke tengah masyarakat..


DAP Ganyang Islam? Ajar Dia Di PRU 15... Video








46K views3 days ago
Tidak dinafikan pemimpin-pemimpin PH seperti YB Langkawi, YB Port Dickson, YB Kota Raja dan sebagainya begitu konsisten ...
New





DAP mendakwa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencadangkan keanggotaan kabinet hanya eksklusif untuk kaum ...





6.7K views2 years ago
Bagi musuh politiknya, DAP sentiasa didakwa akan mengancam hak-hak orang Melayu dan kedudukan Islam. Bagi DAP, ini ...




DAP menyuarakan kehairanan berhubung kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa umat Islam dibenar ...




AMANAH mengajak semua pihak termasuk gerakan Islam dan ulamak untuk mengajar DAP jika ia akan terus mengancam Islam, ...




Fawzia Ariff, ahli seumur hidup DAP berkongsi pendapatnya tentang DAP dan IslamDAP berjuang untuk semua rakyat Malaysia.
Cukup setakat ini kali ini.. Komen mengenai DAP akan bersambung lagi..

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-107: Roket Pemikiran DAP Yang Bengkok.....

E-Buku IH-107: Roket Pemikiran DAP Yang Bengkok..

11 comments:

Anonymous said...

dulu ynag tolak hudud hina hudud bukan saja kapir
tapi ada orang amano pun sama jugak
jangan buat buat lupa
amno pas bila nak lakasana hudud

Apakah hukum Jahiliah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?

Suatu ketika di zaman Rasulullah SAW pada masa ‘Fathul Makah’ (pembebasan kota Mekah), ada seorang wanita Quraisy yang mencuri. Wanita tersebut seorang bangsawan dari Bani Makhzum. Mereka bingung dalam memutuskan perkara tersebut.

Dalam perundingan salah seorang dari mereka mengusulkan untuk membicarakannya kepada Usamah. Melalui Usamah mereka berniat untuk memintakan syafa’at atau ampunan dari Rasulullah SAW atas wanita tersebut. Mereka tahu bahwa Usamah adalah salah seorang yang dicintai oleh Rasulullah SAW. Berharap Rasulullah mengabulkan permintaan Usamah.

Ketika Usamah menyampaikan kepada Rasulullah SAW perihal keinginan mereka. Rasulullah SAW menjawab, “Apakah engkau hendak membela seseorang agar terbebas dari hukum yang sudah ditetapkan oleh Allah SWT?”

Setelah itu Rasulullah SAW berdiri dan berkhutbah, “Wahai manusia sesungguhnya yang membinasakan orang-orang sebelum kamu adalah, apabila seorang bangsawan mencuri, mereka biarkan. Akan tetapi apabila seorang yang lemah mencuri, mereka jalankan hukuman kepadanya. Demi Dzat yang Muhammad berada dalam genggaman-Nya. Kalau seandainya Fatimah binti Muhammad mencuri. Niscaya aku akan memotong tangannya.”

Kemudian Rasulullah SAW memerintahkan agar memotong tangan wanita tersebut. Setelah itu wanita tersebut bertaubat dan menikah. (HR Bukhari Muslim)

Di sini sangat jelas sekali bagaimana ketegasan Rasulullah SAW dalam menjalankan perintah Allah swt. Bagaimana Rasulullah saw bersikap terhadap yang hak dan yang bathil. Rasulullah SAW tidak mengenal istilah kolusi, korupsi dan nepotisme.

Dalam menegakan hukum yang bertujuan tercapainya keadilan serta kemashlatan bersama. Rasulullah SAW tidak pandang bulu, tidak melihat latar belakang. Tidak melihat apakah ia pejabat, atau bangsawan. Orang yang dekat dan dicintai Rasulullah saw tidak menjadi jaminan untuk lolos dari hukuman.

Fatimah binti Muhammad, putri tercinta Rasulullah SAW pun tak luput dari hukuman jikalau ia mencuri. Bahkan beliau sendiri yang akan menghukumnya. Terlihat bagiamana Rasulullah SAW bersikap profesional dalam melaksanakan tugasnya.

Kekuasaan, kemuliaan, dan keutamaan pada dirinya tidak digunakan secara semena-mena. Beliau tidak melebihkan satu dengan yang lainnya jika sudah memasuki ranah hukum. Termasuk darah dagingnya sendiri yang beliau cintai.

Inilah sosok pemimpin sejati dan profesional; mempunyai sikap tegas dalam memutuskan suatu perkara. Bukan saja istikaomah serta memegang teguh aturan-aturan Illahi.

Rasulullah SAW juga bersikap adil terhadap umatnya.Semoga di kemudian hari kita dapat menemukan pemimpin yang mempunyai jiwa kepemimpinan seperti Rasulullah SAW.

Anonymous said...

tahun 1959 DAPigs sudah dah ada "surat lahir" ke?
masa itu PAS kelahiran. mula lah gaduh tak sama ideology
blogger bodoh tak terhinga

Anonymous said...

Fadzlan boleh memuji melambong2 DAP! Tapi apa pula sumbangan Fadzlan kepada Islam?

Tiada sumbangan TIADA Al-Fatihah disedekahkan!

Anonymous said...

PM: Tun M ulangi Anwar tidak layak

TUN Dr Mahathir menyuarakan secara terbuka bahawa Anwar Ibrahim tidak popular di kalangan rakyat berketurunan Melayu sedangkan sokongan kaum ini penting bagi mana-mana parti untuk menang dalam pilihan raya.

Pandangan ini diberikan beliau dalam satu siaran terbitan Amerika Syarikat iaitu CNBC di segmen Street Signs Asia.

PKR parti berbilang kaum. Sedang yang diperlukan adalah seorang pemimpin Melayu. Sekali lagi Tun mendedahkan bahawa Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri (PM) kerana tidak disokong orang Melayu.

Kata Tun:

“The proposal is that I should lead and become the prime minister, but he disagrees. He wants to be the prime minister’s candidate.

“I have already given a promise that I would step down after six months. But he didn’t want me to be the prime minister at all. That makes it difficult to work together,”

Walaupun demikian kata Tun, Anwar bertegas mahu jadi calon PM. Ini pendirian beliau walaupun Tun berjanji akan jadi PM semula untuk 6 bulan sahaja. Jelas kata Tun, Anwar langsung tidak mahukan beliau dan oleh itu sukar baginya bekerjasama dengan Anwar.

Nampaknya tak reda-reda lagi sengketa di kalangan pimpinan pembangkang ini.

Haahhh otaiii sekeliann




tepokkkk..!!!

Anonymous said...

Pintu taubat sentiasa terbuka. Ada yg makin dekat kepada Islam, ada yg makin jauh dari Islam. Ada yg bersekongkol dengan DAP untuk menjatuhkan Islam dan menyindir hukum hudud. Ada yg terus menerus politik fitnah dan ada yg terus berpolitik dengan konsep bumi hangus. Ada yg membakar jubah dan serban. Ada yg menyindir bersalut serban. Ada yg berpolitik dengan kuliah hadith sedangkan dia tiada berguru hadith.

Anonymous said...

RBA menyamar sebagai orang Melayu Islam untuk menyebarkan fitnah untuk melaga-lagakan, memecah-belahkan dan melemahkan umat Islam supaya puak kafir Harbi dan khadam munafik liberal mereka boleh berkuasa untuk menindas Islam dan umat Islam.

RBA sangat terdesak sehinggakan mereka sanggup menggunakan hadis dll untuk melaga-lagakan parti Islam dengan parti Melayu.

Anonymous said...

Yang pasti ialah parti kafir Harbi roket mewarisi DNA dari parti ultra-rasis Singapork.

Anonymous said...

Fadzlan atau yang seangkatan dengannya bersama2 DAP yang sangat anti dengan Islam! DAP adalah parti politik kaum KAFIR yang sangat MEMUSUHI Islam sehingga salah seorang dari pemimpin mereka telah mengungkapkan LANGKAH MAYATNYA dahulu kalau mahu membina negara Islam!

Kepada Fadzlan yang telah MATI TIADA Al Fatihah disedekahkan!

Mana2 yang lain yang sealiran dengan Fadzlan juga kalau MATI nanti TIADA Al Fatihah disedekahkan!

Anonymous said...

Ramai juga orang2 Islam yang menjadi KOMUNIS suatu masa dahulu!

Kepada KOMUNIS2 YANG TELAH MATI ini TIADA Al Fatihah disedekahkan!

Anonymous said...

Termasuk mat sabu.

Anonymous said...

Komunis ni satu fahaman yg tak percaya ketuhanan. Kalau dah jadi komunis tak kan dia patuh syariat. Membunuh nyawa tak berdosa demi menegakkan komunis, itu yg komunis buat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails