Sunday, June 21, 2020

Jual Isteri Melalui Facebook.

Suspek berusia 35 tahun berasal dari Gresik menawarkan isteri kepada lelaki hidung belang untuk memberi layanan seks.

Jakarta: Seorang lelaki ditahan polis Surabaya kerana menjual isterinya kepada lelaki hidung belang dengan alasan wanita itu memiliki nafsu seks yang tinggi.
Selain itu, suspek memberi alasan kemerosotan ekonomi dan kecurangan isteri antara faktor dia berbuat demikian.
Siasatan polis mendapati lelaki itu menawarkan isterinya untuk dijual menerusi Facebook, Selasa lalu.
Suspek berusia 35 tahun berasal dari Gresik menawarkan isteri kepada lelaki hidung belang untuk memberi layanan seks.
Ketua Polis Surabaya Ardian mengesahkan tangkapan ke atas suspek atas perbuatan kejinya itu.
Ardian menjelaskan, kes terbongkar hasil pengawasan siber diketuai Ketua Unit Perlindungan Perempuan dan Anak (PPA) Harun.
"Kami dapati memang ada transaksi dilakukan sebelum suspek ditahan.
"Suspek menawarkan isterinya melalui beberapa hantaran di kumpulan Facebook, selepas memperoleh tawaran daripada pelanggan dengan harga dipersetujui, pasangan itu bertemu di hotel dijanjikan," katanya.
Katanya, polis menyerbu satu bilik di hotel Jalan Mastrip, Surabaya ketika transaksi dengan pelangan dijalankan.
Polis menemui bil hotel, wang tunai Rp500,000 (RM151), telefon bimbit dan pakaian dalam.
"Kadar seks dikenakan antara Rp500,000 hingga Rp900,000 (RM273)," katanya.
Ketika ditemu bual wartawan, suspek mengaku dia perlukan wang sehingga sanggup menjual isterinya.
"Sudah dua kali saya jual isteri dengan menawarkan layanan seks.
"Awalnya isteri saya ada hubungan sulit, tapi saya masih sabar kerana memikirkan anak," katanya. -Agensi

1 comment:

Anonymous said...

Lelaki yang menjual isteri atau lelaki yang sukar bertukar isteri adalah lelaki bangsat lagi celaka yang tidak mempunyai maruah diri. Lelaki ini tidak layak dinamakan manusia kerana dia setaraf dengan babi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails