Tuesday, June 23, 2020

Siasat Beli Semula 18 Aset Hartanah TH Yang Dipindahkan Ke UJSB.

Menara Tabung Haji, Jalan Tun Razak. Foto fail NSTP/Mustaffa Kamal
Menara Tabung Haji, Jalan Tun Razak. Foto fail NSTP/Mustaffa Kamal

Pemuda UMNO gesa kerajaan segerakan RCI Tabung Haji


KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan penyelewengan dalam Lembaga Tabung Haji (TH).
Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata penubuhan RCI itu penting bagi mencari kebenaran di sebalik pelbagai urusan TH yang diputuskan ketika Pakatan Harapan (PH) mentadbir kerajaan.
Walaupun RCI terhadap TH bukan sebahagian daripada janji Perikatan Nasional (PN), rakyat berhak mendapat penjelasan yang telus terhadap pelbagai tuduhan penyelewengan yang digembar-gemburkan PH sebelum ini.
"Antara perkara yang perlu disiasat termasuk keputusan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof yang didakwa meluluskan Hak Perlucutan Pertama (First Right of Refusal) terhadap pembelian semula 18 aset hartanah TH yang dipindahkan ke Urusharta Jemaah Sdn Bhd (UJSB)," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. - Foto fail NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali  Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. - Foto fail NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
Kelmarin, Mujahid dilaporkan sebagai berkata, beliau sedia disiasat di bawah RCI, sambil mendakwa mempunyai dokumen atas usaha yang dilakukan tanpa ada kepentingan atau campur tangan politik.
Asyraf Wajdi berkata, antara isu yang perlu juga disiasat RCI ialah dakwaan berlaku jualan lambak 76.2 peratus ladang milik TH Plantations berkeluasan 101,000 hektar yang kini tinggal 24,000 hektar.
"Ini tidak termasuk aset lain TH bernilai RM10 bilion yang terjual kepada UJSB seperti tanah di Tun Razak Exchange (TRX) bernilai RM400 juta dan hotel TH seluruh Malaysia yang selama ini menyumbang kepada perolehan TH," katanya.
Kecemerlangan TH sebelum ini bukan saja diiktiraf dunia, malah prestasi kewangan yang memberangsangkan setiap tahun membolehkan pendeposit berkongsi hibah dan bonus secara purata tidak kurang daripada 6.25 peratus selepas ditolak zakat 2.5 peratus.
Katanya, sebelum PH mentadbir, TH tidak pernah gagal merealisasikan matlamat penubuhannya yang bukan saja menguruskan segala perkara berkaitan ibadah haji dan jemaah, tetapi menjana ekonomi umat Islam.
"Sebab itulah, apabila wujud secara tiba-tiba pelbagai tuduhan penyelewengan, skandal dan defisit pada TH selepas PH mentadbir, ia mencetuskan pelbagai tanda tanya dan polemik berterusan," katanya. (BH)

3 comments:

Anonymous said...

Kes Riza diputuskan mahkamah harap semua hormati keputusan mahkamah.

Hanya dengan nafas yang masih tersisa dendam kesumat dan fitnah masih jadi pilihanya. Masa bertaubat hampir tamat sudah sudah lah tu..

Tak habis habis Tun memainkan sentimen Riza yg dibebas tanpa dilepas. Tun yang tak habis habis menghasut menfitnah dengan sentimen dendam kesumat makin menjadi jadi. Rekayasa bodoh ini sesuai tahun 80'an. Rekayasa bodoh ini sudah ketinggalan zaman dan terlalu out dated.

Sedangkan kesemua kes Riza adalah keputusan mahkamah dengan fakta kes yang dibentang dan berhujah dengan fakta dan bukti mahkamah.

Ternyata Tun ini tidak menghormati keputusan mahkamah hanya keputusan mahkamah tidak mengikut cita rasanya yang dimahukanya.

Masa bertaubat hampir tamat sudah sudah lah tu.. dendam dan fitnah masih jadi pilihan.

Jangan nanti sesudah nafas taubat sudah tiada lagi maka fikirkan dari sekarang legasi tak guna ini pula akan jadi galang gantinya atas dendam fitnah tak berkesudahan..!! Fikirkan..!!! fikirkan...!!

Kes Riza menurut Najib selama lima tahun Riza menghadapi pelbagai kesukaran ekoran kes yang melibatkan dirinya sehingga tidak boleh melakukan sebarang perniagaan baru.

Betapa zalim nya kerajaan PH di bawah Tun Mahathir dari hari pertama hingga di bebaskan kes 'bebas tanpa lepas' lansung tidak dibicarakan di mahkamah.

Ternyata kerajaan PH hanya 'buy time' untuk membuli Riza anak tiri sambil membelasah Najib dan mensensasikan kes 1 MDB supaya rakyat hadam rekayasa jijik Tun Mahathir. Inj niat jijik Tin Mahathir menghancurkan orang yang di benci yang boleh mengancam legasi tak guna ini

"Jadi, kalau meneruskan tindakan mahkamah, Riza mungkin akan memakan masa 4 tahun lagi. Jadi (semuanya) 10 tahun, satu dekad dalam hidupnya, dia tak boleh buat apa-apa.

"Jadi dia kata, tak apalah, saya serah balik semua aset ni dalam penyelesaian ni. Saya nak kehidupan saya semula and my freedom (kebebasan saya), kebebasan untuk saya memulakan hidup semula.

Menurut Najib, filem-filem yang diterbitkan Riza "agak berjaya".

Ternyata filem Riza mencecah angka billion dan ratusan juta. Ini bukan 'kaleng kaleng' filem di hollywood.

"Filem pertama Wolf of Wall Street (2013) jana penjualan tiket AS$392 juta (RM1.7 bilion) berbanding kos AS$100 juta (RM430 juta).

Filem Dumb and Dumber To (2014) jana penjualan tiket AS$169.8 juta (RM730 juta) dengan kos pengeluaran AS$50 juta (RM215 juta).

Filem Daddy's Home (2015) jana penjualan tiket AS$242.8 juta (RM1.04 bilion) dengan kos AS$69 juta (RM297 juta)," menurutnya.

Bagi seorang ahli perniagaan berjaya di hollywood, apa lah nilai ratus juta dibayar sekiranya kebebasan dibelenggu oleh penguasa zalim.

Anak cucu Tun pun ada terbit filem masa Tun jadi PM ke 7. Low class filem maker and low quality production.

Ini bukan kes bail-out duit berbillion billion ringgit wang Petronas , KWSP, Dana Pencen dan Tabung Haji utk syarikat perkapalan dll

Riza Aziz bayar AS$40 juta lebih daripada AS$248 juta, kata Shafee..krrajaan tuntut semula duit bailout beratus billion dan juga perlu dibayar semula pada kerajaan.

Kalau Riza sanggup pulangkan dan bayar balik duit beratus juta ringgit, wang bailout anak anak Tun Mahathir beratus billuon ringgit juga perlu dibayar semula pada Petronas , KWSP, Dana Pencen LTAT dan TH

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan permohonan untuk melepaskan tanpa membebaskan Riza Aziz daripada 5 pertuduhan pengubahan wang berjumlah AS$248 juta

Elok dirampas harta dan hartanah kekayaan anak cucu Tun Mahathir untuk bayar semula wang bailout yang digunakan untuk menyelamatkan kerugian perniagaan anak Tun dahulu.

Rekayasa bodoh ini sesuai tahun 80'an. Rekayasa bodoh ini sudah ketinggalan zaman dan terlalu out dated.

Rakyat sudah menyampah bosan dan meluat dengan sentimen fitnah dan rekayasa bodoh ini. Rakyat makin bijak menilai cuma pemimpin makin memperbodohkan diri dengan sentimen rekayasa bodoh ciptaan nya

Enough is enough

Anonymous said...

Masakan tun boleh kaya kalau tidak disebabkan pengkautan harta negara masuk akaun peribadi. Licik selama 22 tahun hanya baru terpercaya tentang ketidakjujuran sekarang. Jangan bangga kerana terlepas bicara dunia.

Anonymous said...

Hanya 22 bulan sahaja masa diambil oleh Pakatan Hancing untuk MEMUSNAHKAN REPUTASI TABUNG HAJI!

Membina semula TH adalah suatu yang amat MENJERIHKAN!

Tahniah kepada pemuda UMNO & PAS (MN) diatas kevokalan anda!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails