Wednesday, July 15, 2020

ADUN Slim, Khusairi Talib meninggal dunia.

ADUN Slim, Khusairi Talib meninggal dunia
Allahyarham yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim dilaporkan meninggal dunia di Hospital Bentong, Pahang kerana mengalami serangan jantung. - Foto Fail

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib dilaporkan meninggal dunia petang tadi.

Allahyarham yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim dilaporkan meninggal dunia di Hospital Bentong, Pahang kerana mengalami serangan jantung.

Pengerusi Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan perkara tersebut.

"Kami sedang uruskan jenazah dan kita tunggu keputusan keluarga berkenaan bawa pulang jenazah ke Tanjung Malim," katanya.

Menurut laporan Bernama, Allahyarham dikatakan tiba-tiba rebah ketika bermain golf di Awana Genting Highlands Golf & Country Resort.

Media difahamkan jenazah akan dibawa pulang ke Tanjung Malim malam ini.

Khusairi, 59 tahun merupakan bekas Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Anggota Majlis Tertinggi UMNO itu menang kerusi DUN Slim pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 lalu dengan majoriti 2,183 undi menentang calon PKR dan PAS. 


Hibur Hibur Sikit
H2S Pilihan: 01 -Dikir Barat PAS










KEPUTUSAN PRU 14 09 MEI 2018
N58
SLIM
Mohd Khusairi Abdul Talib
8,327
Mohd Amran Ibrahim
6,144
Muhammad Zulfadli Zainal
4,103







P077
TANJONG MALIM
N57
N58
N59
 EMBED
 KONGSI
KLIK DI SINI UNTUK KEPUTUSAN PENUH DAN
TERKINI PILIHAN RAYA

2 comments:

Anonymous said...

Gang DAP trus diam bila lelong assets TH dibentang, sambil pulas tangan barua barua nya supaya jangan cakap ini DAP punya cadangan lelong asset TH... sambil pulas tangan agar cover line DAP punya air muka, bile abis sudang dewan baru kau tim upah kena pulas dan tarik telinga..



kannnnn..


alfatihah.... mmmmm nnpk gaya lawan calon bebas lagi nih

Anonymous said...

Yg perfect ialah politik islam. Yg islam pun belum tentu perfect walaupun ikut acuan islam. Jika yg ikut islam tidak perfect, adakah yg ikut acuan liberal jadi lebih perfect. Yg kafir pun lebih perfect dari yg ikut islam. Yg kafir bila dapat lebih kuasa, nyawa boleh terancam. Di india ramai org islam diseksa dan dibunuh. Di myanmar ramai rohingya yang diseksa dan dibunuh. Di palestin, ramai yg di bunuh dn dibom oleh yahudi. Dan rakyat uighur pun tak selamat di negara cina. Ramai islam yg dipaksa makan babi, dan diseksa dibunuh jika bantah. Tiada negara islam yg buat kerja terkutuk ini walaupun mereka berkuasa. Jangan tunggu nasi jadi bubur baru nak menyesal.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails