Tuesday, June 23, 2020

Belasungkawa: Pak Subky pergi buat selamanya



TARIKH yang sama dengan pemergian Almarhum Tuan Guru Dato’ Fadzil Mohd Noor dan Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik, hari ini tanggal 22 Jun,  Ahmad Subki Abdul Latif atau Subky Abdul Latif pergi menemui Penciptanya.

Almarhum meninggal di rumahnya di Padang Balang, Gombak pada jam 11.05 pagi dan meninggalkan seorang balu serta lima orang anak.

Ia satu kehilangan besar buat dunia penulisan khasnya kewartawanan, apatah lagi Pak Subky adalah ‘guru’ kepada ramai penulis khsusunya di Harakah ketika ini.


Pak Subky yang merupakan kolumnis Harakah dan HarakahDaily adalah seorang penulis dan beliau merupakan kolumnis tetap ruangan Mens Sana in Corpore Sano dalam akhbar Harakah terbitan PAS, dan kolumnis bagi portal HarakahDaily.

Di peringkat parti, beliau merupakan Pengerusi Sidang As-Sabiqun PAS, platform yang menghimpunkan veteran parti ini.

Beliau dilahirkan di Setiawan, Perak pada 28 Julai 1940[2]. Beliau berkahwin dengan Hajah Naznah binti Taha dan anak-anak iaitu Dang Fatiha, Hang Muhammad Iftitah, Abdul Latif Rahbar, Muhammad Ramadhan Subky dan Ahmad Huzaifah.[3]

Subky Abdul Latif pernah menjadi pemberita Utusan Melayu dan Warta Negara di Pulau Pinang mulai 1963. Beliau pernah menyertai Kursus Diploma Kewartawanan di Internationales Institut für Journalismus, Berlin Barat, Jerman.

Beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang wartawan di Utusan Melayu. Beliau merupakan mantan wartawan kanan Kumpulan Akhbar Utusan Melayu yang sangat disegani dan popular dengan tulisannya yang sangat berwibawa selaku pengarang tajuk rencana dan penulis pojok.

Pada masa itu, beliau berada di barisan ketiga dalam hierarki pimpinan Utusan Melayu, iaitu Mazlan Nordin (Tan Sri), Osman Abadi dan beliau di tempat ketiga.

Hal ini demikian kerana, dalam kalangan wartawan kanan yang telah lama bertugas di Utusan waktu itu, termasuk Zainudin Maidin (kini Tan Sri), Ali Salim (Jiro) dan lain-lain, Subky Latif lah yang ada latar belakang pendidikan yang agak tinggi iaitu MCE dan pelajaran agama di Gunung Semanggol, Perak.

Beliau kerap mengikuti kursus sambil belajar di negara-negara luar khususnya di negara Eropah yang ditaja oleh pejabat kedutaan asing di Kuala Lumpur. Beliau turut menjadi pengasas beberapa buah akhbar seperti dwi mingguan ‘Suara Rakyat’ dan ‘Suara Merdeka.’ Begitu juga dengan beberapa majalah yang ‘diciptanya’ seperti ‘Sarina’, ‘Keluarga’, ‘Kisah Cinta’ dan ‘Kritik’.

Pada tahun 1976, Tan Sri Mohd Khir Johari melancarkan akhbar ‘Harian Watan’ yang tujuannya untuk menjadi suara bebas. Akhbar dwibahasa itu adalah untuk menjadi alternatif kepada akhbar arus perdana.

Bagaimanapun, akhbar yang dipimpinnya itu gagal dan kemudian menjadi tabloid politik mingguan.

Beliau merupakan pengasas akhbar lidah rasmi PAS iaitu Harakah pada tahun 1978.[5]

Sebelum memasuki PAS, beliau pernah menjadi Setiausaha Akhbar kepada mantan Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak Hussein

Dalam arena politik, Subky Abdul Latif pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat 1983 hingga 2005. Beliau memegang jawatan Ketua Penerangan PAS Pusat bermula tahun 1988[8]. Beliau pernah juga menjawat jawatan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan (2007) dan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. Kini beliau merupakan Pengerusi Sidang As-Sabiqun PAS, platform yang menghimpunkan veteran parti Islam tersebut.[1]

Almarhum Subky pernah menjadi calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Pelabuhan Kelang 1979 menentang calon MIC, DAP dan Bebas. Pilihan raya tersebut diadakan berikutan kematian Tan Sri V. Manikavasagam.

Walau bagaimanapun, beliau tewas. Sebaik sahaja kalah, beliau telah menulis buku Anak Jawa Pelabuhan Kelang : Analisa Awal Pilihanraya Kecil.[9] Selain itu, beliau turut bertanding dalam siri pilihan raya umum Malaysia bagi tahun 1982, 1986, 1990, 1995 dan 1999.

Harakah mengucapkan takziah kepada keluarga Almarhum, dan sama-sama menyedekahkan al-fatihah kepada Almarhum – HARAKAHDAILY 23/6/2020

10 comments:

Anonymous said...

Takpa pak ibnu, ini SUDAH ADA penggantinya yg lebih hebat utk PAS dan SERAKAH ONLINE, BERTARAF DOKTOR LAGI.....PENSYARAH DI UNIBERSITI LAGIIIIII nih hah

Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff memohon maaf kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Yayasan Kebajikan Negara, Datin Che Asmah Ibrahim susulan kenyataan berbaur fitnah berhubung dana kepada pelarian Rohingya.

DOKTOR TARAF KANGKUNGGGGGGGGGGG.........

hamPASSSSSSSS

Anonymous said...

anon 1:16 lps ni kene delete laa komen nko hahahaa

Anonymous said...

Itu pun fitnah juga dr taraf kangkung

Anonymous said...

Temper ke sebab ramai ahli pkr dah insaf.

Anonymous said...

Polis selesai mengambil keterangan daripada Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh pagi tadi bagi membantu siasatan berhubung kenyataan yang dimuat naik menerusi laman sosial, baru-baru ini.

Yeoh tiba di Bukit Aman ditemani oleh dua peguamnya, Gobind Singh Deo, serta Syahredzan Johan. Beliau menghabiskan masa kira-kira sejam untuk memberi keterangan kepada seorang pegawai penyiasat di situ.

Anonymous said...

Katanya kenyataan yang dimuat naik Hannah pada 11 Mac lalu adalah berbunyi:”Memandangkan Timbalan Menteri KPWKM adalah dari Pas, maka perkahwinan dengan kanak-kanak perempuan bawah umur (bagi menghalalkan seks dengan kanak-kanak) akan berleluasa selepas ini. Ini adalah penyakit orang Islam di negara ini tidak bertamadun”.-

Anonymous said...

Perginya seorang yg menjunjung sistem yahudi demi sebuah kuasa. Yg bagusnya berpartikan berperlembagaan islam dan alquran tapi diletakkan dibawah junjungan sistem demokrasi.
Sesikit pun tak pernah percaya dgn sistem dalam islam. Malah satu usaha pun utk junjung kembali siatem khalifah takpernah dibuat.. Kesian

Anonymous said...

Masa atok jadi pm, pernah nak istiharkan mageran di kelantan jika buat undang2 islam.

Anonymous said...

Masa paklah dan najib apsal tak buat balik?

Anonymous said...

Pak lah try islam hadhari, gagal jugak. Kalau dap pasti jadi negara islam. Madey pun dah ada talian hayat dengan dap.

Tanpa madey dan ph, rakyat rasa aman dan tenteram walaupun musim covid.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails