Thursday, June 25, 2020

Terus Martabatkan Undang-undang Islam Libatkan Hudud, Qisas, Takzir .


Agenda perundangan Syariah kekal jadi harapan PAS

KUALA LUMPUR: PAS akan meneruskan langkah ke arah memartabatkan Undang-undang Islam melibatkan hudud, qisas dan takzir yang telahpun berjaya melalui beberapa proses berkaitan sebelum ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad berkata, sebelum dijajah Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun, rantau Nusantara ini telah berdaulat melaksanakan sepenuhnya Undang-undang Islam.

Beliau memberi pencerahan tersebut pada pada Bicara Harakah 3.0 membincangkan tajuk “100 Hari Perikatan Nasional” yang bersiaran langsung atas talian di Facebook HarakahTV, malam tadi.

“Untuk melaksanakan agenda ini memerlukan satu platform yang benar-benar stabil supaya ianya dapat dilaksanakan dengan baik. Salah satu daripada proses untuk melaksanakan undang-undang ini ialah melalui kefahaman yang baik oleh rakyat.

“Jadi kita mulakan kerjasama ini, kita telah laksanakan di Kelantan dan Terengganu dengan kita menggubal Enakmen Jenayah Syariah Kelantan dan Terengganu yang melibatkan di dalamnya pelaksanaan, percubaan untuk melaksanakan.
“Undang-undang Islam di Kelantan dan Terengganu yang diluluskan dah pun kan, dah ditandatangani oleh Tuanku Sultan Kelantan dan juga Sultan Terengganu.

“Kemudian kita ada sedikit kekangan di peringkat undang-undang Kerajaan Pusat yang mana ianya mengekang pelaksanaan Undang-undang Islam ini.
“Contohnya ialah dari sudut undang-undang sebatan 100 sebatan, undang-undang yang untuk memotong tangan dan sebagainya yang tiada, yang tidak diberikan ruang dalam ruang dalam Undang-undang Persekutuan Perlembagaan.

“Jadi, untuk membolehkan ianya dilaksanakan, ianya berjalan serentak di antara proses memberikan pendidikan kepada rakyat dan juga menyediakan infrastruktur untuk melaksanakan undang-undang ini,” terangnya.

Imbas beliau, PAS pernah membawa bil persendirian ke Parlimen oleh Tuan Guru Presiden iaitu RUU355 di mana ia satu usaha bersepadu dengan Kerajaan BN pada masa itu sebagai dimensi baru untuk melaksanakan Undang-undang Syariah.
Di mana jelasnya, usaha itu untuk meningkatkan tahap hukuman yang dibenarkan di Mahkamah Syariah di mana selama ini Enakmen Jenayah Syariah tidak dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya di akibat kekangan berkenaan.

“Maka bil persendirian telah dibawa, telah dibentangkan, cuma belum dibahaskan. Jadi insya-Allah, saya yakin RUU355 ini akan menjadi satu agenda di dalam Sidang Parlimen apabila sampai masanya.

“Dan insya-Allah sebenarnya RUU355 inilah yang akan menjadi asas kepada pelaksanaan Undang-undang Syariah. So, kita nantikan, dan akan ada berita baik kepada umat Islam yang saya yakin mereka sangat menantikan.
“(Umat Islam mahu) upaya Undang-undang Syariah ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin di bumi Malaysia ini,” ujarnya optimis.
Beliau mengemukakan contoh perundangan berkaitan kemalangan jalan raya di mana pelaku dikenakan denda, manakala keluarga mangsa tidak mendapat apa-apa, sedangkan dalam konsep Islam adanya diyat iaitu ganti rugi.
Begitu juga terangnya mengenai kuasa memberi pengampunan yang hak tersebut turut melayakkan kepada keluarga mangsa pembunuhan. – HARAKAHDAILY 24/6/2020

6 comments:

Anonymous said...

Negara kita. Kita tentukan hala tujunya. Islam dalam perlembagaan. Tambah ikut keperluan. Perkasakan jawi.

DapDipDUP said...

Leena ada yg sayang.

Anonymous said...

Ada manusia songsang. Ustaz tak boleh kaya. Hanya bukan ustaz jer boleh kaya. Ustaz tak boleh share khazanah Tuhan. Bukan ustaz boleh share khazanah Tuhan.

Mental songsang ini kena diperbetulkan. Islam itu indah.

Anonymous said...

Yeahh...sy sokong perlaksanaan hudud sm ruu355. Harap Pas dpt segerakan

Anonymous said...

Mana boleyy. Kasi chance dulu bang mukhtar snake balun kaw2 allena aisyah. Baru buat hudud.

Anonymous said...

Datok nikah kawin kata undang2 sndri tulis blh sndiri padam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails