Sunday, February 02, 2020

Terbaru! Serangan Virus Selesema Burung Pula.. 4,500 Ayam Mati .


PIHAK berkuasa menyembelih 17,828 ayam bagi mengelakkan kuman daripada terus merebak.
Serangan Virus Selesema Burung Di Hunan, China..


HUNAN: China melaporkan penemuan kes selesema burung di sebuah ladang di bandar Shaoyang, dalam wilayah Hunan.
Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar berkata, kejadian itu berlaku di sebuah ladang yang mempunyai 7,850 ekor ayam, dengan 4,500 ayam mati akibat penyakit terbabit.
Susulan kes itu, pihak berkuasa menyembelih 17,828 ayam bagi mengelakkan kuman daripada terus merebak. -REUTERS
Malaysia bebas penyakit selesema burung?
Sementara itu di Putrajaya, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) mengumumkan Malaysia bebas penyakit selesema burung atau Highly Pathogenic Avian Influenza (HPAI) H5N1 mulai 1 Julai lalu.
Ketua Pengarah Veterinar, Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam, dalam satu kenyataan hari ini, berkata ia berikutan tiada pengesanan baharu penyakit itu selama 90 hari sejak pembasmian kuman yang terakhir dibuat pada 1 April lalu.
"Tempoh 90 hari terbabit adalah syarat yang diletakkan oleh Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE) dalam menangani penyakit haiwan seumpama ini.
"Pihak DVS sudah menghantar laporan penuh kepada OIE mengenai situasi dan langkah yang diambil, untuk membolehkan pihak OIE menyenaraikan Malaysia secara rasmi sebagai antara negara bebas penyakit selesema burung HPAI H5N1. (IH)
Hasil carian imej untuk ayamMasa depan aku pula terancam.. Mungkin begitu fikir ayam ini..

Lihat sebelum ini..
Hasil carian imej untuk landak

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails