Wednesday, June 24, 2020

Anwar Perlu Ambil Langkah Berani, Tinggalkan PH Kerana... -Nik Amar.


PH tidak ada lagi masa depan

KOTA BHARU: Politik Pakatan Harapan (PH) dianggap sudah tidak ada masa depan berikutan pergolakan dalaman yang gagal diselesaikan sehingga sekarang.

Naib Presiden PAS Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, PH juga sudah tidak ada lagi tarikan kepada rakyat.


Katanya, sebelum ini mereka membuat pelbagai tuduhan terhadap bekas perdana menteri Dato’ Seri Najib Razak terutamanya isu 1MDB.
“Apabila mereka diberi peluang memerintah negara selama 22 bulan jelas kepada pengundi mereka gagal dalam melaksanakan janji ketika kempen Pilihan Raya Umum lepas.
“Dalam banyak perkara perangai mereka tidak sama berbanding ketika BN mentadbir negara sebelum ini,” katanya ketika ditemui di sini.
Menurutnya juga Presiden PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim perlu mengambil langkah berani meninggalkan PH kerana secara jelas beliau tidak lagi disokong DAP, PAN dan Warisan.
“Ada baiknya Anwar menjalankan agenda reformasinya dengan menjadi penyokong Muhyiddin bagi menguatkan kerajaan yang ada sekarang.
“Menyokong perdana menteri tidak semestinya berada dalam kerajaan. Boleh kekal sebagai pembangkang tetapi memberi sokongan moral kepada kerajaan,” ujarnya.- HARAKAHDAILY 23/6/2020

6 comments:

Anonymous said...


Ini dinamakan POLITIK JALANG DAN PUAKA anutan si HAMpassssssssssssssss..........

skrip p ramli yg tak sempat difilemkan

Anonymous said...

terkoyak nye seorang macai phancing...hahaha

Anonymous said...

Lebai nie bila bercakap memang ke LAUT punya. Fakta dan auta pun buta..

Anonymous said...

Macai PH Tak habis2 meroyan. Nik Amar cakap macam ni pun meroyan Gila bAB* dah.

Anonymous said...

Nuwar bukan sahaja tak disokong oleh pan, dap dan warisan, atok tua pun tak sokong nuwar. Lebih malang lagi ahli pkr pun tak sokong atok liberal.

Anonymous said...

Yeahhh..ajak anwar masuk pas. Nanti suci mcm najib

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails