Sunday, May 03, 2020

PM Umum Tangguh Bayar, Tapi BNM Jadi Along? Sepatutnya Lupus Bunga!


Sikit Tazkirah Ekonomi: 
Gabenor BNM, Nor Shamsiah, Kapitalis Yang Berjiwa Ah Long Tak Ada Hati Mahu Tolong


Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin mengumumkan semua rakyat Malaysia yang ada pinjaman bank akan diberi moratarium bayaran atau penangguhan bayaran balik kepada bank selama 6 bulan bermula dari bulan April 2020 hingga bulan September 2020 (BACA DI SINI).

Tujuan kerajaan memberikan moratarium bayaran balik pinjaman selama 6 bulan adalah untuk membantu meringankan beban rakyat yang kehilangan pendapatan secara total sepanjang tempoh PKP.

Maksudnya, penangguhan bayaran balik pinjaman bank itu akan di bawa kehadapan dan tempoh bayaran balik pinjaman akan ditambah selama 6 bulan.

Senang cerita, peminjam tidak perlu bayar apa-apa sepanjang tempoh 6 bulan moratarium bayaran balik diberikan dan tidak ada faedah tambahan atau tindakan undang-undang yang akan dikenakan oleh pihak bank kepada peminjam.


Menteri Kewangan, Tengku Zafrol sendiri sudah menyatakan perkara ini dengan jelas.


Tapi sangat mengejutkan dan menimbulkan kemarahan rakyat bila Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan faedah tambahan akan dikenakan ke atas moratarium bayaran balik selama 6 bulan (BACA DI SINI).

Dalam bahasa Ah Long yang mudah :

"Ini 6 bulan tara bayar pokok, tak apa, tapi itu gua punya untung, mesti mahu bayar."


Faedah selama 6 bulan itu akan ditambahkan dalam bayaran balik bulanan peminjam kepada bank.


Kenyataan dari BNM jelas bertentangan dengan tujuan kerajaan memberikan monatarium bayaran balik bulanan, malah ianya juga bertentangan dengan kenyataan yang BNM sendiri keluarkan sebelum itu.

Apa atau siapa yang menyebabkan Gabenor BNM, Nor Shamsiah membuat kenyataan yang berbelit-belit?

Lebih mengejutkan bila rakyat mengetahui faedah tambahan itu hanya dikenakan ke atas pinjaman bank dan tidak kepada pinjaman sewa beli.

Seperti yang dinyatakan oleh DS Najib, keputusan BNM itu hanya menguntungkan pihak bank dan golongan T20 dan akan terus menekan golongan B40 dan M40 yang teruk terjejas dalam tempoh PKP (BACA DI SINI).

Ahli politik veteran, Tengku Razaleigh pula menyatakan, dalam saat susah begini, BNM sepatutnya berada bersama-sama rakyat dan bukannya terus menekan rakyat yang dalam kesusahan (BACA DI SINI).


Menteri Kewangan, Tengku Zafrul sendiri sudah meminta sekali lagi supaya bank menghapuskan semua faedah selama 6 bulan di sepanjang tempoh moratarium di berikan kepada peminjam (BACA DI SINI).

Tetapi jelas kepada kita, Gabenor BNM, Nor Shamsiah lebih memikirkan masaalah golongan kapitalis dan bagaimana caranya untuk memberikan keuntungan berganda kepada bank daripada kesempitan rakyat.

Apakah Nor Shamsiah masih lagi mahu berdegil dan membantah keputusan dan seruan yang dibuat oleh kerajaan atau akan membuat U-Turn sekali lagi untuk akur kepada keputusan kerajaan?

Kalau beliau masih lagi mahu mempertahankan keputusan yang beliau buat, maka kerajaan melalui Kementerian Kewangan mesti panggil beliau untuk berikan sedikit tazkirah.

Jelaslah pada kita, Nor Shamsiah berwatak Ah Long yang cuma fikirkan untung!!! 



Selanjutnya sila lihat surat pengaduan, pandangan dan komen mengenai khidmat bank seperti berikut..
Klik di sini...


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Rakyat perlu memberi kerjasama sepenuhnya bersama pemerintah untuk terus gerakkan ekonomi dan bangkit semula, insya Allah! Yang penting Malaysia perlu bangun bersama Islam berlandaskan syariat. Allahu Akbar!

5 comments:

Anonymous said...

MKN dipengerusikan Wan Azizah mengarahkan CEO YKN bawah kementeriannya menyelaras Dana Qatar (QFFD) USD50 juta. CEO orang kuat IKRAM pula memilih 3 NGO kroni pro IKRAM terima dana itu. Apa kriteria? berapa dapat tidak diperjelaskan..

Puak PH sebelum ini menuduh kononnya Zahid Hamidi sebagai Menteri KDN yang berunding dengan kerajaan Qatar pada tahun 2017 menerima dana Rohingya USD 50 juta (RM217 juta) bagaimanapun dinafikan oleh Zahid kerana dana itu hanya diterima selepas pertukaran kerajaan BN kepada PH.

Oleh itu tanyalah Wan Azizah Wan Ismail kerana media melaporkan beliau yang bertemu kedutaan Qatar serta berkunjung sendiri bertemu Amir Qatar, YM Sheikh Tamin bin Hamad al-Thani ke pada 25 November 2018 dan mengesahkan sumbangan USD 50 juta kerajaan Qatar untuk pelarian Rohingya itu.

Anonymous said...

LEBIH DUA JUTA ORANG CHINA TIONGKOK BOLOS MASUK MALAYSIA SEJAK PH.

BERUK PON BOLEH MOHON VISA / PASSPORT GUNA SYKT KONSESSI KRONI MENTERI DUIT MASA pemerintahan PH yg didominasi oleh DAP dan disokong oleh dua parti kaldai.

Sejak eNTRI diperkenalkan pada Mac 2016 hingga September 2018, UKSB sudah mengutip lebih RMB329,337,280 atau RM198,066,952 membabitkan kelulusan permohonan kepada 2,058,358 WARGA CHINA YG HEBOH SAMPAI SEKARANG TIADA REKOD KELUAR DARI NEGARA INI. Mereka keluarga Eng Guan dan Siang Kit. Difahamkan dokumen dicetak di negara cina. Sindiket terancang oleh parti dapig.

Anonymous said...

Yang paling digeruni oleh pengikut dajjal ialah apabila ada ulamak yang mampu menyatukan umat islam.

Untuk mengelakkan ulamak ini berpengaruh maka perlu diwujudkan ramai ulamak selebriti agar pengaruh tersebut mendatar dan tidak terfokus kepada satu pihak saja.

Maka jangan hairan sekiranya sesama ulamak dan sesama ustaz pun berbalah sesama sendiri.

Ini adalah kerana ejen ejen dajjal sudah menyerupai ulamak bagi memastikan umat islam tidak bersatu dibawah satu payung.

Maka elemen kafir mengkafir dan sesat menyesatkan adalah salah satu agenda mereka juga...

Anonymous said...

Agenda jahat untuk melaga-lagakan dan memecah-belahkan umat Islam telah dan sedang dilaksanakan oleh puak kafir harbi seperti puak roket yang menyamar sebagai 'khalifah Omar Ab Aziz' dengan kerjasama puak munafik liberal seperti puak kuali yang berfungsi sebagai khadam kafir harbi @ ULAR-mak @ ulamak su' @ ulamak jahat yang menyesatkan.

Mereka sedang menunggu kedatangan dajjal untuk berperang dengan tentera Al-Mahdi.

Anonymous said...

Ulamak suuk mungkinkah yg berpihak kepada parti kuali. Mereka ini yg sering menyanggah ulamak yg mengamal aswj. Adapun yg sesama ustaz yg dikatakan berbalah, adalah proses peningkatan ilmu Islam. Tiada perpecahan. Yg berpecah ialah ulamak yg menubuhkan parti kuali dan berpakat dengan kafid dap. Adapun yg liberal lebih cenderung bersama parti liberal pkr yg mengusulkan semua agama adalah sama. Mereka juga berjabat salam dengan parti kafir dap. Ulamak liberal yg menganjurkan semua agama adalah sama terdiri daripada presidennya dan ahli keluarga serta yg kanan2.

Merekakah yg menjadi tentera dajjal yg dipimpin oleh dajjal yg non muslim????

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails