Friday, May 08, 2020

Kaji Selidik, Apa Barang Yang Boleh Di'Niaga Online', Kini?


Sikit Tazkirah Ekonomi: 
Barangan Online Yang Mendapat Permintaan Tinggi Ketika PKP


KETIKA Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah masuk hampir dua bulan, rakyat Malaysia semakin terdedah dengan pembelian barang secara atas talian. 

Ada yang nak tahu tak barang apa yang paling banyak dibeli di dalam tempoh ini?
Kaji selidik ini telah dijalankan oleh Commerce.Asia yang merupakan platform perniagaan online dan teknologi. Ianya juga merupakan syarikat pengumpulan data yang mendedahkan pembelian online yang dibuat oleh rakyat Malaysia.

Perbelanjaan Meningkat

Commerce.Asia melihat peningkatan sebanyak 149% Grow Merchandise Volume (GMV) dalam penggal pertama sejak PKP diperkenalkan. Menurut pemilik Commerce.Asia iaitu Encik Ganesh Kumar Bangah, perniagaan online adalah satu industri yang boleh terus hidup dalam keadaan yang agak sukar kini.

Apa Rakyat Malaysia Beli Ketika PKP?

Untuk menjawab persoalan ini, Commerce.Asia telah membahagikan database untuk menganalisa trend jualan (30 hari ketika PKP dan 30 hari sebelum PKP) dari semua usahawan online dan mengumpulkan senarai dari platform online mengikut kategori dan mendapat keputusan yang mengejutkan.
Kredit Gambar: nst.com.my

Menurut hasil kajian, pembelian pengguna didapati sedikit berbeza ketika musim PKP ini. Barangan kesihatan telah menjadi keutamaan, pembelian sarung tangan getah, hand sanitizer dan juga topeng muka mendapat permintaan yang tinggi kerana ramai yang ingin melindungi diri daripada virus Covid-19.

Barang keperluan lain yang meningkat adalah makanan, barang mandian dan barangan bayi. Pembelian yang tidak terjangka meningkat musim PKP ini adalah pakaian dalam wanita dengan peningkatan sebanyak 909%!
Ini mungkin terjadi kerana emosi wanita yang perlu berdepan dengan situasi getir lebih sibuk di rumah dengan kerja pejabat, kerja rumah, jaga anak-anak, perlu sediakan juadah dengan lebih kerap dan tidak boleh bebas keluar dengan sendiri. Kemungkinan juga untuk meningkatkan kembali rasa sayangi diri dengan membeli pakaian dalam yang baru- The Edge

Inilah dia ringkasan barangan oline yang Mendapat Permintaan tinggi ketika PKP:
Artikel ditulis oleh Puan Sarah Hata. Penulis merupakan seorang konsultan kewangan di sebuah institusi kewangan di Malaysia dan juga perunding imej. Mempunyai pengalaman menulis, memberi ceramah di beberapa syarikat seluruh Malaysia dan juga klien individu

Sumber Rujukan:

(https://www.majalahlabur.com)
Lihat Sebelum ini..

Muestras De La Mano Puño Del Sacador Aislado En Blanco Foto de ...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails